Ahad, September 18, 2016

Kalau bukan menjadi sebuah pusat kepada berita - berita mengarut yang berdasarkan kepada sumber putar belit, memang tak sah la laman portal Pro Yahudi ni menyebarkan berita.

Bahan berita yang diorang sebarkan bukannya berdasarkan kepada sumber yang sah. Semuanya diorang main petik dari atas anginnya. Tujuan utamanya adalah untuk mengelirukan rakyat.

Jadi, tak heran la bila laman portal Pro Pakatan Haprak tu menyalah-gunakan kenyataan yang dibuat oleh YAB Menteri Besar Pahang sebelum ini dengan menyebarkan dakyah pembohongan mereka.

Hanya berdasarkan kepada kenyataan MB Pahang yang sebelum ini kata dia tak nak bertanding, laman portal Pro Pakatan Haprak tu mula menyebarkan pembohongan yang bukan - bukan.

Kata mereka, kenyataan YAB Menteri Besar Pahang itu ada kaitan dengan Perdana Menteri Malaysia yang berhajat mahu mengubah kepimpinan utama di beberapa Negeri termasuk di Pahang.

Memetik sumber dari The Star kononnya melaporkan, pihak YAB Perdana Menteri sendiri memaklumkan kepada mereka mengenai perkara tersebut. Tetapi mereka tidak menyatakan siapa sumber tu.

Kiranya diorang nak mendakwa, berita yang diorang terima itu adalah dari 'Sumber Yang Boleh di Percayai'. Soalnya, siapa yang percaya? Diorang sendiri yang percaya, nak suruh orang lain percaya sama?

Apa yang jelas, tindakan yang dilakukan oleh laman portal Merosakkini itu adalah merupakan satu taktik memanipulasikan berita untuk menjadikannya lebih sensasi dan semakin hangat.

Ianya merupakan diantara taktik penulisan supaya orang lain percaya dengan dakyah pembohongan yang cuba disebarkan kepada pembaca. Taktik tu memang biasa dilakukan dalam bidang karya.

Dalam erti kata mudahnya, taktik yang dilakukan oleh laman portal Merosakkini itu hanya boleh dianggap sebagai fiksyen semata - mata. Ianya berdasarkan kepada spekulasi yang diorang cipta sendiri.

Niat dan tujuannya adalah untuk melaga - lagakan Perdana Menteri serta pemimpin - pemimpin Negeri yang dikaitkan dengan berita tersebut. Itu je yang cuba dilakukan oleh mereka.

Apa yang pasti, tindakan yang dilakukan oleh laman portal tersebut boleh disifatkan sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Ianya membuktikan bahawa mereka dah ketandusan berita untuk dijadikan santapan kepada rakyat!!!
Categories:

10 ulasan:

  1. Ko yg tak tahu Najib dan adenan tak sebulu lagi..orang pahang dah lama tau..istana masih mau Denan..Denan guna nama Pak Mail bila rujuk najib....konon2nye ko tau serba serbi..tuduh pakatan haprak tali barut yahudi tapi siapa yg upah APCO yahudi dan siapa bagi lesen niaga MC D? Ko dan umno adalah agen yahudi..

    BalasPadam
  2. Baik lah ko gi tanya Hadi bilanak saman SR kerana dah lebih sebulan ni..Ahli2 Pas doh tak sabo lagi nak tengok presiden pas menegakkan maruah islam..ulamak tak makan rasuah najib 90 juta..

    BalasPadam
  3. Hak saya untuk tidak mendengar ancaman Jamal yang mengarut – Kimberly Motley

    Posted on 18/09/2016 Leave a comment

    Peguam Datuk Seri Anwar, Kimberly Motley tidak gentar dengan ugutan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos yang mahu menghalaunya pulang ke negara asal.



    Menurutnya seperti dipetik Free Malaysia Today, sepanjang kariernya sebagai peguam hak asasi manusia, ini bukanlah kali pertama beliau menerima ugutan dan kecaman seperti yang dilakukan Jamal.

    “Anwar adalah seorang tahanan politik dan seharusnya dibebaskan. Saya menghormati hak bersuara dan Jamal mempunyai hak untuk tidak bersetuju dengan saya.

    “Saya juga mempunyai hak kebebasan bersuara dan menjadi hak saya untuk tidak mendengar ancaman Jamal dan sesiapa lagi yang mengarut,” katanya kepada Free Malaysia Today melalui email.

    Pada 15 September lalu Jamal menggesa orang ramai supaya hadir di Mahkamah Persekutuan untuk menghalau Kimberly.

    Anwar sekarang menjalani hukuman penjara lima tahun dan memohon semakan kehakiman ke atas pensabitannya. Pendengaran ditetapkan 12 Oktober.

    “Tindakan Jamal itu menunjukkan bahawa Anwar tidak bersalah dan seharusnya dibebaskan,” kata Kimberley.

    “Saya percaya tindakan Jamal cuba menafikan hak peguam Anwar sepatutnya membimbangkan seluruh rakyat Malaysia dan dunia yang menghargai nilai kebenaran dan keadilan.

    “Malah tingkah laku Jamal menghalang Anwar mendapatkan haknya menunjukkan karakter dan kekurangan dalam dirinya, terutamanya dalam isu keadilan.”

    Kimberly menasihatkan Jamal, sebagai seorang pemimpin tempatan, supaya menunjukkan contoh untuk diikuti rakyat Malaysia. Katanya Jamal perlu menunjukkan minat untuk menghargai undang-undang dan keadilan.

    “Malangnya Jamal lebih berminat menggunakan kedudukannya untuk mempromosikan taktik samseng untuk menafikan hak Anwar.

    “Saya tidak tertarik dengan tindakan itu dan saya berharap dapat meneruskan kerja saya membuktikan Anwar tidak bersalah,” tegasnya.

    BalasPadam
  4. Jamal Pak Tongkol jubor merah nak tunjuk yg dia samseng umno..tapi dengan cina Jho lo pun takut...Mc D bantu israel bunuh palestin dia bisu...sama mcm admin..adios umno..

    BalasPadam
  5. Kami tak mahu melutut pada PAS sebab itu tubuh Amanah - Salahuddin Ayub
    SHAH ALAM: "Saya dan kawan-kawan tidak akan tubuhkan Amanah kalau mahu melutut pada PAS," itu reaksi Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub selepas diminta mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Semalam, Hadi berkata Amanah akan melutut kepada PAS dan mengiktiraf kekuatan parti itu suatu hari nanti.

    Ketika itu juga parti-parti yang menjadi sekutu Amanah terpaksa bergantung pada PAS untuk meraih sokongan rakyat, dakwa Hadi lagi.

    "Kalau isu melutut saya dan kawan-kawan tak akan tubuhkan Amanah. Kalau nak melutut duduk dalam PAS sajalah. Jangan cakap apa-apa. Jangan buat apa-apa. Duduk diam sahaja. 

    "Bagi saya ucapan itu lahir daripada ucapan cemburu melihat kejayaan Amanah dalam tempoh yang singkat telah berjaya membuktikan bahawa dia bukan parti seperti Hamim dan Berjasa. Jadi harapan untuk lihat Amanah ini perti kecil yang umurnya tak panjang dan akan mati macam (parti) HAMIM dan BERJASA itu tidak kesampaian.

    "Sebaliknya Amanah hari ini dapat sambutan yang baik daripada masyarakat," kata Salahuddin ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

    HAMIM adalah Parti Hizbul Muslimin Malaysia sementara BERJASA pula adalah Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia yang diwujudkan pada tahun 70-an dan 80-an.

    HAMIM dan BERJASA merupakan parti yang ditubuhkan oleh dua orang bekas Menteri Besar Kelantan iaitu Tan Sri Asri Muda dan Datuk Muhamed Nasir yang berpusat di Pantai Timur Malaysia.

    Tambah Salahuddin yang juga bekas naib presiden PAS, parti itu kini tidak senang duduk berikutan sambutan di kalangan penyokong yang diterima Amanah amat memberangsangkan.

    "Setakat ini kita telah berjaya dapatkan ahli hampir 80 ribu orang dalam tempoh setahun. Kita telah tubuhkan 156 kawasan Parlimen. Hari ini juga kita dapatkan 300 cawangan-cawangan baru di seluruh negara. 

    "Kita sasar dalam tempoh pertengahan tahun hadapan kita akan capai target kita lebih kurang 1000 cawangan. Jadi ini sebenarnya yang merisaukan Haji Hadi terutama pergolakan mutakhir PAS Kelantan dan juga sambutan luar biasa terhadap porgram Datuk Husam Musa (bekas pemimpin PAS) di Kelantan," ujarnya lagi.

    Pemimpin PAS sebelum ini menolak laporan Amanah diterima baik di Kelantan. Malah Hadi sendiri mendakwa pengumuman Amanah bahawa parti itu menerima 1500 borang keahlian daripada ahli PAS dalam Majlis Perisytiharan Keluar PAS dan Masuk Amanah di Salor, Kelantan, sebagai 'cakap kosong'.

    Kenyataan Hadi itu turut diulas Salahuddin. Ujarnya Amanah tidak akan mereka cipta cerita sebegitu dan amat menjaga integriti  parti itu.
    "Yang hadir dalam program itu adalah Setiausaha Agung Amanah sendiri, Tuan Haji Anuar Tahir yang saksikan borang itu diisi dan diserahkan kepada beliau. Sekarang (borang itu) sedang diproses oleh ibu pejabat. Saya rasa jumlah itu adalah jumlah yang betul yang bukan rekaan. 

    "Saya sendiri amat menjaga tentang integriti parti Amanah ini. Mana boleh kita cakap saja seribu lebih atau kita boleh buat borang palsu dan seumpamanya.  

    "1500 itu benar-benar wujud. Malam itu beberapa profesor terkemuka di Kelantan dan golongan cendekiawan yang lain, bekas pegawai tinggi kerajaan, bekas ADUN, bekas wakil rakyat antara 1500 yang sertai Amanah. Jadi itu bukan cakap kosong," tegas Salahuddin.

    BalasPadam
  6. Penyokong tegar Najib ugut mahu tangkap dan bakar editor Sarawak Report


     5 13 0 18

    .
    SEORANG penyokong tegar Najib Nazak, membuat ugutan bunuh terhadap editor portal kontroversi Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

    Melalui akaun twitter miliknya, Ramesh Rao mengugut Clare agar menjauhkan diri daripada hal ehwal Malaysia sebelum dia ditangkap dan dibakar hidup-hidup.


    "@theresa_may better to advose #Clare @sarawak_report To Stay Away From Malaysia Affairs, Before We Malaysians Catch n Burn Her alive" tulisnya.


    Read more: http://www.milosuam.net/2016/09/penyokong-tegar-najib-ugut-mahu-tangkap.html#ixzz4Kg4d2HZW

    BalasPadam
  7. TEATER LAOS



    TEATER LAOS

    ROS: Ehh bang..cakap elok-elok la dgn Obama tu..Naper bang nampak mcm getar takut jer nak cakap dgn Obama tu 

    MO1: Ya Mah..abg bukan takut cuma abg tak tahu nak cakap apa dah ni..sebab sudah tentu Obama dah tahu semua hal kita Mah 

    OBA: Yes Mr Najib..Why I look you are not comfortable today? What is the problem with you? 

    MO1: Oh no Sir..Im fine but but but.. 

    ROS: Bang..Bang...Awat ni bang..naper bang gementar sangat ni bang..Mah kan ada ni..bang jgn takut la..Kalau bang tak leh cakap biar Mah saja yang cakap dgn Obama. Alamak internet putus..

    Perbualan ini akan disambung lagi..Sila tunggu yang seterusnya ! Nota: Perbualan di atas adalah hak milik original 'Anwar Mahadir'...kehkeh on PERTANDINGAN MENULIS DIALOK
    Publish | Delete | Spam
    Anonymous
    on 9/9/16

    BalasPadam
  8. Macam rafizi cakaplah... tugas kita menghasut, orang nak percaya ke tak nak percaya ke.. terserah... he3

    BalasPadam
  9. Saman je klu ada berita fitnah Buat mcm pas saman sr.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila.. dah saman ke.. erk..

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping