Khamis, September 22, 2016

PAS Selangor berkata jentera parti Islam itu sudah bersedia menghadapi pilihan raya kilat pada bila-bila masa sekiranya Kerajaan Negeri membubarkan Dewan Negeri Selangor (DNS) lebih awal.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata demikian selepas DAP Selangor mahu DNS dibubarkan bagi memintas cadangan persempadanan kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Jentera PAS sudah siap sedia untuk menghadapi apa-apa pilihan raya pada bila-bila masa. Kita sudah sedia menghadapi 45 kerusi di DUN Selangor,” katanya kepada FMT.

Mesyuarat tergempar DAP Selangor semalam memutuskan pilihan raya kilat merupakan jalan terbaik mempertahankan kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS di negeri itu.

Selain DAP Selangor, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang juga mencadangkan kerajaan Selangor mengadakan pilihan raya mengejut supaya tidak perlu menggunakan peta pilihan raya baharu, yang didakwa memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.

Bagaimanapun, cadangan Kit Siang dan DAP Selangor itu ditolak Menteri Besar Selangor dengan alasan mandat daripada pengundi pada Pilihan Raya Umum 2013 mesti dihormati dan tidak boleh diketepikan demi kepentingan politik

Cadangan persempadanan semula SPR itu melibatkan 128 kawasan Parlimen, dan boleh dibantah kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pengundi dalam kelompok 100 orang, sebelum 15 Oktober.

DAP Selangor menganggarkan 7 kerusi DUN – Sabak (PAS), Hulu Kelang (Amanah), Sementa (PKR), Selat Klang (PAS), Pelabuhan Klang (Bebas), Sijankang (PAS) dan Morib (Amanah) – bakal terlepas kepada BN sekiranya cadangan diluluskan.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAN Khalid Samad berkata parti itu mahu mengkaji dahulu cadangan yang dikemukakan oleh DAP untuk mengadakan pilihan raya kilat di Negeri itu.

“Kita tidak kata menyokong atau menolak cadangan itu, tetapi kita mahu mengkaji dahulu kesannya. Kerana sekarang ini kita tidak tahu PAS di mana (sokong BN atau Pakatan Harapan). Jadi kalau dibubarkan DUN, (kami bimbang) PAS buat hal dan jadi tiga penjuru. Kita kaji dahulu implikasinya kerana yang penting nak halang BN ambil alih Selangor,” katanya.

BN Selangor tewas pada pilihan raya umum 2008 dan gagal menawan kembali negeri terkaya di Malaysia itu pada 2013, sekadar berpuas hati dengan 12 kerusi. Daripada 56 kerusi DUN, Pakatan Harapan mempunyai 29 kerusi manakala PAS 13. Dua lagi kerusi diwakili calon Bebas.
Categories: , ,

5 ulasan:

  1. Ph tu klw dah kata rakyat ramai sokong apa nak takut persempadan ke bagai...bongok

    BalasPadam
  2. Kalau parti politik terutama DAP dan PKR dikatakan bagus sangat sangat....kemudian apa yang ditakutkan persempadanan semula kawasan pilihanraya? Kalau dah kuat sangat, kalau penyokong dah ramai sangat, apa yang nak ditakutkan? Sebenarnya bantahan ini terutama oleh DAP menunjukkan sikap racist nya yang melampau. DAP takut kawasan yang ramai pengundi Cina dipecahkan.
    Sebenarnya biar kita pecahkan kaum Cina ni kepada kumpulan kumpulan kecil sebagaimana Singapura memecahkan penduduk Melayu nya menjadi kumpulan kumpulan kecil



    BalasPadam
  3. Pas memang dah lama bersediasejakdapat 90 juta derma najib..menang dulu kerana undi cina..sekarang masih boleh dapat undi cina macam prk sungai besar?..pas selalu mimpi..

    BalasPadam
  4. 8.44. Jika ada telor taruh nama lah. Maknanya kau main hentam saja. Jenis manusia berak tak cebok.

    BalasPadam
  5. Pan dn Dap akan hanyut begitu saja di slangor...rkayat slangor dah paham siapa mereka sebenarnya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping