Rabu, September 28, 2016

Jika dilihat dari satu sudut, kemungkinan besar pengaruh keluarga Si Ketua Penipu tu menjadi penyebab dan punca kenapa nama dia tidak tersenarai dalam perencanaan Tun Mahathir.

Secara dasarnya, keluarga Si Ketua Penipu tu sehingga ke hari ini masih dilihat enggan bekerjasama dengan Bekas Perdana Menteri Malaysia yang dianggap sebagai pemimpin diktator itu.

Hakikat itu tidak dapat dinafikan walaupun kartel Azmin Ali cuba nak memberi justifikasi seolah - olah hubungan diantara kedua - dua pemimpin itu dilihat mula menjernih baru - baru ini.

Tapi realitinya, pertemuan diantara kedua - dua orang pemimpin itu hanya sekadar 'Wayang Politik' yang mahu dipertontonkan kepada rakyat, terutama pengikut setia Wan Azizah.

Dalam erti kata lainnya, usaha untuk merapatkan hubungan kedua - dua pemimpin itu sebelum ini jelas tidak mendatangkan sebarang hasil yang diimpikan oleh mereka yang terlibat.

Ada yang kata, Tun Mahathir dengan sengaja menggugurkan nama Si Ketua Penipu tu sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia dan akan memilih Muhyiddin Yassin sebagai calonnya.

Malah, pandangan dari seorang penganalisis Politik juga turut berpendapat bahawa Bekas Perdana Menteri Malaysia itu masih menyimpan dendam kesumat terhadap Si Ketua Penipu tu.

Namun jika dilihat dari sudut logiknya, tindakan keluarga Si Ketua Penipu yang masih enggan mengiktiraf gerakan yang diketuai oleh Tun Mahathir itu juga boleh menjadi punca utama.

Bahkan, sifat 'dingin' serta kerap kali berubah - ubah pendirian berhubung kerjasama Politik yang sering dipamerkan oleh keluarga Si Ketua Penipu itu memang dapat dilihat dengan jelas.

Tapi, itu bukan salah keluarga Si Ketua Penipu tu kerana mereka menganggap diri mereka telah dianiayai oleh Tun Mahathir yang menjadi punca penderitaan mereka sebelum ini. Jadi, mana mungkin diorang dapat melupakan dosa Bekas Perdana Menteri tu begitu sahaja!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Banyak persaingan dalam politik Malaysia, namun bagus kondisi Malaysia stabil

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping