Ahad, September 18, 2016

Ahli serta pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) akan melutut kepada PAS dan mengiktiraf kekuatan parti itu suatu hari nanti, kata presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi berkata ketika itu, parti-parti yang menjadi sekutu kepada parti tersebut terpaksa bergantung sepnuhnya kepada PAS untuk meraih sokongan dari kalangan rakyat.

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, pemimpin PAN hanya sekadar bercakap kosong apabila mendakwa ribuan ahli PAS di Kelantan mahu menyertai parti tersebut.
"Berita begitu mudah dipetik dengan jari, apatah lagi dalam dunia siber berita terlalu laju dan tidak berpijak di bumi nyata.
"Kita yakin ahli-ahli kita di semua cawangan dan kawasan tetap konsisten, bahkan parti lain bergantung dengan kita, tunggulah suatu hari nanti Amanah akan melutut kepada kita," katanya selepas menghadiri Program Munajat Perdana 'Rakyat Kelantan Menyokong Rang Undang-Undang Akta 355' di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kelantan malam tadi.
Dalam Majlis Perisytiharan Keluar PAS dan Masuk Amanah di Salor yang diadakan serentak dengan Program Munajat Perdana tersebut, kepimpinan PAN mendakwa menerima lebih 1,500 keahlian baru daripada penyokong PAS di negeri berkenaan.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Pan sejak penubuhannya lgi selalu cakap besar. Nak tunjuk dapat sokongan ramai la konon. Realitinya tak ada sokongan padu.

    BalasPadam
  2. Cuba banding ketokohan presiden pas dan pan...mcm langit dgn bumi..

    BalasPadam
  3. Hadi mimpisiang hari..pi saman dulu fitnah sR..dah lebih sebulan ni..nanti penyokong lari kerana ulamak makan rasuah najib

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping