Sabtu, September 10, 2016

Heh! Semalam kecoh juga dilaman media sosial orang bercerita mengenai kenyataan YAB Menteri Besar Pahang berhubung kemungkinan dia tak nak bertanding dalam PRU yang akan datang.

Ternyata kenyataan ringkas itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi serta persoalan dikalangan pengguna laman media sosial. Termasuk la dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri.

Ada diantara puak Pakatan Haprak tu yang membuat dakwaan kononnya kenyataan MB Pahang itu adalah hasil dari kekecewaannya terhadap keadaan Politik di Malaysia pada ketika ini.

Apa yang jelas, segala dakwaan serta spekulasi yang tidak bertanggungjawab yang ditimbulkan oleh puak Pakatan Haprak itu memang tidak berasaskan kepada fakta dan bukti.

Sebaliknya, segala dakwaan itu adalah hasil daripada kesimpulan Jumud yang sengaja dibangkitkan oleh puak - puak Pakatan Haprak tu bagi menutup kecelaruan dikalangan mereka.

Walaubagaimana pun, bagi sesetengah pihak pula, kenyataan Menteri Besar Pahang itu dilihat sebagai satu manifestasi bahawa dia bukan seorang pemimpin yang bersikap Individualis.

Bahkan ia membuktikan bahawa Menteri Besar Pahang itu merupakan seorang 'Team Player' yang setia kepada perjuangan parti dan tidak memikirkan soal kepentingan dirinya sendiri.

Ia juga memberikan gambaran bahawa pemimpin Nombor Satu Pahang itu mempunyai jiwa besar dan akur dengan ketetapan yang ditentukan, bukan sahaja kepada parti, tetapi kepada Allah S.W.T.

Acap kali perkara yang sama diulang oleh YAB Menteri Besar Pahang bahawa kedudukannya hari ini adalah berkat dari keredhaan serta takdir yang ditentukan Allah S.W.T.

Namun, sebilangan besar respon yang diterima selepas kenyataan itu dibuat melihat bahawa ianya tidak relevan untuk Menteri Besar Pahang itu berundur dari Politik buat masa ini.

Nak pulak dengan keadaan Politik yang semakin bercelaru serta menjadi bertambah huru hara pada ketika ini. Sudah pasti kepimpinan orang seperti Menteri Besar Pahang itu masih diperlukan.

Walau apa pun kesimpulan, spekulasi dan dakwaan yang disebarkan, itu hanya pandangan mereka semata - mata. Tetapi hakikatnya, sama ada YAB Menteri Besar Pahang itu bertanding atau tidak dalam PRU yang akan datang, semuanya ketentuan Allah S.W.T belaka!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Eloklah tu...otak dia pun dah tak berapa sihat lagi dah.

    BalasPadam
  2. Jawatan dan kuasa bukan agenda orang tua Tok Nan ni. Jawatan MB bukan diminta. Datang mengejut zaman Anwar Ibrahim buat kecoh. Dia boleh tarik diri dari jawatan dan politik. Tapi kalau tanggungjawab untuk uruskan Pahang stail orang tua Kampung, Tok Nan akan dipaksa dan tidak boleh menolak tanggungjawab berat yang dia pikul selama ini. Tok Nan orang kampung dan rendah diri. Connected dengan jiwa Kampung seperti saya. Saya mahu dia teruskan tanggungjawab MB Pahang

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping