Selasa, September 20, 2016

Rejim Pakatan Selangor tidak perlu mengadakan pilihan raya mengejut berikutan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dikemukakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Si Menteri Besar Selangor tu kata pihaknya tidak boleh mengkhianati mandat yang diberikan rakyat Selangor kepada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.
“Tidak perlu (pilihan raya mengejut) sebab mandat yang diberi rakyat Selangor pada 2013 adalah amat besar, dan mandat itu diberi untuk tempoh lima tahun,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Agensi-agensi Kerajaan Negeri di sini, hari ini.
Kenyataan itu dibuat ketika diminta mengulas desakan Penasihat DAPigs Lim Kit Siang supaya Selangor mengadakan Pilihan Raya mengejut ekoran cadangan persempadanan semula, yang didakwa sengaja ‘mengubah’ peta negeri itu.

Selain Lim, beberapa orang pemimpin dikalangan Pakatan Pembangkang lain juga turut mempersoal persempadanan semula yang telah diumumkan oleh pihak SPR pada Khamis lepas.

Namun bagi sesetengah pihak, kenyataan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor tu menunjukkan seolah - olah dia takut kedudukan dia pada ketika ini akan menjadi semakin tergugat.

Nak pulak dikala pelbagai spekulasi serta kontroversi yang sedang melanda Rejim Pakatan Selangor dibawah pimpinannya itu dibangkitkan satu persatu dan tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.

Bahkan, cita - cita Si Menteri Besar Selangor tu nak menjadi Perdana Menteri dimasa akan datang juga sudah pasti akan bertambah tergugat sekiranya Pilihan Raya diadakan dalam masa terdekat.

Nak pulak isu berkaitan dengan penukaran status tanah Paya Indah Wetland yang semakin hangat diperkatakan pada ketika ini selain dari isu DEIG, penyelewengan Dana Rakyat serta isu sampah dan longkang yang masih belum selesai sehingga hari ini.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. ANUGERAH DITARIK BALIK, PENJELASAN ROSMAH AMAT2 DIPERLUKAN
    Shahbudin Husin,

    Berikut adalah petikan berita yang disiarkan secara meluas pada 17 September 2016 yang lalu:-

    Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dipilih untuk menerima anugerah "Lead By Example" oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Unesco.

    Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan merangkap Naib Presiden Unesco Malaysia, Alias Ahmad berkata, anugerah itu diberikan  atas usaha dan sumbangan Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah program Permata.

    "Pengiktirafan ini sekaligus memberi penghormatan kepada Malaysia di atas keberkesanan dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan pembangunan holistik kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan.

    Beliau berkata, anugerah  sempena Persidangan Agung ke 71 PBB itu julung kali diadakan bagi mengiktiraf dan meraikan sumbangan beberapa individu di seluruh dunia yang telah menyumbang kepada keharmonian dan keamanan manusia sejagat.

    Kata kenyataan itu lagi, anugerah akan disampaikan pada majlis Penghormatan Kepada Wira-Wira Dalam Kempen Global Menentang Keganasan pada 22 September ini di Muzium Keseniaan Metropolitan, New York.

    Bagaimanapun, laporan New York Times hari ini  menyebut bahawa Unesco mengumumkan penarikan balik gelaran yang sepatutnya diberikan kepada Rosmah itu.

    Punca ia ditarik balik ialah berkaitan dana Permata yang didakwa meragukan dan walaupun pihak penganjur tidak menyedari wujud sebarang salah laku, mereka juga tidak cukup masa untuk membuat pemeriksaan.

    Penarikan balik gelaran itu tentu saja mengecewakan Rosmah yang mungkin sudah bersiap-siap untuk berlepas ke New York, walaupun Najib tidak hadir ke persidangan PBB kali ini dan mewakilkan Zahid Hamidi mengetuai delegasi Malaysia.

    Persoalannya, mengapa dana Permata tiba-tiba diragui?

    Apakah keraguan mengenai dana Permata itu ada kaitan juga dengan wang 1MDB yang dilaporkan hilang selama ini?

    Jika selama ini kita diberitahu pembiayaan Permata datangnya daripada wang kerajaan, malah Najib sendiri mengumumkan peruntukan dalam beberapa ucapan belanjawan yang dibentangkannya,  bagaimana  Unesco boleh turut meraguinya dan kemudian membatalkan anugerah yang sepatutnya diterima Rosmah?

    Mustahil wang kerajaan sendiri boleh diragui?

    Mungkinkah Permata ada menerima dana 1MDB secara sembunyi-sembunyi dan tanpa kita ketahui?

    Adakah penarikan balik anugerah itu juga ada kaitan dengan saman Jabatan Kehakiman AS atau berhubung-kait dengan sebarang penemuan penyiasat antarabangsa berkaitan wang 1MDB yang telah dilencongkan?

    Satu lagi persoalan yang tentunya rakyat Malaysia ingin jawapan daripada Rosmah sendiri. (SH 19/09/2016).

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping