Jumaat, September 30, 2016

Nampak gayanya, kemelut yang melanda PPBM semakin hari semakin rancak diperkatakan apabila dikalangan mereka sendiri mula tampil mempertikaikan parti itu secara terang - terangan.

Hari ini, Si Mamat Muflis yang juga merupakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan tu tampil mempersoalkan kekosongan bagi jawatan Timbalan Presiden dalam PPBM.

Kata Si Mamat Muflis tu, perkara sedemikian tidak sewajarnya berlaku memandangkan parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu sudah berusia lebih daripada tiga minggu sejak ianya diluluskan.

Si Mamat Muflis yang dilihat rapat dengan Tun Mahathir itu juga mendakwa ramai pihak yang mengharapkan Mukhriz Mahathir dilantik sebagai cara menarik sokongan golongan belia kepada parti itu.
“Majoriti rakyat yang buat permohonan untuk jadi ahli parti Bersatu khususnya generasi muda masih menunggu kepimpinan protem menamakan Muhkriz sebagai timbalan presiden secara rasmi, barulah ramai lagi ‘gen Y’ akan menganggotai parti Bersatu,” kata Khairuddin.
Desakan itu dibuat ketika spekulasi mendakwa semakin ramai dikalangan pemimpin PPBM tidak puas hati dengan kepimpinan Muhyiddin Yassin yang dilihat suka bertindak bersendirian.

FMT baru-baru ini memetik sumber yang mendakwa Muhyiddin juga mengenepikan Dr Mahathir dan penyokongnya, di samping tidak selesa dengan pembangkang khususnya DAP.

Si Mamat Muflis yang terlibat sejak daripada peringkat awal dalam gerakan Deklarasi Rakyat pimpinan Tun Mahathir beberapa bulan sebelum penubuhan PPBM, memilih tidak menyertai parti pimpinan Muhyiddin itu.

Malah, Si Mamat Muflis itu juga dikhabarkan sedang mempertimbangkan mahu menyertai PKR atau DAP dalam meneruskan perjuangannya menentang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Bahkan, Si Mamat Muflis tu juga turut menegaskan bahawa perlantikan Mukhriz sebagai Timbalan Presiden PPBM itu merupakan sesuatu yang sudah dijanjikan sejak awal penubuhannya.
“Dalam apa jua keadaan kepimpinan protem mesti menrealisasikan impian dan kehendak rakyat serta generasi muda yang mahukan Muhkriz dinamakan secepat mungkin sebagai timbalan presiden parti Bersatu. Semua berharap presiden protem dan pengerusi parti jangan mungkir janji,” katanya.
Secara kesimpulannya, parti baru yang ditubuhkan dalam tempoh tiga minggu itu jelas sedang mengalami konflik kepimpinan yang semakin meruncing pada ketika ini. Belum apa - apa lagi, diorang dah mula Gila Kuasa belaka!!!
Categories:

6 ulasan:

  1. Janganlah perasan sangat Gen-Y sokong Mukhriz. Mukhriz bukan mewakili golongan Gen-Y.

    Apa yang Mukhriz buat yang boleh dibanggakan oleh kami golongan Gen-Y.

    Malulah jika Gen-Y diketuai oleh seorang yang digelar Anak Celah Ketiak Bapak.

    Kerja dia tak habis-habis bertanding jawatan. Jadi MB Kedah pun kerana bagi muka kepada bapak dia. Kau Mukhriz sampai bila nak duduk bawah ketiak bapak.

    Duit dah bertimbun2 lebih baik dok di rumah main dengan bini.

    BalasPadam
  2. Yang duit bertimbun tak payah keje tu rosmah..keje dia shopping. Dilahirkan utk shopping. Melinda gates isteri Bill gates, manusia terkaya dunia pun tak berbelanja mewah macam rosmah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejak bila kamu jadi PA bini Bill Gates. Bangsa kafir kamu jilat...otak udang

      Padam
  3. Jangan cepat masuk perangkap sebab ini meupakan salah satu taktik che det..kalau dia yang lantik anak dia serupa dia lantik mat sembab tu nanti nampak sangat la belang dia so dia gunakan mamat muflis ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokong,survival mamat muflis tu..kita melayu baru xhingin sepsis ni. MM ni terpaksa jilat Mamak Kerala je...

      Padam
  4. Tak sampai setahun jagung dah nak bercakaran. Mcm mana nak perintah negara ni.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping