Rabu, September 14, 2016

Adalah menjadi satu perkara yang tidak menghairankan apabila Si Ketua Penipu tu melantik seorang peguam dari Amerika untuk mewakili dirinya. Terutama dalam kes Liwat dia sebelum ini.

Nak pulak apabila kita tau bahawa dasar perundangan di Amerika memang jauh berbeza di Malaysia dimana Amerika memberi kebenaran kepada rakyatnya mengamalkan budaya seks Bebas.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pendakwaan terhadap dalam kes liwat membabitkan Si Ketua Penipu tu tahun lalu berkata beliau bersedia berdepan dengan peguam Amerika Syarikat, Kimberly Motley, dalam mencabar keputusan Mahkamah Persekutuan.
“Kita kaji dahulu. Saya selalu bersedia menentang,” kata Shafee dalam jawapan ringkasnya kepada FMT.
Motley dilantik Anwar secara pro-bono (tanpa bayaran) bagi membantu beberapa kes sedang berlangsung termasuk semakan penghakiman keputusan Mahkamah Persekutuan, yang mengekalkan hukuman 5 tahun penjara terhadap Anwar pada Februari 2015.

Semalam, Motley mendakwa dia telah dihalang dari bertemu dengan Si Ketua Penipu tu di Penjara Sungai Buloh walaupun selepas permohonan bertulis kepada Jabatan Penjara pada 10 September.

Shafee dalam kenyataannya menjelaskan, Motley tidak layak menjadi peguam kepada Anwar sekiranya tidak berdaftar di Malaysia. Maka sebab itu dia tidak dibenarkan berjumpa dengan Si Ketua Penipu tu.

Pada 10 Februari tahun lalu, Si Ketua Penipu tu GAGAL dalam rayuannya mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang menyabitkannya atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan itu dibuat panel 5 hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Categories: ,

11 ulasan:

  1. tak mampos2 lagi
    lahanat/musibat ni

    BalasPadam
  2. Shafeei ni loyar hebat tapi kenapa tak tolong najib saman wsj/SR dan cabar doj/fbi yg kaitkan najib dengan rompakan 1mdb..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak da kes nak tolong Najib machamana pulak

      Padam
    2. SR dan wsj dah fitnah najib boleh ko kata tak ada kes..ape punye klentong ko ni

      Padam
  3. Suka hati nuar laa nak lantik loyar mana pun..ko susah hati kenapa plak..sepatutnye najib dan semah yg susah hati..jangan lantik loyar buruk apandir..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apandi lebih bagus dari ngko tu..dia tau undang2. Ngko pula tau komen pakai keyboard je..

      Padam
    2. Memang apandir lebih bagus..sebab tu dia dilantik ganti ghani untuk cuci najib dari didakwa..bodoo ko ni

      Padam
  4. http://pahangdaily.blogspot.my/2016/09/jabatan-pendaftaran-negara-140-anak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)&m=0

    BalasPadam
  5. HANYA DENGAN SEDIA SERTAI SATU LAWAN SATU, PAS DAPAT BUKTIKAN TIDAK PERNAH TERIMA RM90 JUTA

    Ada dua perkara yang menjadi pertanyaan ramai mengenai Pas sekarang ini:-

    - Apakah Pas akan bersama dengan parti-parti pembangkang untuk satu lawan satu dengan BN atau kekal bersendirian dan menjadikan pertandingan tiga penjuru yang dalam ertikata lain memberi kelebihan kepada Najib Razak, UMNO dan BN dalam PRU 14 akan datang?

    - Bilakah saman terhadap Sarawak Report yang diumumkan lebih sebulan lalu oleh Hadi Awang sendiri akan menjadi kenyataan?

    Meskipun beberapa pemimpin Pas ada menyatakan keinginan untuk melihat pertandingan satu lawan satu berhadapan dengan BN dalam PRU 14 akan datang, kenyataan yang serupa belum pernah keluar daripada mulut Hadi Awang selaku Presiden Pas atau Mursyidul Amnya, Dr Haron Din.

    Ini menjadikan pendirian Pas masih menjadi tanda-tanya sama ada parti itu benar-benar mahu menumbangkan BN atau sebenarnya ingin menjadi "tongkat penyelamat" kepada kedudukan Najib, UMNO dan BN.

    Sepertimana yang selalu diulang oleh Tun Mahathir Mohamad, parti-parti pembangkang yang tidak sedia berpakat untuk bertanding satu lawan satu menentang BN, ia adalah sama seperti memberi pertolongan kepada Najib yang sedang berhadapan dengan skandal kewangan berkaitan dirinya.

    Sehingga ini, beberapa pemimpin kanan Pas seperti Tuan Ibrahim Tuan Man, Idris Ahmad, Iskandar Samad, Mustaffa Ali dan lain-lain nampak bersetuju dengan pendirian Tun Mahathir itu, cuma Hadi Awang dan Dr Haron Din yang merupakan "pemberi kata putus" berkaitan hala tuju parti itu, kekal tidak berbunyi dan berdiam diri.

    Maka, pendirian Pas masih dianggap misteri dan tidak menentu.

    Dalam waktu yang sama, Pas juga berhadapan dengan dakwaan menerima bantuan kewangan sebanyak RM90 juta daripada Najib yang dibuat oleh Sarawak Report, tidak lama sebelum ini.

    Berikutan itu, Hadi Awang pada 13 Ogos lalu mengumumkan bahawa Pas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report dengan melantik seorang peguam kanan di London bagi tujuan tersebut.

    Katanya lagi, proses itu akan dilakukan dalam tempoh sebulan daripada sekarang.

    Oleh kerana hari ini sudah 14 September, bermakna sudah lebih sebulan masa berlalu dan masih tidak kedengaran apa-apa perkembangan mengenai saman itu.

    Apakah ia akan tetap diteruskan, masih dalam proses rundingan dengan peguam atau sudah dibatalkan sebagaimana ura-ura saman Najib terhadap WSJ sebelum ini yang hanya gah dan berdentum-dentum di permulaan, tetapi akhirnya sunyi sepi sehingga sekarang?

    Jika Pas berdiam diri dan tidak meneruskan saman, tanggapan ramai ialah mungkin benar parti itu atau pemimpin tertentunya ada menerima bantuan kewangan daripada Najib sepertimana yang didakwa Sarawak Report itu.

    Berhadapan dengan dua persoalan yang menjadi pertanyaan ramai itu, Pas sebenarnya boleh menyelesaikannya secara serentak dan sekaligus meletakkan namanya kembali dihormati iaitu dengan mengumumkan secara rasmi untuk menyertai parti-parti pembangkang bagi berlawan satu lawan satu dengan BN.

    Dengan berani berbuat demikian, isu wang RM90 juta yang didakwa diterima Pas daripada Najib akan terhakis dengan sendirinya. Sama ada saman diteruskan atau tidak terhadap Sarawak Report, tidak lagi menjadi persoalan besar.

    AnonymousWednesday, September 14, 2016 8:44:00 PM
    Najib saman selasa..hadi saman sebulan lagi..awal tahun hadi gertak nak saman BH kes kenyataan dia mengenai DAP nak perintah malaysia...sampai sekarang tuan RAGU berserban ni bisu..cakap besar serupa Najib..

    BalasPadam
  6. Saifool yg tuduh anwar liwat bontot dia pun tak sibuk..sanggup batal saman anwar 50 juta.. orang muda yg kuat boleh dirogol orang tua yg berpenyakit..

    BalasPadam
  7. Pan dgn Dap tak layak langsung perintah negara. Dlm kes dsai bukan mereka tak tau prkara sebenar tpi nak kuasa punya pasal buat mcm tak tau je la. Melalak melolong nak tunjuk betul konon.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping