Jumaat, September 23, 2016

Heh! Heran bin Ajaib jugak anak kepada Si Ketua Penipu ni. Cepat betul dia berubah pendirian. Nampak sangat yang dia sekarang ni berada dalam keadaan dilema berpanjangan.

Tak lama selepas PKR menganjurkan Forum memperingati "Detik Tercetusnya Reformasi" baru - baru ini, Si Nurul Nuha ni tiba - tiba dilihat seolah - olah sudah berubah pendiriannya.

Kalau pada ketika forum itu diadakan, anak kepada Si Ketua Penipu tu dilihat cuba mengimbau kembali detik - detik hitam yang terpaksa dilalui keluarganya 18 tahun yang lalu.

Ianya ekoran pemecatan jawatan Si Ketua Penipu tu dari menjadi Timbalan Perdana Menteri atas dakwaan penyalahgunaan kuasa serta terlibat dengan aktiviti salah laku moral.

Bagi sesetengah pihak, penganjuran forum tersebut seolah - olah cuba membangkitkan tindakan 'Kejam' dan 'Zalim' yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap keluarga Si Ketua Penipu tu.

Bagi pihak yang lain pula, tindakan mereka menganjurkan forum itu adalah untuk mengingatkan pemimpin PKR yang kian hanyut dari agenda asal Reformasi itu diadakan sebelum ini.

Namun, ketika ditemui oleh pihak media selepas forum tersebut, anak kepada Si Ketua Penipu tu dilihat berubah pendirian dan enggan mengulas status hubungan keluarganya dengan Tun Mahathir.

Sebaliknya, Nurul Nuha hanya menyatakan bahawa pihak keluarganya akan menurut segala kehendak dan kemahuan bapanya bagi merealisasikan hasrat terpendam untuk menjadi Perdana Menteri.
“Saya rasa isu itu tak perlu diungkit. Saya dah sebut dalam kenyataan sebelum ini bahawa kami akan sokong dengan apa-apa keputusan yang dibuat oleh papa dan itu penting.


“Isu itu saya rasa kita terus lihat ke hadapan dan ada reform agenda yang mereka sama-sama bersetuju antara papa dan Tun Mahathir, sekarang kita fokus ke hadapan dan apa yang terbaik negara,” katanya.
Demikian yang dilaporkan dalam laman media Pro Pakatan Haprak tu bagi memberikan gambaran seolah - olah keluarga Si Ketua Penipu tu merestui gerakan yang diketuai oleh Tun Mahathir.

Tapi apa yang jelas, kenyataan yang dibuat oleh Si Nurul Nuha itu sebenarnya bukan berlandaskan kepada realiti. Sebaliknya, ia bersembunyi disebalik 'Wayang Politik' yang hanya sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi Si Ketua Penipu tu sendiri!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Budak nuha mesti cakap paput dan kepentingan negara..... paput ko tu dah tak penting utk negara lagi dah.... nak menjahanamkan negara dan agama islam dng ajaran pluralisma murtad terserlah sudah.... sudah2 cakap pasal negara dan bangsa... rasa nak muntah hijau loya tekak..... bela ajer paput ko tu smpi reput dlm umah udah la.....

    BalasPadam
  2. Semut hitan nnyibuk hal orang nikenaper?..sukahati dia lah dia nak ubah ke tak nak ubah ke...ko dan umno patut desak ketua polis tangkap cina tembam jho lo dulu...jangan biarkan perompak wang negara hidup bebas..jangan jadi melayu pengecut dan dayus..memalukan melayu..

    BalasPadam
  3. Yang melutut dan merangkak ....


      Hanya 4 hari saja berlalu Hj Hadi Awang kata Parti Amanah Negara (AMANAH) akan 'melutut' kepada Pas dalam persada politik negara....

    "Kita yakin ahli-ahli kita di semua cawangan dan kawasan tetap konsisten, bahkan parti lain bergantung dengan kita, tunggulah suatu hari nanti AMANAH akan melutut kepada kita," katanya di sini

     Pas yang begitulah angkuh dengan mendabik dada konon partinya itu lebih kuat bila bersendirian....Pas boleh hidup tanpa PKR, DAP, kata Mohd Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

    Jangan berlagak sombong...
     Tiba-tiba Pas pula telah datang merayu minta MP PKR dan DAP supaya menyokong RUU pindaan akta 355 yang akan dibentangkan pada sidang parlimen Oktober nanti...

     Selasa lepas, Pas Kawasan Lumut menghantar beberapa ahli jawatankuasanya untuk menemui YB Mohd Imran Hamid, MP Lumut di pejabatnya bagi tujuan tersebut.

    Siang tadi pula, Pas Taiping menagih sokongan MP DAP, Ngah Kor Meng di pejabatnya. Pas Taiping menghantar TYDPnya, Hj Alias dan NYDP, Ibrahim Ismail.

      Jangan berteriak-teriak marah! 


    Surat yang tidak beretika dalam aturan menulis.
    Ada kesalahan lain, selain penggunaan huruf besar
     Adalah sangat memalukan, apabila surat rasmi minta sokongan MP DAP itu ditulis dengan huruf besar. Menulis dengan mengaktifkan huruf besar (kekunci Caps Lock) dapat diartikan sebagai pertanda kemarahan dan kurang ajar.

     Orang mungkin menganggap penulisnya  sebagai tidak beretika, atau tidak sopan sama sekali. Di sekolah kita semua belajar membuat karangan, jadi gunakan ilmu tersebut. Gunakan huruf besar dan kecil pada tempatnya, bukan huruf besar kesemuanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak jgn bongkak sangat...kesalahan orang bukan main kamu nak tonjolkan...pd bangsa kafir tu..caci islam pun masih kamu nak jilat depa..munafik.

      Padam
    2. Kalau kita diberi pilihan antara bangsa dan agama... pilihlah agama nescaya selamatlah kita.. insyaAllah... Allah melihat usaha kita.. bukan kejayaan kita.. wallahhualam...p hanya Allah swt yg maha mengetahui dan bijaksana..

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping