Rabu, September 21, 2016

Kerjasama politik yang dilakukan antara Pengerusi PPBM Tun Mahathir bersama musuh ketatnya selama 18, Anwar Ibrahim hanya merosakkan legasi politik bekas perdana menteri itu.

Menurut penganalisis politik Dr. Baharuddin Aziz Ibrahim, sebagai seorang negawaran yang dihormati diperingkat antarabangsa, Mahathir sepatutnya tidak melibatkan diri dalam dunia politik tanah air ketika ini.

Sebaliknya, tokoh politik berumur 91 tahun itu sepatutnya melibatkan diri dengan agenda kemanusiaan di peringkat global, demikian menurut Baharuddin yang juga bekas pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
"Saya amat kesallah kalau saya lihat kepimpinan Tun Dr Mahathir. Orang sudah mula kesian kepada dia. Beliau sepatutnya jadi negarawan di peringkat dunia, yang boleh menyelesaikan masalah-masalah di peringkat antarabangsa kerana peringkat antarabangsa memang menghormati beliau.
"Tetapi apa yang beliau lakukan (cubaan bekerjasama dengan Anwar) hanya merosakkan warisan ataupun legasi beliau sendiri," kata beliau dalam satu wawancara bersama Antarapos.
Hal ini kerana menurut Baharuddin, imej buruk yang dipamerkan oleh Anwar secara tidak langsung akan memberi kesan yang negatif kepada legasi Tun Mahathir sendiri.

Lebih-lebih lagi, bekas ketua pembangkang itu pernah menjadi berita utama seluruh dunia kerana menjadi punca negara berada dalam keadaan huru-hara ketika himpunan reformasi 1998, tambah Baharuddin.
"Dari sudut etika, saya lihat dari sudut etika, ini sepatutnya tidak berlaku. kalau parti bersatu berjuang atas prinsip-prinsip tertentu,ia tidak perlu mengundang kerjasama dengan saudara Anwar Ibrahim. Kalau kita lihat sejarah belasan tahun dahulu, negara kucar-kacir (disebabkan Anwar)," katanya lagi.
Mahathir sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila hadir ke Mahkamah Jalan Duta untuk memberi sokongan terhadap musuh ketatnya, Anwar bagi menentang akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Professor tu betui lah. Tun M mula berkawan dengan Penjuboq

    BalasPadam
  2. Wahai semut hitam. Barua2 Anwarinas dalam PAN akan membenci kamu dengan pendedahan ini.

    Anwarinas PAN memuji2 TUN sekarang walaupun memaki hamun TUN 1998 dulu. Ini semua kerana Anwarinas PAN mencari keberkatan DAP

    BalasPadam
  3. Inilah 2 ekor Setan yaang bertopeng Dewa ! Apa bezanya mereka ber2 dengan 'Namrud' & 'Firaun' ?

    BalasPadam
  4. Marilah pakat2 nasihatkan Medey supaya menjauhi politik yg kotor dan keji ini.
    Hari ni ludah besok jilat.
    Hari ni tendang belum malam dah dakap.
    Ayuh selamatkan Medey..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping