Rabu, September 07, 2016

Hahaha!!! Lawak bertaraf apa yang cuba dilakukan oleh Si Khalid Samad ni sebenarnya? Adakah dia pun ada hati nak menggantikan kedudukan Si Mahfuz Bean tu sebagai seorang Badut?

Dalam kenyataan semalam, Si Khalid Samad tu dengan besar hatinya kata parti KUALI dibawah pimpinan Si Mat Sabu tu sanggup memberikan kerusi kepada PPBM untuk bertanding.

Nak pulak dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang untuk menentang PAS bagi kawasan yang majoritinya Melayu. Dan ia akan jadi sebahagian dari rundingan mereka kelak.
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) sedia memberi laluan kepada parti yang baharu ditubuhkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bertanding menentang PAS dan Umno di kerusi majoriti Melayu.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, ia akan menjadi pendirian parti itu semasa rundingan kerusi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.


"Mereka (Bersatu) akan bertanding di kerusi majoriti Melayu dan Amanah (akan) mengambil tempat di kawasan pengundi bukan Melayu yang agak besar," katanya kepada pemberita pada sidang media di Kuala Lumpur pada Selasa.
Yang kelakarnya, Si Khalid Samad tu nak bagi kerusi apa sedangkan sebelum ini PAN pun tak pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum? Dia nak bagi kerusi siapa yang sebenarnya?

Kalau sebelum ini, pemimpin - pemimpin PAN seperti Si Khalid Samad tu sendiri dah merampas kerusi parti itu melalui satu Pengkhianatan yang dilakukan secara besar - besaran.

Jadi, nampak sangat la yang Si Khalid Samad ni jenis orang yang tak sedar diri. Dia lupa yang kerusi dia duduk sekarang ni pun hasil dari Pengkhianatan yang telah dilakukan sebelum ini.

Dalam erti kata lainnya, Si Khalid Samad tu mungkin dah terlalu taksub dalam halusinasinya sendiri sehingga menganggap yang parti Ternakan DAPigs tu ada kerusi mereka sendiri. Hakikatnya, yang diorang ada setakat ni hanya kerusi pinjam dari PAS je!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Pas memang patut tidak diberi peluang menang PRU kerana sejak kematian TGNA pas dah bercelaru dengan pimpinan mesra umno yg banyak kemungkaran..sebelum kematian TGNA pas menjadi musuh umno no1 tetapi sekarang sudah jadi kawan baik umno..umno perlu sokongan pas untuk terus berkuasa..pas sudah lupa perlembagaan..isu rompakan 1mdb dan gst tidak dipedulikan pas..

    BalasPadam
  2. Tun M - ‘Saya temui Hadi terang kesalahan Najib tapi...’
    KUALA KANGSAR - "Saya sudah terang kepada Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) secara peribadi kesalahan Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi dia nampak dedak sekarang," demikian kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

    Beliau mendakwa, pendirian Pas sekarang dibuat kerana parti itu tidak lagi mempunyai jumlah wakil rakyat yang ramai dan sokongan rakan pembangkang.

    ‎"Parti Pas tidak boleh jadi kerajaan apabila Pas dahulu keseorangan yang punyai bilangan wakil rakyat yang amat kecil, tetapi apabila dia (Pas) bersama Pakatan barulah bilangan wakil rakyat Pas meningkat tetapi kurang daripada rakan-rakan Pakatan maknanya Pas tidak mungkin boleh jadi kerajaan tidak usah cakap pasal nak tadbir.‎

    "Pas sekarang sudah ketinggalan seorang satu parti sahaja, jadi Pas perlu sokongan daripada orang lain, dia nak pilih nak dapat sokongan Datuk Seri Najib,” katanya dalam forum 1MDB dan Najib yang diadakan di restoran Chun Ji, Taman Suria Kuala Kangsar hari ini.‎

    Namun ujarnya, beliau tidak pasti sama ada Abdul Hadi termakan dedak Najib buat masa ini.

    "Jadi saya tidak pasti makan dedak atau tidak. Tetapi nak kata dia tidak tahu kesalahan najib itu tidak mungkin kerana saya sudah memberi penjelasan yang mendalam berkenaan kesalahan Najib.

    “Berkenaan dia tunduk kepada kuasa asing, kes 1MDB dan sebagainya, semua ini membazirkan duit rakyat," katanya.

    Mengulas lanjut, Mahathir berkata dalam pertemuan itu Abdul Hadi mengakui bahawa ada kebenaran yang telah dituturkannya itu.‎

    "Inilah sebab perkara yang saya jelas kepada Hadi dan dia mengaku bahawa ada kebenaran.

    "Tetapi akhirnya kerana dia sudah keseorangan, tidak ada kawan lagi dan sudah berpecah serta membenci Amanah, itu dia berjuang memihak kepada Najib. Perjuangan Pas ini adalah untuk membantu Najib," katanya.

    BalasPadam
  3. WSJ dedah perbualan BBM Jho Low dan pegawai bank tentang akaun rahsia PM

     10 400 0 413

    .
    SUMBER berita berpengaruh dunia Wall Street Journal, WSJ hari ini mendedahkan satu lagi rahsia tentang ibu segala skandal 1MDB yang bersifat "boom".

    Kali ini ia adalah transkrip perbualan rahsia budak cina gemuk bernama Jho Low dan pegawai Ambank melalui Blackberry Messenger, BBM tentang betapa perlunya mereka menjaga kerahsiaan akaun peribadi perdana menteri.



    Jho Low menekankan sensitiviti akaun itu dan betapa perlunya akaun itu dirahsiakan daripada pengetahuan orang luar.

    Jho Low juga dilaporkan melarang pihak Ambank daripada menghantar penyata kad kredit akaun tersebut ke rumah Perdana Menteri. Sebaliknya individu tertentu dihantar untuk mengutipnya secara peribadi.

    "Jangan benarkan orang luar daripada bank atau lebih daripada beberapa pihak dalaman tahu mengenai akaun ini. Gunakan email Gmail, jangan guna sistem email bank untuk komunikasi.

    Apapun, jangan hantar penyata kad kredit ke rumah perdana menteri" itu antara arahan Jho Low kepada pegawai bank seperti yang didedahkan oleh WSJ.

    "Tidak, tidak, tidak sangat sensitif..." Jho Low dilapor mempunyai seseorang untuk mengutip penyata akaun secara terus (by hand).

    Jho Low turut dipetik dalam perbualan itu sebagai menegaskan supaya tidak ada sesiapa kecuali mereka mempunyai akses kepada penyata bank itu, bimbang ia tersebar ke internet.

    "Sangat sangat penting tiada siapa patut tahu di Ambank selain kamu atau Cheah atau dapat penyata itu..."

    "Kalau tersebar di internet dari mana asal dana itu nanti pening kepala" dedah WSJ lagi.

    Panjang pendedahan WSJ jika anda nak tau lebih lanjut sila klik sini — Wall Street Journal

    Hari ini hari selasa, sudah berapa puluh kali selasa Najib kata nak saman WSJ, tapi sampai sekarang habuk pun tak ada.





    Ruangan Iklan text

    Tambah ketinggian anda 3cm hingga 9cm dalam masa 90 hari KLIK SINI!
    Pelbagai koleksi tudung di Butik Online Anda KLIK SINI!

    Share
    Comments (7)
    Sort by: Date Rating Last Activity
    +3
    Mat Botol · 1 day ago
    Penyamun tak akan selamanya boleh menyorok. Beliau akan malu dgn sendirinya nnt. Lagi lama beliau menipu lg banyak lah telor2 busuknya akan pecah
    Report
    Reply1 reply · active 1 day ago
    +2
    Hafiz · 1 day ago
    Betul tu saya sokong kenyataan saudara
    Report
    Reply
    +3
    Hafiz · 1 day ago
    Tak lama lagi perbualan Najib dan Jho Low pula akan didedahkan, mari makan pop corn
    Report
    Reply
    +2
    doresan · 20 hours ago
    Mcm biasa, setan2 dan pengampu tegar pemakan dedak akan ulas ini sbg komplot jatuhkan PM. Dedahan demi dedahan yg akhirnya xkemana. Rakyat semua dh jd dungu.


    Read more: http://milosuam.blogspot.com/2016/09/wsj-dedah-perbualan-bbm-jho-low-dan.html#ixzz4JZhzRwNS

    BalasPadam
  4. Blogger ini dah dapat dedak ke? He he he.

    BalasPadam
  5. Pan pemakan dedak dap tak ada kerja lain. Dendam dgn pas. Umno dia org tak kisah. Dasar parti tak jelas. Yg jelas jdi pak angguk dap dn serang pas. Itulah parti yg berketuakan seorang yg pernah catat rekod peribadi buruk satu masa dulu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping