Selasa, September 20, 2016

PAS hari ini menolak cadangan Penasihat DAP Lim Kit Siang agar Selangor mengadakan pilihan raya mengejut susulan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor menegaskan, Rejim Pakatan Selangor masih mempunyai mandat yang berbaki lebih kurang dua tahun untuk melaksanakan janji-janji dalam manifesto sewaktu pilihan raya lalu.
"Mandat daripada rakyat cukup jelas kepada kerajaan yang dipilih, ketiga-tiga parti ketika itu adalah untuk lima tahun. Jadi mesej yang kita nak bawa kepada rakyat bahawa banyak (janji) yang belum selesai lagi dan tambahan daripada itu," katanya selepas menghadiri majlis perasmian Bengkel Perbincangan Berkumpulan Peringkat Daerah Kuala Langat dan Sepang hari ini. 
Kit Siang sebelum ini membuat kenyataan bahawa Selangor perlu segera mengadakan pilihan raya mengejut setelah SPR mengusulkan persempadanan semula di negeri Selangor dengan mendakwa langkah itu akan membolehkan Barisan Nasional kembali berkuasa di Selangor.
"Yang penting adalah pendirian kerajaan negeri di mana menteri besar pun sudah membuat kenyataan bahawa tidak perlu (diadakan Pilihan Raya Mengejut), saya ingat itu keputusan yang terbaik," kata Yunus.
Katanya, apa yang lebih penting pada waktu ini adalah pakatan pembangkang mencapai persefahaman formula satu lawan satu untuk menghadapi BN pada pilihan raya akan datang.
"Kalau masih lagi kita tidak dapat menghasilkan formula satu lawan satu, saya ingat kita tidak akan ke manalah. Yang penting adalah bagaimana formula satu lawan satu yakni blok pembangkang lawan blok Umno-BN boleh berlaku. Itu peluang yang terbaik untuk kita bertanding dalam pilihan raya akan datang," ujarnya.
Ironiknya, kenapa DAP sendiri enggan melaksanakan Pilihan Raya di Negeri yang diperintah oleh mereka? Sebaliknya, Rejim DAP Pulau Pinang menarik balik cadangan yang telah dibuat.

Jika sebelum ini, DAP bercadang mahu mengadakan Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang ekoran tuduhan kes rasuah yang melibatkan Ketua Menterinya dalam skandal pembelian rumah mewah 'Terlajak Murah'.

Kata DAP, cadangan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang itu adalah untuk mengukur sejauh mana sokongan rakyat terhadap kepimpinan Guan Eng yang didakwa oleh pihak SPRM.

Namun cadangan itu dibatalkan apabila DAP memberi alasan PKR tidak bersetuju dengannya sambil membuat dakwaan kononnya parti itu takut kehilangan kerusi yang disandang mereka pada ketika ini.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Hai PAS. Dua tahun memenuhi janji dengan rakyat atau dua tahun lagi nak isi poket sendiri.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping