Jumaat, September 16, 2016

Penduduk sebuah flat kos rendah di Ampang hari ini membuat laporan polis terhadap badan pengurusan bersama (JMB) selepas mendapati tunggakan bil air dan eletrik bangunan itu mencecah sebanyak RM765,448.

Mereka turut mendapati subsidi air Rejim Pakatan Selangor pimpinan Azmin yang sepatutnya diterima setiap penduduk iaitu RM 11.40 setiap unit tidak dapat dinikmati selama ini.

“Saya hairan dan terkejut apabila terima aduan daripada penduduk,” kata Pengerusi Persatuan Kesedaran Sivil Malaysia, Jenice Lee, ketika membuat laporan mewakili penduduk flet kos rendah Pandan Perdana di Balai Polis Pandan Indah, hari ini.

Beliau juga turut berkata beberapa dokumen menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dan perlu siasatan segera dari pihak Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Laporan akaun disediakan JMB tidak lengkap, tiada tandatangan dan tidak diaudit,” katanya kepada FMT.

Menurutnya, JMB yang mengutip wang daripada penduduk bertanggungjawab memastikan perkhidmatan tidak berdepan dengan masalah.

“Mereka sepatutnya bertanggungjawab dengan setiap persoalan yang dibangkitkan pemilik. Bukan diam seribu bahasa walaupun berkali diasak soalan ke mana wang penduduk yang dibayar setiap bulan,” katanya.

Setakat ini, sebanyak 700 unit flat Pandan Perdana berdepan tunggakan bil Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berjumlah RM137,428.

Penduduk, Chong Kah Siong yang sudah menetap di situ selama 18 tahun, berkata perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Jika mengikut kiraan subsidi lama satu unit RM11.40X700 unit, pengurusan terima RM7,980 setiap bulan. Untuk tempoh dari Januari-Ogos 2016, jumlah subsidi diterima ialah RM63,840. Jumlah bayaran JMB kepada Syabas daripada Januari-Julai 2016 ialah RM71,630,” katanya.

Menurutnya, subsidi kerajaan RM63,840 dan bayaran JMB kepada Syabas (RM71,630) secara keseluruhan berjumlah RM135,470.

“Kenapa masih ada tunggakan sebanyak RM137,428.77? Tunggakan atau perbezaan sebenarnya RM1,958.77 sahaja. Kita syak pihak pengurusan tidak membayar ke Syabas seperti yang dicatat dalam laporan tahunan,” katanya.

Laporan itu turut mencatatkan bayaran perkhidmatan lif kepada syarikat Potensi Terus Industri Sdn Bhd berjumlah RM56,940.

“Namun menerusi beberapa keping cek diterima syarikat berkenaan sejak Januari-September 2016, hanya RM34,517.32. Jumlah diterima mereka tidak selaras dengan bayaran yang dikutip. Baki RM22,422.68 masuk akaun siapa?” soal Chong.

“Itu tidak termasuk tunggakan elektrik. Rekod tunggakkan bagi Blok A, B,C, D pada 11 April 2016 menunjukkan jumlah hutang sebanyak RM570,019.81.

“Pihak pegurusan tidak pernah bayar bil eletrik sejak Januari lalu. Kita risau Tenaga Nasional Berhad buat pemotongan tidak lama lagi,” katanya.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Tidak guna buat laporan..SPRMke POLISke..semua takut ambil tindakan terhadap abang Min..tengokle banyak dah laporan salahlaku kerajaan abg Min..diam..sunyi sepi tiada siasatan, sebab tu abg Min menjadi angkoh..Toyo double bearrer dulu bukan main cepat sprm bertindak..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping