Sabtu, September 10, 2016

Coretan dari sahabat blogger, The Devoured Savior mempersoalkan sama ada dendam lama atau sebenarnya satu lagi drama untuk mukaddimah bagi menghilangkan sakit hati silam, sekaligus memujuk hati sendiri?

Pemimpin PAN Selangor, Saari Sungib hari ini tampil membuat desakan kepada Tun Mahathir agar membuat permohonan maaf secara terbuka diatas segala perbuatan silamnya.

Desakan itu sekaligus bagi mewujudkan kredibiliti bagi dakwaannya bahawa Pengerusi Cap Bunga itu bertindak untuk kepentingan negara menerusi kerjasama dengan Pakatan Harapan. 
"Kalau dia mahu bekerjasama dengan kami, amat perlu bagi Mahathir untuk mengisytiharkan semua kesalahan yang telah dilakukannya sewaktu dia berkuasa. Dia juga mesti megakui kesalahan-kesalahannya dan wajib meminta maaf kepada rakyat serta keluarga Anwar Ibrahim."
Saari Sungib merupakan diantara para aktivis pejuang Reformasi 1998 yang sebelum ini pernah mengalami kenangan pahit ketika zaman pentadbiran Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Bersama-sama dengan dia, Naib Presiden PKR Tian Chua, bekas Ahli Majlis Tertingi PKR Badrulamin Baharom serta Hishamuddin Rais dan Badaruddin Ismail telah ditahan di bawah ISA pada tahun 2001. 

Mahkamah Persekutuan baru-baru ini telah memutuskan penahanan mereka tidak sah dan Kerajaan pimpinan Najib Abdul Razak pula diarahkan membayar gantirugi kepada mereka sebanyak RM5 juta.

Saari yang juga turut dianggap sebagai salah seorang pemimpin Pro Kem Wan Azizah jelas tidak senang dengan tindakan sesetengah pihak menjalinkan kerjasama dengan Tun Mahathir.

Tambah menarik, pendedahan yang dibuat oleh sahabat blogger itu mendakwa, Parti Cap Bunga (PPBM) pimpinan Tun Mahathir telah merencanakan beberapa langkah awal untuk menarik sokongan.

Terdapat beberapa teori yang mengatakan, parti itu akan mengambil alih kedudukan PKR di mana mereka akan menyerap ahli Melayu PKR manakala yang bukan Melayu akan dihalau ke parti DAPigs.

Ini adalah langkah terawal untuk mengelakkan pertembungan serta perebutan kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang akan ditandingi menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan datang.

Malah, geng Cap Bunga juga turut dilihat cuba menguasai PKR dan DAPigs bagi menggantikan kedudukan PAS yang tidak begitu berminat untuk bekerjasama dengan mereka.

Bagaimanapun, beberapa pihak di dalam PKR, terutama dari Kem Wan Azizah tidak bersetuju dengan rencana geng Cap Bunga itu untuk mengambil alih parti mereka dengan cara sedemikian rupa. 

Sebaliknya, Cap Bunga didesak supaya lebih akur dengan PKR yang 'lebih berpengalaman' untuk berhadapan dengan UMNO-BN dimana Cap Bunga hanya diminta untuk menjadi Khadam supaya PKR menang.

Keterdesakan Tun Mahathir yang mahu menjayakan agendanya untuk menggulingkan Najib, menyebabkan bekas Perdana Menteri itu sanggup merendahkan egonya dengan meminta kerjasama dari Anwar Ibrahim.

Beberapa pihak terutama sekali penyokong Mahathir beranggapan gabungan Mahathir-Anwar akan membolehkan Cap Bunga lebih kekar walaupun pada masa yang sama, gelombang besar yang mereka harapkan di kalangan rakyat sepertimana yang berlaku pada Semangat 46 dan PKR ketika awal penubuhan, tidak berlaku kali ini.
Categories: ,

5 ulasan:

  1. hehe yg berjubur
    pun kena taubat!

    BalasPadam
  2. Sebenarnya Dr M TIDAK ada keikhlasan. Dia nak semua orang tunduk kat dia. Tengok la satu hari nanti dia akan persalahkan Mahyuddin pulak. Dia masih TIDAK mahu tunduk kpd Anwar Ibrahim dan lain2 pemimpin pembangkang yg dia pernah penjara kan dahulu. Dia main wayang dan berlakun saja.

    BalasPadam
  3. Alaaah...Pan nak ajar tun plk dah. Pan sndiri pun tak tentu hala tuju...menumpang kasih Dap je..

    BalasPadam
  4. Dah nampak siapa sebenar Madey ... he .. hee ... siapa tak kenal dia skrg ... dari zaman Tuanku Abd Rahman hingga kini ... dimana nilai sbg negarawan kunun ... tak perlulah meletak kepercayaan kpd manusia spt ini
    ... sama2 kita lihat episod seterusnya ....

    BalasPadam
  5. Kunun...kunun...taik hanyut pun dijadikan tempat berpaut

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping