Rabu, September 07, 2016

ZI Publications Sdn Bhd dan pengarahnya Ezra Zaid gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi hari ini, untuk mencabar tindakan jabatan agama merampas buku pengarang Kanada, Irshad Manji, 4 tahun lalu.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan syarikat itu pada 2012 bagi mendapatkan kebenaran mempertikaikan sah atau tidak tindakan Jabatan Agama Islam Selangor itu (Jais).

“Bantahan awal daripada kerajaan negeri Selangor dibenarkan kerana isu itu sudah selesai,” katanya selepas mendengar hujahan peguam Fahri Azzat yang mewakili Ezra, penolong penasihat guaman kerajaan negeri Selangor Naziah Mokhtar dan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan.

“Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Selangor yang dipersoalkan sudah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Mahkamah tertinggi sudah pun mengisytiharkan seksyen itu sah,” katanya.

Hakim berkata mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa terhadap enakmen yang dipertikaikan itu. Mahkamah tidak memerintahkan sebarang kos diberikan.

Pada September tahun lalu, mahkamah tertinggi memutuskan undang-undang syariah di Selangor mengikut perlembagaan dan dewan undangan negeri tidak melebihi kuasanya.

Keputusan mahkamah hari ini bermakna Ezra perlu dibicarakan di Mahkamah Syariah, mengikut seksyen 16, iaitu adalah menjadi kesalahan kerana menjual dan mengedarkan buku yang dianggap bertentangan dengan prinsip Islam.

Ezra mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu dan minta dibicarakan di Mahkamah Syariah pada Mac 2013. Jais menyerbu pejabat ZI Publications pada Mei 2012 dan merampas 180 salinan terjemahan buku Irshad bertajuk “Allah, Kebebasan dan Cinta” (Allah, Freedom, and Love).

Ezra memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar rampasan itu dengan menamakan Jais, pengarahnya, pegawai penguat kuasanya, ketua pendakwa syarie dan kerajaan Selangor serta Malaysia.
Categories:

3 ulasan:

  1. Semoga kesucian Islam terus dipertahankan.

    BalasPadam
  2. Jangan takut. Mereka buat ranchangan dan Allah pon ada ranchangan yang lebih baik

    BalasPadam
  3. inilah contoh buruk seorang yang bernama islam yang berusaha mengotori islam melalui sebaran buku2 yg beragenda menyesatkan umat islam. karangan dn tulisan2 yg diterbitcetak itu bermotifkan niat menyerap pengaruh yg bertentangan dgn ajaran islam yg sebenar. jk tdk d tangani dn d bnteras oleh pihk berkuasa sudah tentu akn mengharubiru umat islam khususnya d negara ini. nmpak sgt seolah2 talibarut kpd dajjal yg cuba merosakkan alidah umat islam. wallahu a'lam.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping