Khamis, September 15, 2016

Jika sebelum ini, ahli keluarga Si Ketua Penipu tu hanya sekadar mendiamkan diri dan menutup mulut sewaktu menyaksikan insiden 'Bersejarah' yang berlaku beberapa minggu yang lalu.

Malah bukan sahaja Wan Azizah, bahkan Si Nurul Izzah yang selama ini terkenal dengan sikap 'Lantang Bersuara' pun seolah - olah seperti 'Terkancing Mulut' nak keluarkan kenyataan.

Namun kehadiran Tun Mahathir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta menyokong prosiding serta bersalaman dengan Si Ketua Penipu itu tidak memadamkan penderitaan yang dialami keluarga.

Anak kedua Anwar, Nurul Nuha, menegaskan, hakikatnya Tun Mahathir pernah menghumban Si Ketua Penipu tu ke penjara 18 tahun lalu dan gimik bersalaman itu tidak akan terpadam azab yang ditanggung keluarganya selama ini.
“Sebagai seorang anak gadis yang menyaksikan azab yang tidak terkira bapa saya lalui 18 tahun yang lalu, hasrat peribadi saya adalah supaya Dr Mahathir memohon maaf secara terbuka dan mengakui dakwaan berkenaan adalah rekaan.
“Saya rasa ini akan mengurangkan penderitaan yang kami lalui sebagai sebuah keluarga. Ia bukannya akan menjadi lebih mudah, tetapi kamu perlu menjadi lebih kuat,” ujarnya.
Tun Mahathir sebelum ini dikatakan hadir ke mahkamah sebagai tanda sokongan kepada Si Ketua Penipu tu untuk menghentikan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 dari dilaksanakan.

Bekas Perdana Menteri itu beberapa hari kemudian mengeluarkan kenyataan tidak mustahil untuk menjalinkan kerjasama sepertimana yang dia lakukan dengan bekas musuhnya, Lim Kit Siang.

Ujar Nuha, beliau tidak akan sesekali melupakan tindakan Dr Mahathir terhadap bapanya pada 1998 namun akan memaafkannya sekiranya bekas Perdana Menteri itu bertindak sedemikian.

Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat oleh Si Nurul Nuha itu membuktikan bahawa keluarga Si Ketua Penipu tu masih tidak rela mengampunkan dosa yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir.

Malah ianya bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Azmin yang mendakwa KONONnya keluarga Si Ketua Penipu tu dah melupakan semua dosa - dosa Tun Mahathir terhadap mereka selama hari ini!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Jgn mudah percaya dgn madey tu...dia ada agenda trsendiri.

    BalasPadam
  2. Tanya mak kamu...bagaimana NAFSU papa...dia mungkin akan berbohong pada kamu semua..hakikatnya mak kamu tahu nafsu papa kamu tu tapi demi maruah keluarga mak kamu terpaksa telan....

    BalasPadam
  3. Tun cuma perlu sokongan waima dari musuh sekali pun..semata mata hanya utk anak pinak dan kroni...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping