Ahad, September 18, 2016

Rundingan kerjasama politik antara parti pembangkang hanya akan berjaya jika Pas komited dengan usaha tersebut.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, ini kerana pihaknya percaya ada dalam kalangan pemimpin Pas yang tidak mahu rundingan itu direalisasikan.
“Saya percaya halangan utama membabitkan sebilangan pemimpin Pas. Bagi Pakatan Harapan, kami tiada masalah begitu juga parti Bersatu.
“Sekiranya mereka tidak mahu berunding, rakyat harus sedar bahawa mereka (pemimpin Pas) tidak lagi bersama dalam agenda reformasi untuk menggantikan Umno dan mungkin mempunyai niat untuk menyelamatkan Umno,” katanya.
Menurutnya, ahli dan penyokong Pas wajar memberikan tekanan kepada pimpinan mereka supaya kembali ke meja rundingan bagi mencerahkan peluang Pas mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU13.
“Jika tidak saya yakin Pas akan kalah di semua kerusi yang ditandingi di Selangor, Perak dan mungkin tinggal beberapa kerusi sahaja di pantai timur,” katanya.
Mengulas pertembungan satu lawan satu yang dianggap kaedah terbaik menewaskan BN, Kor Ming berkata, perkara itu diakui selain rakyat perlu sedar bahawa kerajaan yang memerintah gagal menjalankan urus tadbir negara dengan baik.
“Ini sejarah dan ia sudah terbukti. Kami harap rakyat sedar dengan kegagalan yang dicipta BN selain bersama-sama melakukan perubahan dalam PRU14 nanti,” katanya.
Sementara itu difahamkan satu perjumpaan akan diatur bagi memastikan rundingan secara rasmi bagi konsep satu lawan satu dicapai antara parti-parti pembangkang termasuk Pas.

Tidak menyebut bila rundingan rasmi itu akan diadakan, Setiausaha Kerja Eksekutif Bersatu, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, pada dasarnya beberapa parti pembangkang telah bersetuju dengan konsep tersebut dalam beberapa siri perbincangan tidak formal (tanpa penyertaan Pas) sebelum ini.
Categories: , ,

5 ulasan:

  1. PAS OOO PAS..dengar tak DAP KAU cakap tu..bukan main manis.sebab DAP dah terasa bahang kerana terlalu banyak kontroversi yg DAP dah buat..Ajakan tu sebenar ketakutan dalaman DAP..Nak percaya lagi ke..kehilangan TGHD pun bolih dipermainkan..kalau lah PAS masih tak sedar yg cina cina makan babi ni dah buat tak tahu lah apa nak kata lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SENGOTI TU KAWE SETUJU SANGAT2.KAWE PUNG NOK KATO LAGU TU JUGOK.

      Padam
    2. setuju.,.fikir secara matang guna akal lah wahai ahli dan pemimpin PAS

      Padam
  2. Walau kerajaan sekarang dikatakan tidak pandai urus tadbir, kita tidak akan sekali kali memilih orang kafir mentadbir negara, kita ada strategi kita sendiri, lihat saja pulau pinang apa dah jadi

    BalasPadam
  3. Berharap ahli2 Pas bijak bertindak. Jangan biar mereka dipergunakan oleh Dap laknat. Semua negeri yg pembangkang menang tu dulu sebab sokongan besar ahli Pas. Sekarang baru tahu siapa yg guna siapa. Mula2 sokong Pas, pertengahan pemerintahan sombong betul. Habis hak orang2 Melayu dirampas. Penghujung pemerintahan dah nak masok pru 14, baru menggelabah dan sedar Pas itu amat berguna bagi membantu kemenangan barisan pembangkang. Semoga Allah swt lindungi kite orang2 Melayu Islam dari dimusnahkan oleh orang2 kafir di Malaysia.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping