Sabtu, September 10, 2016

Heh! Ingatkan habis Qhatam dah Si Husam ni bila dia tiba - tiba je berani mengkhianati kata - kata yang diluahkannya sendiri. Tapi rupa - rupanya, Si Husam ni masih belum habis belajar lagi.

Jika sebelum ini, Si Husam tu sendiri mengakui yang dia tidak akan meninggalkan PAS dan tetap enggan menerima keputusan yang dibuat oleh parti itu yang telah memecat keahliannya.

Namun baru - baru ini, pemimpin yang suatu ketika dahulu dianggap sebagai 'Ayam Tambatan' serta dijulang sebagai 'Anugerah PAS' itu telah mengambil tindakan yang sebaliknya.

Walaubagaimana pun, keputusan yang dibuat oleh Si Husam untuk meninggalkan PAS bukan satu isu yang menjadi persoalan pada ketika ini. Itu dia punya pasal la. Negara demokrasi.

Tetapi tindakan dia menjaja nama Allahyarham Nik Aziz tu yang dipertikaikan oleh pelbagai pihak yang melihat seolah - olah Si Husam tu lansung tidak menghormati Bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Alasan yang diberikan oleh Si Husam kononnya tindakan dia meninggalkan PAS itu sudah pasti mendapat restu dari Allahyarham Nik Aziz sekiranya Bekas Mursyidul Am PAS itu masih hidup.

Soalnya sekarang, Si Husam tu bercakap pasal orang yang dah meninggal dunia. Macam mana kita nak tau jika apa yang dia dakwa itu betul atau pun tidak? Nampak sangat yang dia cuba nak menipu.

Maka sebab itulah Si Husam tu telah di-'SEKOLAH'-kan oleh anak kepada Allahyarham Nik Aziz tu sendiri yang menganggap tindakan tersebut bertentangan dengan pendirian Allahyarham.

Kata Nik Abduh, sekiranya Allahyarham bapanya itu masih hidup, tidak mungkin beliau akan bersetuju dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh bekas pemimpin PAS seperti Husam.

Bahkan kata Nik Abduh, Allahyarham bapanya itu tetap kekal beristiqomah bersama dengan perjuangan PAS sama ada sewaktu parti itu jatuh atau pun bangkit kembali dalam Politik.
"...Dalam PAS ayahanda Tuan Guru adalah sejarah hidup dan jatuh bangun PAS. PAS membinanya dan dia jugalah yang begitu membina PAS. Dia pernah mentaati dan dia pernah ditaati. Dia memandu dan dia dipandu juga. Puluhan tahun lamanya.

"Berapa kali PAS berkrisis dan berpolemik. Terserpih dan pecah. Tewas dan jatuh. Ditertawa dan diperlekeh. Tenggelam dan hilang. Akhirnya saat PAS bangkit, ayahandalah yang di depan menangkis dan menjulang. 


"Dia adalah tanpa was-was dan tanpa ragu-ragu sedikitpun bahawa Islam adalah perjuangannya dan PAS adalah kenderaan dan jamaahnya," tulis beliau.
Dalam erti kata mudahnya, tindakan Si Husam tu menjual nama Allahyarham Nik Aziz bukan sahaja dianggap sebagai satu taktik Politik Keji demi untuk meraih publisiti murahan semata - mata. Tetapi dia juga turut menghina Allahyarham Menteri Besar Kelantan itu sendiri!!! 
Categories: , ,

3 ulasan:

  1. Husam terdesak...auta sedaya upaya. Sesuai la dok dlm parti baru tu.

    BalasPadam
  2. husam oh husam...jk iya pun nk cri pengaruh ahli pas biarlah munasabah. jgn doublestandard.. ahli pas yg berjuang brsama Allh yrham tuan guru tetap kuat dn beristiqamah hingga k hri ini. kesatuan mrka dlm jamaah pas bgtu teguh kecuali mrka yg terhoyonghayang ke kanan dn kiri spt husam akn bersetuju mengikut husam dn bila tiba msanya nnti mrka akn meninggalkn husam krn tertarik dgn fitnah baru sbb mrka tda istiqamah...sama2 lah kita tggu dn lihat...

    BalasPadam
  3. Di uji dengan kekalahan dalam pemilihan parti, Husam terus menerkam dan menyerang parti yang telah melonjakkan namanya di persada politik negara.

    Di situlah nampak betapa Husam bukanlah seorang tokoh yang bijak. Di uji sedikit, terus menderhakai platfom perjuangan.

    Anda bukan pemimpin yang hebat, Husam. Perasan saja yang lebih.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping