Rabu, September 07, 2016

Kalau semalam, bila ada yang kata pertemuan diantara Tun Mahathir dengan SI Ketua Penipu tu telah diatur dan dirancang oleh Si Menteri Besar Selangor tu, ramai yang tak percaya.

Ramai yang anggap ianya hanya sekadar spekulasi semata - mata. Namun jika ianya dilihat dari satu sudut logiknya, ada betul juga dakwaan yang dibuat dan diperkatakan oleh diorang.

Nak pulak apabila mereka mendakwa tindakan Si Azmin tu merupakan satu langkah terdesak untuk menarik perhatian PKR agar memberi sokongan sepenuhnya kepada Tun Mahathir.

Bagi mereka, sehingga ke hari ini, gerakan yang diterajui oleh Bekas Perdana Menteri yang memecat Si Ketua Penipu tu sebelum ini tidak mendapat sokongan solid dari pemimpin PKR.

Termasuk la dari pimpinan tertinggi itu seperti Wan Azizah serta Nurul Izzah yang masih menganggap Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin Diktator yang menzalimi keluarga mereka.

Maka tanggapan mereka bahawa Si Menteri Besar Selangor tu terdesak mahu mendapatkan sokongan dari kepimpinan tertinggi PKR membuatkan dia terpaksa mengatur pertemuan tersebut.

Soal mengenai sikap acuh tak acuh dikalangan pemimpin tertinggi PKR terhadap gerakan Tun Mahathir itu memang tidak perlu dinafikan. Ianya memang sudah lama menjadi Rahsia Umum.

Nak pulak bagi mereka yang pernah terlibat secara lansung dengan gerakan Reformasi 1998 serta mereka yang pernah mengalami kekejaman Tun Mahathir ditahan dibawah ISA sebelum ini.

Dan perkara itu juga turut diakui oleh Khalid Samad dalam satu kenyataan media baru - baru ini yang mengakui bawah wujud sebahagian besar pemimpi PKR yang tidak bersetuju dengan Tun.
"Menerusi perjumpaan saya dengan Mahathir juga dalam program Deklarasi Rakyat baru-baru ini sebut bahawa beliau kena fikirkan soal bagaimana hendak reconcile (bersatu) supaya PKR secara keseluruhannya boleh bersama dengan usaha Deklarasi Rakyat dan Bersatu untuk bergabung dan bekerjasama dengan PH," ujarnya lagi.
Maka kesimpulan mudahnya, memang betul la tanggapan yang dibuat oleh sesetengah pihak yang mendakwa pertemuan diantara Si Ketua Penipu tu dengan Tun Mahathir merupakan langkah Politik Terdesak yang diatur oleh puak Pakatan Haprak tu!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Perak negeri kedua paling miskin : Zambry jangan nak bohong rakyat Perak!

    Pemimimpin Pakatan Harapan Perak sewaktu mengadakan sidang media kelmarin
    mendedahkan cubaan Zambry yang cuba memutarbelitkan laporan KRI
        Menteri Besar Perak, Datuk Seri Diraja Dr Zambry sangat kecewa dengan laporan kajian yang dibuat oleh Insitut Penyelidikan Khazanah (KRI) bahawa Perak menjadi negeri kedua yang mempunyai isi rumah kurang di bawah RM2,000 sebulan selain 81.1 peratus isi rumahnya berpendapatan kurang RM6,000 sebulan.

     Marah dengan kajian tersebut walaupun ia adalah berasaskan kepada maklumat rasmi yang diperolehi dari Jabatan Stastistik, Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk tempoh sehingga 2015, Zambri telah menggesa KRI membuat kajian kali kedua Keadaan Isi Rumah dengan disertai sama oleh pihak Jabatan Statistik dan juga Unit Perancangan Ekonomi (EPU).

      Pakatan Harapan Perak yang mengadakan sidang media petang kelmarin telah menempelak tindakan Zambri yang cuba memutarbelitkan dan menafikan laporan kajian tersebut dan menuntut Kerajaan negeri BN meminta maaf kepada rakyat kerana Perak kini negeri kedua paling miskin!

    BalasPadam
  2. HARAKAH PAS AMBIL MASA SEBULAN UNTUK ‘PECAH TEMBELANG’?

    Selepas sebulan akhbar Amanah mengetengahkan laporan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Pas mungkin baharu tergerak untuk menyatakan sikap terhadap tindakan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat pada 20 Julai lalu.

    Melalui akhbar rasmi parti diterajui Abdul Hadi Awang itu, ungkapan “Pecah tembelang” menjadi tajuk muka depan Edisi Isnin, 5-8 September.

    Menariknya, tajuk sama juga bagi isu sama telah terlebih dahulu menghiasi muka depan lidah rasmi Amanah pada keluaran 31 Julai-6 Ogos lalu.

    Namun, berbeza dengan Harakah, tuntutan rampasan harta sebanyak AS$1 bilion (RM4 bilion) berkenaan di akhbar Amanah adalah dalam laporan penuh di halaman dua keluaran Bil. 10 itu.

    Sebaliknya, Harakah Bil. 2178 tersebut sekadar menyertakan lima catatan termasuk masih bertanyakan, “Apakah betul duit 1MDB yang masuk ke akaun Perdana Menteri dan cerita daripada dermawan Arab dongeng semata-mata?”

    Pas sebelum ini dilihat banyak pihak sebagai tidak ‘garang’ dalam menyerang Umno-BN ekoran skandal 1MDB yang turut berkait dengan jenayah pengubahan wang haram. – Portal Amanah Malaysia Dateline

    BalasPadam
  3. Tun rela berbaik semula dgn dsai demi kpntingan politiknya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping