Rundingan kerjasama politik antara parti pembangkang hanya akan berjaya jika Pas komited dengan usaha tersebut.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, ini kerana pihaknya percaya ada dalam kalangan pemimpin Pas yang tidak mahu rundingan itu direalisasikan.
“Saya percaya halangan utama membabitkan sebilangan pemimpin Pas. Bagi Pakatan Harapan, kami tiada masalah begitu juga parti Bersatu.
“Sekiranya mereka tidak mahu berunding, rakyat harus sedar bahawa mereka (pemimpin Pas) tidak lagi bersama dalam agenda reformasi untuk menggantikan Umno dan mungkin mempunyai niat untuk menyelamatkan Umno,” katanya.
Menurutnya, ahli dan penyokong Pas wajar memberikan tekanan kepada pimpinan mereka supaya kembali ke meja rundingan bagi mencerahkan peluang Pas mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU13.
“Jika tidak saya yakin Pas akan kalah di semua kerusi yang ditandingi di Selangor, Perak dan mungkin tinggal beberapa kerusi sahaja di pantai timur,” katanya.
Mengulas pertembungan satu lawan satu yang dianggap kaedah terbaik menewaskan BN, Kor Ming berkata, perkara itu diakui selain rakyat perlu sedar bahawa kerajaan yang memerintah gagal menjalankan urus tadbir negara dengan baik.
“Ini sejarah dan ia sudah terbukti. Kami harap rakyat sedar dengan kegagalan yang dicipta BN selain bersama-sama melakukan perubahan dalam PRU14 nanti,” katanya.
Sementara itu difahamkan satu perjumpaan akan diatur bagi memastikan rundingan secara rasmi bagi konsep satu lawan satu dicapai antara parti-parti pembangkang termasuk Pas.
Tidak menyebut bila rundingan rasmi itu akan diadakan, Setiausaha Kerja Eksekutif Bersatu, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, pada dasarnya beberapa parti pembangkang telah bersetuju dengan konsep tersebut dalam beberapa siri perbincangan tidak formal (tanpa penyertaan Pas) sebelum ini.
PAS OOO PAS..dengar tak DAP KAU cakap tu..bukan main manis.sebab DAP dah terasa bahang kerana terlalu banyak kontroversi yg DAP dah buat..Ajakan tu sebenar ketakutan dalaman DAP..Nak percaya lagi ke..kehilangan TGHD pun bolih dipermainkan..kalau lah PAS masih tak sedar yg cina cina makan babi ni dah buat tak tahu lah apa nak kata lagi.
BalasPadamSENGOTI TU KAWE SETUJU SANGAT2.KAWE PUNG NOK KATO LAGU TU JUGOK.
Padamsetuju.,.fikir secara matang guna akal lah wahai ahli dan pemimpin PAS
PadamWalau kerajaan sekarang dikatakan tidak pandai urus tadbir, kita tidak akan sekali kali memilih orang kafir mentadbir negara, kita ada strategi kita sendiri, lihat saja pulau pinang apa dah jadi
BalasPadamBerharap ahli2 Pas bijak bertindak. Jangan biar mereka dipergunakan oleh Dap laknat. Semua negeri yg pembangkang menang tu dulu sebab sokongan besar ahli Pas. Sekarang baru tahu siapa yg guna siapa. Mula2 sokong Pas, pertengahan pemerintahan sombong betul. Habis hak orang2 Melayu dirampas. Penghujung pemerintahan dah nak masok pru 14, baru menggelabah dan sedar Pas itu amat berguna bagi membantu kemenangan barisan pembangkang. Semoga Allah swt lindungi kite orang2 Melayu Islam dari dimusnahkan oleh orang2 kafir di Malaysia.
BalasPadam