Selasa, September 13, 2016

Heh! Nampak sangat yang perjuangan Si Ketua Penipu ni memang mudah berubah - ubah, persis seperti Biawak Sesumpah yang suka mengikut keadaan yang menguntungkan dirinya sendiri.

Kalau sewaktu zaman Reformasi dulu, Si Ketua Penipu tu sibuk melaungkan slogan menentang Nepotisme dan Kronisme sebagai bahan hasutan kepada para pengikut bawahannya.

Kononnya pada ketika itu, Si Ketua Penipu tu mendakwa pentadbiran era Tun Mahathir sarat dengan amalan Nepotisme dan Kronisme yang menyimpang dari amalan Demokrasi Negara.

Tapi, apabila parti yang dipimpinnya pada ketika ini mendapat sindiran secara dalaman yang mendakwa mereka mengamalkan Politik Nepotisme dan Kronisme, mula la dia ubah pendirian.

Secara realitinya, memang itu hakikat dalam amalan Politik PKR pada ketika ini. Perkara yang sama juga telah dibangkitkan oleh Si Timbalan Presiden PKR tu seusai Pilihan Raya Umum yang lalu.

Isu berkaitan dengan amalan Nepotisme dan Kronisme dalam PKR menjadi antara bahan kempen pemilihan PKR kartel Azmin untuk berhadapan dengan kem Wan Azizah selaku Presiden parti.

Mungkin apabila perkara itu dibuka secara terang - terangan membuatkan Si Ketua Penipu tu terpaksa melupakan agenda penentangannya terhadap amalan Politik Nepotisme dan Kronisme.

Sebaliknya dia mengubah slogan perjuangan partinya kepada amalan Politik Kelptokrasi yang didakwa merupakan 'Perkataan Baru' kepada penentangan terhadap Nepotisme dan Kronisme.
“Erti pengorbanan dalam konteks yang lebih luas adalah kebersamaan kita untuk bangkit menentang kebobrokan, amalan nepotisme serta kronisme dan sekarang telah ada istilah terkini kleptokrasi. Inilah yang diperjuangkan sekian lama,” kata Anwar dalam perutusan Aidiladha bersama dengan isterinya yang juga adalah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Namun kenyataan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu jelas sama seperti sengaja 'Membuka Pekung Sendiri' dimana parti mereka paling sarat mengamalkan Politik Nepotisme dan Kronisme.

Sehingga ke hari ini, mereka yang pegang jawatan tertinggi parti mempunyai hubungan secara lansung dengan Si Ketua Penipu tu sama ada hubungan kekeluargaan mahupun hubungan kerja.

Jelas, hubungan diantara pimpinan tertinggi parti itu mempunyai hubung kait yang rapat dengan amalan Nepotisme dan Kronisme sekaligus membuktikan yang Si Ketua Penipu tu hanya sekadar 'Bercakap' tapi dia sendiri tidak reti nak melaksanakannya!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Nepotism ka, kronisme ka, kleptokrasi ka, perioknasi ka, airliorbasi ka.... semuanya sama saja... hasil karya di balik tabirbesi.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping