Ahad, September 11, 2016

Walaupun pada suatu ketika dahulu, Tengku Razaleigh pernah menjadi musuh kepada UMNO sewaktu menerajui Semangat 46, namun kesetiaannya kepada UMNO tidak pernah padam.

Malah ianya kian terserlah walaupun pernah dikaitkan dengan gerakan Deklarasi yang diketuai oleh Tun Mahathir sebelum ini. Setidak - tidaknya, Tengku tidak keluar dari parti buat kali kedua.

Kesetiaan Tengku itu dapat dilihat apabila dia lebih mendahulukan perjuangan parti daripada memikirkan dirinya sendiri berhubung isu mengenai persaraannya dari arena Politik.

Sungguh pun Ahli Parlimen Gua Musang itu membatalkan hasrat untuk bersara dan sekaligus kekal meneruskan kepimpinannya, tetapi ianya bergantung kepada pucuk pimpinan parti.

Bahkan beliau akur dengan kehendak seluruh ahli UMNO Gua Musang yang menyokong usul yang dibentangkan dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, iaitu mendesak agar beliau terus mengekalkan kerusi Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian.
"Selagi mereka nak saya, saya teruslah. Dalam hal ini, saya tidak boleh membelakangkan kepentingan parti dan rakyat.
"Tapi saya ni dah berumur, lama sangat dah (berkhidmat). Kalau itu keputusan mereka, saya ikutlah. Tapi, terpulang kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya," katanya selepas merasmikan mesyuarat berkenaan di Dewan Bukit Cekati, di sini.
Terdahulu, Tengku Razaleigh atau Ku Li, pernah beberapa kali menyuarakan hasratnya secara terbuka untuk bersara daripada Politik dan tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan datang.
Categories: ,

7 ulasan:

  1. PUNCA SEGALA MASALAH DALAM PAKATAN RAKYAT ADALAH DARIPADA HAJI HADI AL-MARAKBAR WAL BARUA WAL BROKER WAL TOLOL, INI FAKTANYA:-

    1. Tuan Guru Mursyidul Am sokong DS Anwar dalam isu 16 September tetapi Haji Hadi tidak setuju, berlaku perbalahan antara Tuan Guru Mursyidul Am dengan Haji Hadi, mengapa Haji Hadi tidak wala' kepada Tuan Guru Mursyidul Am?. Surat terbuka Tuan Guru Mursyidul Am kepada Harakah yang menyokong 16 September tidak disiarkan oleh Harakah, arahan daripada Siapa?. Haji Hadi atau Mustafa Ali?.

    2. Haji Hadi hendak PAS Perak bentuk kerajaan dengan umno di Perak selepas PRU-12 tahun 2008.

    3. Haji Hadi adakan rundingan dengan Pak Lah untuk bentuk kerajaan UG.

    4. Isu PM, dalam mesyuarat PR PAS setuju DS Anwar jadi PM tetapi dalam mesyuarat PAS Pusat Mac 2013 tolak DS Anwar jadi PM dan hantar wakil memujuk Kuli untuk jadi PM.

    5. Bertembung di dun Kota Damansara dan tiga dun di Terengganu PRU-13 (dalam mesyuarat PR telah dipersetujui PKR bertanding, tetapi hari penamaan calon Haji Hadi bagi watikah khas kepada calon PAS).

    6. Haji Hadi gagal selesaikan masalah PAS Kedah sehingga PAS tumbang di Kedah dalam PRU-13 walau pun telah ada usul daripada dewan ulamak PAS Kedah supaya tukar MB sebelum PRU-13.

    7. Isu MB Selangor dalam mesyuarat 17 Ogos sudah setuju Wan Azizah dan Azmin sebagai calon MB dan telah bersetuju tidak menuntut MB Selangor, tetapi selepas itu Haji Hadi hendak PAS jadi MB Selangor. Dr.M kata BN tidak pernah hantar nama lebih daripada seorang samada calon MB atau PM sewaktu zamannya dan kaedah itu kekal hingga sekarang. Apa yang Haji Hadi hendak di Selangor?. (Haji Hadi hantar tiga nama yang tiga2 itu adun PAS, tetapi dalam ucapan penggulungan cakap PAS tak kemaruk nak jadi MB Selangor, cakap lain dan tindakan lain).

    8. Dalam mesyuarat PR, PAS hendak kekal dalam PR dan dalam muktamar PAS juga telah dipersetujui perkukuhkan PR, tetapi dalam mesyuarat JK PAS Pusat 25 Ogos Haji Hadi hendak bersama umno (rujuk mesyuarat 25 Ogos14).

    9. Mesyuarat Majlis Syuro Ulamak selepas 25 Ogos tidak cukup korum dan notis jemputan mesyuarat juga tidak cukup 14 hari, Haji Hadi bercakap mengenai perlembagaan PAS tetapi Haji Hadi sendiri pijak Perlembagaan PAS.

    10. Haji Hadi tak bersetuju dengan cadangan supaya Y.B. Dr Syed Azman dipilih sebagai MB Terengganu ketika krisis MB di Terengganu (seolah-olah Haji Hadi mahu umno/BN kekal memerintah Terengganu).

    11. Pilihanraya semula di Perak selepas rampasan kuasa oleh umno/BN tidak dipersetujui oleh Haji Hadi dengan alasan takut DAP akan jadi MB (nampak sangat fikrah Haji Hadi dah sama dengan fikrah umno).

    12. Malam PRK Parlimen Bukit Gantang 2009 dalam mesyuarat Lajnah politik PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Perak Air Kuning,Taiping Haji Hadi membangkitkan bahawa Najib Tun Razak ada hubunginya membincangkan kerajaan perpaduan, tetapi Almarhum Tuan Guru Harun Taib telah membantah usul tersebut dan mohon presiden fokus kepada PRK Bukit Gantang.

    13. Berita Awani 13.2.2015 perbualan melalui telefon dengan Nasharudin Mat Isa, Nasharudin mengesahkan telah ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dengan umno oleh Majlis Syuro PAS Pusat sejak 2008 lagi, tetapi tanpa pengetahuan Tuan Guru Nik Aziz.

    ....

    BalasPadam
  2. 14. Sebelum PRU-13 telah dibuat perjanjian bertulis ditandatangani oleh Haji Hadi selaku presiden PAS dan Ustaz Azizan Razak, Ustaz Azizan tidak akan dicalunkan bertanding PRU-13, tetapi Haji Hadi langgar perjanjian yang dia sendiri ada tandatangan.

    15. Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya yang akan memberikan kemenangan kepada umno/BN.

    16. Pendaftaran PR gagal kerana Haji Hadi seolah-olah tidak mahu PR didaftarkan.

    17. Haji Hadi arahkan Mat Yaakub angkat sumpah jadi MB Kelantan walau pun Tuan Guru Nik Aziz belum buat apa2 keputusan (angkat sumpah pun secara tergesa-gesa).

    18. Sahabat dari Kedah bekas adun bagi tahu teman Almarhom Ustaz Yahya Othman (ketika hidup) bertanya kepada sahabat teman tu "apa dah jadi kepada Haji Hadi dan Mustafa Ali", arwah dah meninggal dunia agak lama juga, maknanya dah lama Haji Hadi dan Mustafa Ali meragam.

    19. Haji Hadi dijanjikan (rasuah) oleh umno akan tambahkan kerusi parlimen di kawasan PAS boleh menang di negeri Kelantan dan Terengganu, sebab itu Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya, tetapi Haji Hadi tak nampak bahawa dalam masa sama umno akan tambahkan kerusi parlimen di negeri2 yang umno/BN boleh menang dengan tambahan kerusi berkali ganda dari apa yang dijanjikan kepada Haji hadi dengan itu umno/BN akan kekal berkuasa hingga kiamat.

    20. PRU-13 DUN Damak,Pahang Haji Hadi secara terbuka sokong calon bebas Cikgu Kah Boon Heng sedangkan PR meletakkan calon PKR Jamaluddin Abdul Rahim.

    21. Dalam mesyuarat setuju bantu PKR di Permatang Pauh, luar mesyuarat setuju PAS kawasan Permatang Pauh boikot PRK. Mengapa tiada tindakan kepada PAS kawasan Permatang Pauh yang tidak wala'?.

    22. Tahun 1982 populerkan ungkapan `marakbar'(mampus) ditujukan kepada Dato Asri, 2014 populer dengan kalimah `barua dan broker' ditujukan kepada adun PAS yang berpegang dengan keputusan mesyuarat 17.8.14, tahun 2015 populer dengan kalimah `tolol' ditujukan kepada ahli PAS juga...

    Di atas itu adalah fakta

    BalasPadam
  3. Ku li lupe pRU13 ada golongan umno di Gua Musang tak mau ku li bertanding..ku li dah jadi kuli..

    BalasPadam
  4. PAS akui keahlian merosot teruk, 20 peratus keluar parti, mati
    Keahlian PAS merosot 20 peratus sejak tahun lalu, sewaktu parti itu bergolak susulan krisis kepemimpin sehingga melahirkan serpihan, Parti Amanah Negara (Amanah).

    Setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan mengakui di muktamar PAS bahawa ia kini mempunyai kira-kira 800,000 anggota berbanding sejuta orang pada Mac 2015.

    “Kita pernah umumkan satu ketika dulu, keahlian sudah mencecah sejuta. Saya ingat menteri besar Kelantan pernah membuat upacara terima ahli kesejuta,” katanya ketika ucapan penggulungan hari ini. 

    “Tetapi sekarang ini kita membuat pemutihan. [Proses] ini disebabkan ada yang meninggalkan parti, ada yang meninggal dunia. Jadi sekarang keahlian kita sebanyak 800,000.”

    - See more at: http://m.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/pas-akui-keahlian-merosot-teruk-20-peratus-keluar-parti-mati#sthash.QGasWISt.dpuf

    BalasPadam
  5. Selepas Dikritik Hebat, Noh Omar Kata Cadangannya Disalah Erti - Dah Kantoi Nak Menyusahkan Rakyat Tak Ngaku Pula
    Sejak semalam Noh Omar kena tiaw kaw-kaw. Ini berikutan cadangan bodohnya yang mengatakan pemaju akan diberi lesen pemberi pinjaman bagi membantu pembeli membeli rumah namun dengan tidak disangka-sangka cadangan itu sebenarnya bertujuan nak membunuh pembeli apabila cadangan Noh Omar itu turut berserta dengan syarat bahawanya pemaju berhak mengenakan faedah dari 12% hingga ke 18%. 

    Jawapan Noh Omar selepas kena tiaw ; 
    1. Cadangan tersebut disalahfaham. 
    2. Niat sebenar nak memberikan pilihan kepada pembeli rumah yang sukar dapat loan bank. 
    3. Ia hanya di peringkat cadangan. Terbuka kepada penelitian selanjutnya. 
    4. Pembeli tidak akan dipaksa untuk meminjam dari pemaju. 
    Ini kesimpulan dari respon Noh Omar
    Nak cakap bodoh dikata kurang ajar tetapi memang bodoh pula. Kenapa orang marah dia? Orang marah sebab faedah yang dikenakan mencecah 18 persen setahun. Dia tak bagi cadangan yang menyelesaikan masalah pun. Kalau seriyus nak selesaikan masalah bukan ini caranya. Dia kata cadangan tu sekadar nak beri pilihan dan bukannya paksaan memang la bukan paksaan tetapi apa logik mewujudkan satu polisi yang tak menyelesaikan masalah rakyat? Bincang2, kaji2 dalam kabinet, semata2 nak mewujudkan pilihan. Logik ke?
    Untuk pengetahuan korang, pinjaman perumahan dari bank mengenakan faedah di antara kadar 4 hingga hampir 6 persen setahun.
    Contohnya. 
    A beli rumah 100 ribu. A pinjam 90 ribu. Setahun A perlu membayar faedah kepada bank sebanyak 4 persen. Itu yang bank suka kalau kita pinjam lama-lama sebab lagi lama lagi banyak faedah yang dia akan kutip. 

    Bahkan sesetengah bank kenakan denda jika ko buat pembayaran lumpsum atau habiskan hutang pinjaman lebih awal dari tempoh perjanjian. Sesetengah dari kita yang tak berkemampuan akan fikir nak kurangkan ansurans bulanan meskipun tempoh pembayaran balik hutang sangat panjang bahkan mencecah 40 tahun lamanya. 

    Boleh ke kita yakin kita akan hidup selama 40 tahun lagi untuk bayar hutang? Apekah famili kita tidak akan terbeban dengan hutang2 yang ditinggalkan jika kita pergi lebih awal dari apa yang kita bayangkan? Silap2 rumah yang kita dah duduk/beli selama 10-15 tahun bank siap lelong lagi walaupun kita dah habis bayar hutang pokok. Gara2 ahli keluarga kita tak mampu lagi meneruskam pembayaran hutang selepas kita tiada. Situasi ini berlaku pada ketika bank mengenakan faedah/riba sebanyak 4-5% ke atas pembeli rumah/hartanah pertama kali. 

    Dan sekarang bayangkan jika nilai faedah pinjaman meningkat kepada 12 hingga 18 persen. Situasi 4 persen dah cukup teruk bahkan kerajaan tidak mampu menyediakan alternatif terbaik kerana dah berkahwin dengan kapitalisme, telah menghasilkan anak cucu sukar nak bercerai begitu sahaja tanpa mencetuskan sebarang impak negatif inikan pula kerajaan nak mempromosikan dan membudayakan riba pinjaman perumahan sebanyak 18 persen. Berapa ramai lagi yang perlu dilelong rumahnya? Buka laman web yang melelong rumah2/hartanah2. Merata2 ada di setiap pelosok negara. Bagus ke situasi macam neh? Rakyat tak mampu bayar pinjaman perumahan. 
    Ini antara masalah utama. So cara nak selesaikan masalah atau bantu kurangkan beban rakyat bila rakyat tak mampu kejar harga rumah, ialah kerajaan perlu wujudkan lebih banyak perumahan kos rendah dan serdahana, turunkan faedah pinjaman perumahan seperti di Singapura hanya 1 persen kepada pembeli rumah kali pertama. Riba lebih rendah, harga rumah lebih murah bermaksud lebih banyak golongan yang berpendapatan rendah mampu memiliki rumah berdasarkan kepada gaji semasa. 
    Noh Omar sebelum bagi cadangan bangang dia kena cari punca permasalahan terlebih dahulu. Senaraikan dan asingkan punca2 kepada masalah ikut tingkat kepentingan. Selidik kat mana bocornya/kelemahan sistem perumahan kita. 

    BalasPadam
  6. Kemudian cari alternatif terbaik bagi selesaikan masalah. Tah pemaju mana tah bagi cadangan sakai macam neh kat dia. Dia pun laju2 pergi sokong aku rasa. Sakai. Rakyat pun cadang bagi pilihan kepada Noh Omar. Bukan paksaan. Nak hidup atau nak mampos. Kalau nak hidup belajar2 jangan menyusahkan rakyat. Kalau nak menyusahkan rakyat elok p mampos saja Noh Omar. Ingat. Ini sekadar cadangan. Bukannya paksaan.

    Kbai.

    BalasPadam
  7. Eloklah pas bergabung dgn umno drpd bergabung dgn pkr yg terang mengikut telunjuk dap

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping