Selasa, September 20, 2016

Ternyata bahawa Si Ketua Penipu itu dilihat masih agak keberatan untuk memaafkan bekas majikannya, Tun Mahathir Mohamad, atas apa yang telah dirinya dan keluarganya lalui selama ini.

Ketika ditemui pemberita di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini, Si Ketua Penipu itu ditanya sama ada pada ketika ini dia sudah memaafkan Tun Mahathir atau pun sebaliknya.

Tun Mahathir didakwa banyak pihak sebagai mendalangi tuduhan sodomi terhadap Si Ketua Penipu itu pada 1998 yang menyaksikan kariernya sebagai timbalan perdana menteri terkubur begitu sahaja.
"Saya sudah jelaskan. Masalahnya ia terjadi tiba-tiba; saya tiada peluang bercakap dengan anak-anak saya sebelum ini. Tetapi sekarang oleh kerana saya sudah jelaskan keadaan pada mereka, cukuplah. Sudah tentu kami menderita,” ujar Anwar kepada pemberita.
Selepas 18 tahun, Dr Mahathir pada 5 September lalu mengejutkan banyak pihak apabila tampil menzahirkan sokongan kepada Anwar yang bertindak memfailkan saman terhadap pelaksanaan akta Majlis Keselamatan negara (MKN) 2016 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Walaubagaimana pun, kenyataan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu itu dilihat agak bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebelum ini.

Azmin dalam satu kenyataan berkata, pertemuan diantara Si Ketua Penipu tu dengan Tun Mahathir diterima secara positif oleh keluarga Si Ketua Penipu itu demi untuk masa depan PKR.

Namun hakikatnya, sama ada keluarga mahupun Si Ketua Penipu tu sendiri masih dilihat agak keberatan untuk memaafkan dosa yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap mereka.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila salah seorang anak kepada Si Ketua Penipu itu, Nurul Nuha tetap mendesak agar Tun Mahathir membuat permohonan maaf secara terbuka.

Pokok pangkalnya, 'Kemesraan' yang ditonjolkan oleh kedua - dua pemimpin itu baru - baru ini jelas hanya sekadar 'Wayang Politik' semata - mata. Ianya hanya ibarat 'Kosmetik' yang mereka pakai untuk menyembunyikan kehodohan diri masing - masing!!!
Categories: ,

13 ulasan:

  1. Berita Hubungan PAS UMNO Ini Diharap Benar

    Hubungan PAS-Umno baik untuk perjelas arah politik masa depan Oleh Liew Chin Tong

    Ramai rakan terutamanya mereka yang tidak membaca akhbar Cina bertanya kepada saya tentang berita eksklusif di muka depan Nanyang Siang Pau bertarikh 18 September, 2016, mengenai kerjasama Umno-PAS untuk memenangi kuasa di Selangor. Berita ini diedar secara meluas di luar kelompok pembaca Mandarin.

    Laporan tersebut memetik sumber yang tidak dinamakan, mencadangkan Umno dan PAS menjalankan satu rundingan dengan satu perjanjian, dan kini hanya menunggu lampu hijau dari Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


    Menurutnya lagi, perjanjian itu melibatkan satu pakatan pilihan raya yang akan memastikan kedua-dua Umno dan PAS tidak akan bertanding melawan antara satu sama lain, sebaliknya Umno akan bertarung menentang PKR manakala PAS akan menghadapi Amanah.

    Adalah suatu yang sukar untuk memastikan kesahihan laporan ini tetapi kemungkinan untuk ianya berlaku (kerjasama pilihanraya Umno-PAS) tidak boleh dipandang ringan.

    Sememangnya, ia adalah logik berdasarkan perkembangan berkaitan hubungan yang semakin erat antara Umno dan PAS.

    Kita seharusnya mengalu-alukan perkembangan ini kerana ia akan membuka satu garis yang jelas bagi penjajaran semula politik negara.

    Apa yang diperlukan sekarang ialah suatu garis yang jelas, yang mengukuhkan lagi kesatuan di kalangan orang yang menentang Najib.

    Dalam beberapa tahun yang lalu, semenjak pembubaran Pakatan Rakyat, ada suara dalam gerakan anti-Najib yang mahu bekerjasama dengan PAS dengan harapan untuk mencapai prinsip “satu lawan satu” dalam pilihan raya umum yang akan datang.

    Jika laporan berita Nanyang ini boleh disandarkan, maka adalah jelas sekarang PAS tidak berminat sama sekali dengan prinsip itu.

    Terdapat juga teori jika 4% undi Melayu beralih arah, ia akan menumbangkan Umno jika terdapat kerjasama dengan PAS.

    Walau bagaimanapun, dengan cadangan persempadanan pilihan raya yang baru ini, yang memberi kelebihan kepada Umno, maka teori kerusi marginal ini kini diragui.

    Saya masih berpendapat bahawa keadaan politik dan ekonomi akan menyediakan asas untuk berlakunya Gelombang Kaum Melayu. Tetapi ini hanya boleh dicapai apabila terdapat garis yang jelas dalam penjajaran semula politik negara.

    Kita perlu membuat pilihan, di antara mereka yang mahu mengekalkan status quo, yang menyokong Najib dan juga agenda politik perkauman Umno-PAS, dengan orang yang mahukan perubahan dan pembaharuan, iaitu Pakatan Harapan, kumpulan anti-Najib, bekas ahli Umno seperti pemimpin Bersatu, dan majoriti rakyat Malaysia.

    Penyusunan semula perlu bermula dengan orang yang mahukan perubahan dan pembaharuan. Terdapat keperluan mendesak untuk mempunyai satu konsensus bagi menjelaskan garis pemisah ini kerana kepimpinan PAS hari ini hanya seperti cawangan tambahan bagi Umno Najib.

    Hubungan Umno-PAS akan meletakkan puluhan ribu ahli PAS dalam keadaan serba salah bila mana ramai di kalangan mereka berjuang menentang Umno dan Barisan Nasional selama berpuluh tahun dengan memakai jenama Islam yang inklusif, yang kini tidak lagi menjadi agenda utama kepimpinan semasa.

    Oleh itu, garis yang jelas diperlukan untuk penyusunan semula politik Malaysia demi membentuk pilihan baru bagi rakyat, termasuk ahli PAS yang mahu berjuang menentang Umno dan yang tidak bekerjasama dengan Umno. Liew Chin Tong mengetuai biro pendidikan politik DAP dan Ahli Parlimen Kluang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. UMNO dengan PAS adalah lebih sesuai dan memenuhi tuntutan agama, berbanding PAS dan DAP/PKR yg lebih menjurus kepada kafirun. Menurut Islam bersekongkol dengan kafirun untuk memerangi Islam, bermakna ia sebahagian dari mereka juga yg bermakna PAS juga kafirun. Tempatnya ialah di neraka jahanam. Wallahhuaalam.

      Padam
  2. KUDA BELAAN
    Najib dan lakinya akan mempergunakan sepenuhnya tunggangan kuda belaan mereka selama ini. Ini untuk menutup kekecewaan dan kemaluan mereka laki bini apabila nama rosmah dijulang seluruh dunia sebagai penerima anugerah wanita contoh unesco tetapi cuma sehari selepasnya nama beliau terus digugur dari senarai. 

    Kuda tunggangan mereka peguam umno telah diarah memfail saman malu dan saman kecewa di mahkamah bangsa-bangsa bersatu di new york, pada selasa depan, bukanlah kerana ingin menuntut pampasan malu usd2.6juta, tetapi supaya hadiah itu "dipulangkan kembali" 

    pada rosmah yang sudah berhak atasnya sebaik saja terbuah di fikiran rosmah menubuhkan permata satu projek yang besar pada 2007 yang seterusnya membuahkan fikiran baru untuk menghias tubuh besarnya pula dengan cincin permata berlian yang besar, maka rosmah saja berhak menang hadiah itu kerana tiada orang lain boleh terfikir buat begitu dalam dunia ini! on KAH KAH KAH - TERGOLEK DOG
    Anonymous
    on 9/19/16
    Reply

    AnonymousTuesday, September 20, 2016 9:41:00 AM
    KAK MAH TAK CUKUP 5 KAKI
    Apa le kau orang ni..kutuk kak mah aku!!! - Dia tak hadir sebab abang ajib tau mau pergi US...nak mampus!!!! - Pergi sana tak boleh shopping...kad kredit dah kena beku - Dalam banyak2 hadiah...dia orang hadiah contoh kanak2 pulak pada kak mah!!! 

    Mentang-mentang le kak mah tak cukup 5 kaki...dia orang perli pulak kak mah. - Orang US nak pancing abang ajib supaya datang US dan boleh tangkap dia...dia orang ingat abang ajib tu bodoh ke???? on KONSPIRASI MALUKAN MALAYSIA
    meleleh yooo
    on 9/19/16

    PUTAR ALAM GLOKAL

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masyaallah..dah tempah tempat di neraka ke...ingat ye..pembalasan ALLAH amat hebat kepada spesis2 mcm kamu apabila berbicara penuh dgn fitnah dan sindiran..

      Padam
  3. 4 menteri besar bertukar atau PM ditukar oleh 4 menteri besar..???
    Shahbudin Husin,



    Tiba-tiba saja isu pertukaran Menteri Besar muncul kembali. Malah kali ini diberitakan Najib Razak mahu menukar empat ketua kerajaan negeri iaitu Kedah, Pahang, Negeri Sembilan dan Terengganu.

    Selain faktor kesihatan dan sudah lama berkhidmat, Najib juga difahamkan merancang pertukaran itu kerana memerlukan pemimpin baru untuk menerajui parti dan kerajaan di negeri-negeri yang terbabit itu.

    Sementara isu pertukaran ini mungkin menyebabkan penyandang sedia ada, terutama yang sedar memang ada masalah tertentu membelenggu mereka dalam menjalankan tugas seharian, mula menghitung hari-hari terakhir di puncak kuasa peringkat negeri, pemimpin yang lain barangkali mula mencatur strategi untuk mengisi kekosongan yang ada itu.

    Tidak mustahil sudah ada yang mula berangan-angan, memasang badan dan menempah baju Melayu baru ketika ini. Yang melobi, merapatkan diri atau lebih kerap mencium tangan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga tentunya bertambah ramai kebelakangan ini.

    Menteri Besar sedia ada mungkin turut merasakan mereka sudah kekurangan penyokong dan pengampu sehari dua ini. Biasanya begitulah, bila pokok sudah mula senget mahu tumbang, kera dan monyet pun tidak lagi berminat bergayut di dahannya.

    Menukar Menteri Besar adalah proses biasa bagi mana-mana kerajaan negeri. Pertukaran boleh dilakukan atas pelbagai sebab dan kadangkala juga direka sebab-sebabnya.

    Tetapi sebelum Najib mahu menukar keempat-empat Menteri Besar itu, apakah UMNO dan BN begitu yakin akan terus berkuasa di negeri-negeri tersebut?

    Apakah sokongan rakyat makin bertambah atau kian berkurangan dengan rancangan pertukaran Menteri Besar itu?

    Begitu juga dengan peranan Menteri Besar-Menteri Besar yang tahu jawatan mereka akan ditanggalkan, apakah mereka akan bekerja bersungguh-sungguh sewaktu kempen PRU 14 nanti atau hanya bersikap sambil lewa sahaja?

    Tidak mungkinkah juga berlaku lebih banyak unsur sabotaj, tidak mahu bekerja atau lepas tangan di kalangan penyokong atau orang kuat Menteri Besar yang digugurkan itu?

    Lebih tidak mustahil ialah bagaimana jika sementara Najib merancang melakukan pertukaran pemimpin, rakyat atau pengundi pula membuat pertimbangan untuk menukar kerajaan di empat negeri terbabit?

    Jika UMNO dan BN terumbang-ambing, hilang banyak kerusi dan mungkin juga gugur kuasa di peringkat negeri, tidakkah ia secara langsung akan menyukarkan lagi Najib mengekalkan kuasanya di Pusat?

    Akhirnya, empat Menteri Besar yang dirancang untuk digugurkan itu mungkin juga merupakan sebab untuk Najib sendiri lebih mahu ditukarkan. Berbanding pertukaran empat Menteri Besar, lebih ramai sebenarnya yang mahu Najib digantikan.

    Bahkan, pasti lebih ramai yang gembira jika Najib dan keempat-empat Menteri Besar itu dapat digugurkan secara serentak. (SH 19/09/2016).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kah kah kah ini bloger shok sendiri dan x berpijak di bumi yg nyata. Kerjanya adu domba kerana dedak puak yg sesat jalan. Can get loss.

      Padam
  4. Anwar, Mahathir ikrar selamatkan rakyat
    Sep 19 2016 / Keadilan Daily
    (Oleh Aliff Fikri)
    KUALA LUMPUR 19 SEPT: Sejarah tercipta apabila Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar untuk bersatu hati menentang Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang jelas mengugat demokrasi negara.
    Dalam satu kenyataan bersama, mereka berjanji membawa perubahan serta reformasi menyelamatkan hak dan kebebasan rakyat, sekaligus memajukan semula negara.
    "Akta Majlis Keselamatan Negara yang baru dilaksanakan oleh kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak telah mengancam sistem demokrasi dalam negara kita.
    "Kita perhatikan hampir semua institusi-institusi utama negara seperti polis, SPRM, Peguam Negara dan Bank Negara telahpun dikuasai sepenuhnya oleh beliau," katanya mereka dalam kenyataan bersama.
    Menurut mereka, akta MKN juga menidakkan hak sesiapa yang terbunuh, sama ada pegawai atau orang awam daripada diperiksa untuk menentukan punca berlaku.
    Tegas mereka, akta itu juga mengenepikan langsung kuasa dan peranan Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dalam isu penting demi keselamatan serta kebebasan rakyat.
    "Oleh kerana krisis negara inilah kami bersama dengan rakyat menentang akta ini," ujar mereka.
    Pada 5 September lalu, Mahathir tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan kepada Anwar yang memfailkan saman menghalang penguatkuasaan Akta MKN.
    Anwar, yang kini menjalani hukuman penjara 5 tahun, bertegas bahawa Akta MKN tidak berperlembagaan dan tidak sah kerana ia dikuatkuasakan menurut Fasal 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan.
    Akta MKN yang berkuatkuasa pada 1 Ogos lalu antara lain memberikan kuasa kepada Najib menetapkan sesuatu kawasan sebagai 'kawasan keselamatan' di mana beliau boleh membenarkan pasukan keselamatan memeriksa mana-mana individu, kenderaan atau bangunan tanpa memerlukan waran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akta MKN tak sezalim ISA yg penjara tanpa bicara.

      Padam
  5. Percaya Raja Petra Bermakna Percaya Najib Bunuh Altantuya..!


    Terbukti bahawa Raja Petra ni penipu besar..! pembohong bersiri..! Kenapa gila nak percaya???

    Mamat gila ni juga la yang memecah berita ALtantuya..! Mamat gila ni juga la yang membina pemikiran merapu hingga dikatakan Rosmah yang membunuh perempuan tu..!

    Kalau tak suka Najib tak bermakna kena percaya fitnah yang di reka reka..! begitu juga dengan kenyataan dibawah ni..

    Pertemuan Dr M dan Agong, Khairuddin selar tulisan RPK
    Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyelar dakwaan yang dibuat penulis blog Raja Petra Kamaruddin berhubung pertemuan antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Yang di-Pertuan Agong Jumaat lalu. 
    Dalam kenyataan medianya, Khairuddin mendakwa Raja Petra sebagai seorang 'pembohong' dan 'mengada-adakan cerita'.
    Malah, Khairuddin turut memberitahu, walaupun beliau mengiringi Mahathir ke Istana Anak Bukit, Kedah namun beliau tidak tahu tentang butiran pertemuan negarawan itu bersama Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. 
    Raja Petra dalam blognya telah memperincikan apa yang didakwanya sebagai peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam pertemuan antara Mahathir dan Tuanku Abdul Halim malah turut memperincikan perbualan mereka.
    Penulis blog itu turut mendakwa, Tuanku turut telah meminta Mahathir sekiranya dapat memberi jaminan tentang kesahihan kesemua 1.4 juta tandatangan dalam petisyen Deklarasi Rakyat bagi menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
    "Mahathir dengan jelas tidak bersedia untuk perkara ini dan tidak memberikan respon kerana beliau agak terkejut dan senyap untuk beberapa minit.
    "Anda dapat melihat bahawa Mahathir sedang mencari kata-kata dan akhirnya, selepas senyap beberapa ketika, beliau kemudian membalas bahawa petisyen itu merupakan apa yang telah diberikan padanya.
    "Dalam erti kata lain, Mahathir berkata beliau tidak dapat menjamin apa-apa kerana bukan beliau yang mengumpulkan tandatangan tetapi orang lain yang lakukan dan ia telah diberikan kepadanya.
    "Agong kemudian hanya memberikan senyuman sinis kerana cara Mahathir menjawab tidak meyakinkan dan sudah tentunya berdalih.
    "Baginda kemudian melihat Mahathir hanya memandang ke bawah dan tidak bercakap lebih tentang Deklarasi Rakyat atau tandatangan sebanyak 1.4 juta itu," dakwa Raja Petra dalam tulisan blognya yang bertajuk "Apa yang Khairuddin tidak dedahkan mengenai pertemuan Mahathir bersama Agong".
    sumber
    Majoriti Rakyat sebenarnya tersenyum simpul dengan dialog cerita rekaan yang dibuat oleh Raja Petra..! Tapi rakyat lebih tersenyum kenapa pulak sekarang Najib dan Raja Petra berpegang tangan berganding bahu menentang Tun M dan barisannya?
    Seperti mana rakyat tersenyum melihat gelagat cikgu Bad yang satu waktu dahulu bukan main kuat menghentam Rosmah dengan isu cincin 24 juta...hingga buat buku lagi..! Tapi sekarang di TV3 pun cikgu Bad dapat liputan..! 

    BalasPadam
    Balasan
    1. Segala yg dimainkan pembangkang adalah propaganda fitnah. RPK semasa bersama pembangkang adalah pemfitnah besar. Kini apa yg dilaporkan mengenai pembangkang, TDM/ANC dan 1MDB memang berbeza. Ia mengambarkan apa yg sebenarnya yg agak boleh dipercayai.

      Padam
  6. "Anwar Maaf ke tak Tun Mahdir" or salaman mereka cuma "WAYANG
    POLITIK" - takda sapa kisah. Tak penting pun, yan g pentingnya,
    MEREKA SEKARANG BEKERJASAMA JATUHKAN NAJIB!!!......kikikiki.
    Lepas Najib dijatuhkan, bergasakalha korang.
    INI MEMANG ASAM GARAM POLITIK.
    Takada musuh dan kawan yang berkekalan.
    Yang patut diutamakan, SELAMATKAN NEGARA DARIPADA
    PEROMPAK LANUN BUGIS!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan selamatkan dari mamak harbi komunis lover..

      Padam
  7. Mohon maaf waima insaf selepas melakukan kesalahan yg berat dan besar kesannya tetap kekal sebagai satu kesalahan biarpun sebagai sejarah...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping