Selasa, September 20, 2016

Sudah berapa kali perkara ini perlu diulang semula? Sudah acap kali Si Menteri Besar Selangor ni membuat pengakuan secara tidak lansung bahawa tindakannya melangkaui kuasa Presiden?

Jika sebelum ini, soal pembahagian kerusi DUN di Sarawak pun Si Menteri Besar Selangor tu dah membelakangkan Presiden PKR apabila dia mengambil tindakan secara bersendirian.

Tapi bila dia kantoi dan semakin ramai orang pertikai tindakan yang dilakukan, mula la Si Menteri Besar Selangor tu menggelupor tak tentu arah dan mendakwa kononnya dia dah dapat mandat.

Begitu juga dengan isu pemilihan Menteri Besar Selangor sebelum ini dimana Si Azmin tu didakwa telah mengambil tindakan secara bersendirian dengan melobi dirinya bagi jawatan tersebut.

Jadi, kita nak heran apa kalau Si Menteri Besar Selangor tu sekali lagi membuat pengakuan secara terbuka apabila mendakwa yang dia tidak berbincang apa pun dengan Si Ketua Penipu tu tentang isu PPBM.

Ketika ditanya oleh pihak media, Si Menteri Besar Selangor tu cuba menunding jari dan menyalahkan pihak Penjara kerana tidak memberi kebenaran untuk berbincang dengan Si Ketua Penipu itu.
"Setakat ini mereka menafikan kunjungan saya ke sana sejak tahun lalu. Sebelum ini saya dibenarkan bertemu Datuk Seri Anwar setiap dua minggu atas kapasiti saya sebagai Menteri Besar Selangor. Tapi sejak Mei tahun lalu, pihak berkuasa menafikan saya bertemu Datuk Seri Anwar kecuali di mahkamah. Jadi kita tunggu peluang itu," katanya lagi.
Yang peliknya, kenapa dia pulak yang nak kena bincang perkara itu dengan Si Ketua Penipu tu? Dia sapa? Takkan dia tak boleh guna Wan Azizah selaku Presiden PKR untuk buat perbincangan?

Menipu sangat la kalau Si Menteri Besar Selangor tu kata Wan Azizah pun takde akses nak berjumpa dengan Si Ketua Penipu tu dipenjara sedangkan Wan Azizah tu la orang yang paling layak.

Selain dia ada akses secara terus untuk berjumpa tanpa sekatan dari pihak penjara, Wan Azizah juga masih lagi merupakan pemimpin tertinggi dalam parti. Dia yang paling layak untuk berbincang mengenainya.

Maka kesimpulannya, kenyataan yang diberikan oleh Si Azmin itu membuktikan yang dia bukan sahaja membelakangkan peranan Wan Azizah sebagai Presiden PKR, bahkan ianya juga membuktikan bahawa dia ni memang Gila Kuasa!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Ali Tinju dicadang demo depan TV3, Bernama kerana malukan Rosmah
    Pemuda Amanah Melaka mencadangkan agar Ali Tinju untuk turun berhimpun bersama kumpulan baju merah bagi menuntut TV3 dan Bernama disaman kerana telah mengaibkan suami  perdana menteri, Rosmah Mansor.
    Ini kerana laporan TV3 yang menguar-uarkan kononnya Rosmah akan menerima anugerah daripada Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) adalah tidak benar dan kerana laporan itu juga anugerah oleh pihak lain ditarik balik.

    BalasPadam
  2. http://pahangdaily.blogspot.my/2016/09/ramai-bekas-calon-bakal-sertai-bersatu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)&m=0

    BalasPadam
  3. Ko ni ahli PKR ke yg selalu nyibuk hal Azmin..pegi tangkap jho lo dulu yg rampok duit negara..jangan jadi lembu jho lo takut kpd cina jho lo ni..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping