Selasa, September 06, 2016

Heh! Hebat wayang Politik yang dimainkan oleh Si Menteri Besar Selangor ni. Dikala dia diserang dengan pelbagai isu yang terima tanggapan negatif dari ahli PKR, lain pulak yang dia buat.

Dengar kata dari kalangan penyokong PKR, pertemuan diantara Si Ketua Penipu tu dengan Mahathir semalam adalah hasil dari strategi yang diatur oleh Si Menteri Besar Selangor tu sendiri.

Secara umumnya, rakyat menyedari bahawa PKR masih belum solid seratus peratus menyokong gerakan yang direncanakan oleh Tun Mahathir untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Nak pulak apabila ada sebilangan besar penyokong PKR yang masih terkesan dengan tindakan yang dilakukan oleh Bekas Perdana Menteri itu terhadap Si Ketua Penipu tu sebelum ini.

Malah, keluarga Si Ketua Penipu tu sendiri pun dilihat seperti acuh tak acuh memberi sokongan kepada Tun Mahathir. Termasuk la Presiden PKR, Wan Azizah dan juga Nurul Izzah.

Dan hakikatnya semua orang tahu yang Si Menteri Besar Selangor tu masih lagi dalam keadaan ghairah mahu mencapai cita - citanya untuk menjadi Perdana Menteri dimasa akan datang.

Keadaan itu dilihat apabila Si Menteri Besar Selangor tu teruja menyokong dan memberikan komitmen kepada gerakan yang diketuai oleh Tun Mahathir tanpa kebenaran dari Wan Azizah.

Maka, adalah tidak mustahil sekiranya ada yang mendakwa pertemuan yang diadakan semalam merupakan perancangan subversif yang direncanakan oleh Si Menteri Besar Selangor tu.

Dan atas sebab itu juga kita dapat lihat keterujaan Si Menteri Besar Selangor tu memberikan komen didalam media sebagai respon kepada pertemuan yang diadakan semalam.

Dalam erti kata lainnya, pihak yang paling untung sekali dalam pertemuan semalam bukannya Pakatan. Sebaliknya, Si Menteri Besar Selangor tu sendiri. Stidak - tidaknya, dia mahu rakyat melihat 'Kejayaan' dia menyatukan kedua - dua pemimpin tersebut!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping