Selasa, September 13, 2016

Demi untuk menonjolkan diri dan membuktikan yang dia bukan seorang pemimpin 'Tunggul Kayu' membuatkan Si Azmin ni mengambil kesempatan untuk mencipta namanya sendiri.

Setidak - tidaknya, dapat juga dia tunjuk kepada semua orang yang dia lebih layak untuk menjadi pemimpin jika nak dibandingkan dengan orang lain. Termasuk Si Wan Azizah tu sendiri.

Padahal, tindakan yang dilakukan oleh Si Azmin tu dilihat hanya sekadar 'MENIRU' langkah yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu memfailkan saman terhadap Akta MKN sebelum ini.

Permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan Si Azmin Ali bagi mencabar keputusan Ketua Audit Negara yang mengklasifikasikan Laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi, akan didengar pada 26 Okt ini.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norazlin Othman menetapkan tarikh itu semasa prosiding di dalam kamar dengan dihadiri peguam Michelle Kummar yang mewakili Azmin.

Michelle ketika ditemui pemberita berkata permohonan anak guamnya itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Hanipah Farikullah.

Azmin memfailkan permohonan itu pada 15 Ogos lepas dengan menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Audit Negara Tan Sri Amrin Buang dan kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketiga.

Dalam permohonannya, Azmin menuntut suatu deklarasi bahawa tindakan responden pertama iaitu perdana menteri untuk mengklasifikasikan laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi adalah suatu tindakan dalam konflik kepentingan.

Beliau juga menuntut suatu deklarasi bahawa klasifikasi laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi oleh responden kedua (Amrin) adalah menyalahi undang-undang dan ultra vires Perlembagaan Persekutuan, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan/atau Akta Audit 1957.

Selain itu, Azmin menuntut suatu perintah mandamus bagi memaksa semua responden, pekerja-pekerja, pegawai-pegawai, ejen-ejen atau dengan apa jua cara dengan serta-merta untuk mengklasifikasikan semula Laporan 1MDB menurut Seksyen 2C OSA 1972 dan menyiarkannya kepada orang ramai.

Azmin mengemukakan tuntutan berkenaan dengan alasan bahawa keputusan untuk mengklasifikasikan laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi adalah tidak berpelembagaan kerana dibuat dengan melanggar Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan.
Categories: ,

9 ulasan:

  1. WSJ dedah Rosmah shopping sakan USD6 juta guna duit 1MDB


     0 1 0 1

    .
    SUMBER berita berpengaruh Wall Street Journal, WSJ sekali lagi membuka peluang untuk disaman oleh Najib Razak mahupun Rosmah jika segala dakwaan mereka adalah fitnah selepas berbakul-bakul tuduhan skandal ditujukan tepat ke batang hidung.



    Kali ini WSJ mendedahkan hasil penelitian terhadap dokumen terbaru yang dilihat mereka menunjukkan bahawa Datin Seri Paduka Rosmah Mansor telah 'bershopping sakan' sebanyak USD6 juta membeli baju, kasut dan barang kemas gunakan kad kredit Najib Razak yang sumbernya adalah daripada dana 1MDB.

    Lokasi tempat shopping pula seperti didakwa oleh WSJ ialah — gedung beli belah Harrods di London, Saks Fifth Avenue di New York dan beberapa tempat lain.

    WSJ nampaknya sempat perli Rosmah, apabila memetik salah satu tulisan dalam Biografinya yang ditulis dalam tahun 2013 — "Saya membeli barangan kemas dan pakaian dengan wang sendiri. Apa salahnya?"

    WSJ mempersoalkan bagaimana Rosmah seorang anak guru sekolah, tiada pendapatan tetap dan suaminya hanya seorang perdana menteri dengan gaji tahunan sebanyak USD100,000 boleh berbelanja semewah itu?

    USD6,000,000 ÷ USD100,000 = 60 

    Najib perlu bekerja selama 60 tahun tanpa makan walau sebiji nasi untuk tampung tabiat shopping Datin Rosmah selama beberapa tahun. 

    Dalam kata lain hasil titik peluh Najib seumur hidup sebagai Perdana Menteri tanpa ditolak walau satu sen gajinya perlu diserah kepada Rosmah untuk menampung perbelanjaan shopping beberapa tahun.

    Namun kau dan aku tahu, mustahil Najib boleh jadi PM selama 60 tahun — maksudnya mustahil Rosmah ada duit sebanyak itu untuk bershopping. Dia tak ada pendapatan tetap, suaminya juga tidak mampu nak tampung tabiat shopping itu.

    Jadi dari mana Rosmah dapat duit banyak-banyak untuk bershopping bagaikan tiada hari esok?

    "Fikirlah jika ada otak..."


    Read more: http://milosuam.blogspot.com/2016/09/wsj-dedah-rosmah-shopping-sakan-usd6.html#ixzz4K8dAYoNf

    BalasPadam
  2. http://www.kinitv.com/video/38690O74

    BalasPadam
  3. http://www.kinitv.com/video/38690O74

    BalasPadam
  4. 1MDB kena bayar bunga RM2.7 bilion setahun – Husni

    Posted on 13/09/2016

    Kementerian Kewangan menyatakan syarikat pelaburan 1Malayia Development Berhad (1MDB) membayar bunga berjumlah RM2.7 bilion setahun kepada bank untuk melunaskan hutang berjumlah RM42 bilion yang terkumpul sejak enam tahun lalu.

    Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata sewaktu menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin di Dewan Rakyat hari ini.

    “Jika jumlah hutang tersebut adalah RM42 bilion, jumlah bunga adalah RM2.4 bilion hingga RM2.7 bilion setahun,” katanya dipetik Astro AWANI.

    Ahli Parlimen itu mengemukakan soalan tentang jumlah bunga yang perlu dibayar oleh 1MDB sebulan untuk melunaskan hutang yang ditanggung syarikat itu.

    BalasPadam
  5. KEHEBATAN GURU TOK TIADA PADA ALMARHUM TOK GURU NIK AZIZ

    Hari raya korban peluang bertemu rakan2 lama.  Ada seorg klasmet tok dulu, dia kagum dgn kehebatan guru tok dan jemaah tok yg mampu pisahkan diri dari Dap kapir harbi yg arwah tok guru nik aziz tak mampu lakukan.  Apa rahsia dan tektik yg guru tok gunakan? Soalnya.

    Tok jawab, mudah je.  Di hadapan Dap kita laungkan hudud...hudud..hudud...sbb kita tahu Dap amat fobia dgn hudud sehingga akhirnya kita berpisah dgn mereka.

    Apabila kita berdepan dgn parti syeikh kadir parti Ikatan, guru tok akan kata hudud belum sesuai nak dilaksanakan kerana nak buat undang2 jalanraya kena ada kereta dulu.  Maka, kita fokus akta 355 dulu.

    Di kelantan, kesemua Adun sokong enakmen jenayah yg melibatkan hudud, termasuk adun2 dari amno yg menangis dan meraung minta hudud dilaksanakan.  Maka, MB kelantan pun yakinkan rakyat kelantan bahawa tahun 2015 kelantan akan laksanakan hudud, jika gagal MB kelantan akan letak jawatan.  Diperkuatkan pula oleh tindakan Nik Amar doremon yg ke luar negara utk meninjau2 alat pemotong tangan.  " Chop it like this'.

    Dlm suasana hidup makan budu, rumah banjir yg tak siap, rakyat kelantan teruja menanti kedatangan hudud.

    Tapi, guru tok ada helah yg diperolehi dari mimpi.  Guru tok tidak laksanakan hudud, tapi guru tok dirikan tugu banjir.  Itu lebih aula dari hudud.  Guru tok perkenalkan musabaqah Bina' Ijsim yakni musabaqah bina badan di mana kaum hawa dinaikkan martabatnya utk jadi penonton dan hakim.  Guru tok harapkan rakyat kelantan tidak lagi mengingati hudud.

    Guru tok pun jaja akta 355 kerana guru tok tahu ramai walaun2 dlm jemaah tolol2 belaka dan pasti mereka sangka akta 355 itu adalah hudud, sedangkan amno sendiri dah pernah pinda akta 355 itu sebelum ini.  Parti tok dan amno terbukti seiring sejalan.

    Rakyat masih bijak mempersoalkan tindakan guru tok.  Mereka byk dpt maklumat melalui media sosial seperti pesbuk utk menyanggah tipu muslihat guru tok.  Mereka persoalkan janji2 guru tok utk menyaman Sarawak report.  Ini menyesakkan kerandut buah guru tok.

    Tapi, guru tok bukan tolol sangat.  Guru tok menggunakan helah baru iaitu dgn mengeluarkan fatwa kpd walaun2 agar jangan baca pesbuk, tapi bacalah Al quran.  Kalau semua walaun tidak baca pesbuk, nescaya mereka akan kekal dalam "ketololan'.  Ini memudahkan kerja2 amal guru tok.

    Itulah di antara kehebatan guru tok yg takde pd almarhum tok guru.  Sbb itulah guru tok muncul sebagai MB pertama dlm parti tok yg dpt perintah Tganu sepenggal saja.
    Tok guru ni jugak hebat bantai duit haram 90 jutam.

    Wallahu aklam.

    TOK USIN UG CEROI
    fakhruddin yusoff at 11:30:00

    BalasPadam
  6. Azmin telah buktikan yang dia ni bukan "tunggul kayu" sejak dulu lagi.

    Karisma nya terserlah bila jadi MB Selangor.

    Kelihatan nya " tunggul kayu" lebih sinonim dengan Najib yang tidak tahu apa yang dia tanda tangan, berapa banyak duit masuk akaun peribadi pun tak tahu dan lain-lain lagi.

    Sungguh memalukan negara Malaysia yang mempunyai PM sedemikian.

    Azmin lebih layak jadi PM berbanding Najib.




    BalasPadam
  7. Azmin telah buktikan yang dia ni bukan "tunggul kayu" sejak dulu lagi.

    Karisma nya terserlah bila jadi MB Selangor.

    Kelihatan nya " tunggul kayu" lebih sinonim dengan Najib yang tidak tahu apa yang dia tanda tangan, berapa banyak duit masuk akaun peribadi pun tak tahu dan lain-lain lagi.

    Sungguh memalukan negara Malaysia yang mempunyai PM sedemikian.

    Azmin lebih layak jadi PM berbanding Najib.




    BalasPadam
  8. Kedah pun pas sempat perintah sepenggal jugak. MB Perak dari pas lagi teruk, bukan sepenggal, setahun pun tak sampai. Tu yg meroyan tak habis hingga terhangguk hangguk pegang lilin. Ingatkan dah masuk Buddha pulak.

    Tok usin, dahlah tunjuk bodoh depan orang ramai. Simpan sikit bodoh tu utk anak cucu.

    BalasPadam
  9. Pm adalah anak bekas pm... takda simpanan ke pm kita sampai tak makan seketul nasi sebab nak bagi isteri shoping? Pikir logik sikit la....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping