Rabu, September 28, 2016

PKR hari ini berharap sebarang keputusan mengenai calon perdana menteri bayangan dibincang dahulu dengan parti lain, selepas Tun Mahathir mencalonkan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Pencalonan itu dibuat oleh Tun Mahathir dengan alasan sekiranya Pakatan Pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang dan mengenepikan Si Ketua Penipu tu.

Namun bagi Naib Presiden PKR, Tun Mahathir, yang juga merupakan Pengerusi PPBM, perlu berbincang terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan terbuka mengenai calon Perdana Menteri.

Katanya, sebarang pengumuman mengenai perkara tersebut tanpa mengambil kira semua parti yang turut terlibat boleh menyebabkan rasa kurang senang dikalangan Pakatan pembangkang.
“Jangan buat kenyataan tergesa-gesa macam itu walaupun kita akan bekerja bersama-sama dengan gabungan besar,” kata Xavier kepada FMT.
Selama ini, PKR dan DAP sebelum ini berkali-kali sepakat menamakan Si Ketua Penipu, sebagai calon yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Putrajaya jatuh ke tangan pembangkang.

Ketika berucap di London baru - baru ini, Tun Mahathir berkata, Muhyiddin yang juga presiden PPBM adalah calon pilihan utama pembangkang sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Bagaimanapun, Tun Mahathir mengakui tidak banyak perbincangan yang diadakan mengenai pencalonan bagi jawatan tersebut kerana ia boleh menjejaskan gabungan pembangkang itu.

Pokok pangkalnya, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin kanan PKR itu memberikan gambaran seolah - olah Tun Mahathir ni bersikap terburu - buru dalam membuat keputusannya.

Bahkan, tindakan yang dilakukan oleh pemimpin kanan PKR itu juga merupakan satu bentuk penghinaan yang cukup jelas dengan memberikan gambaran kononnya Tun Mahathir ni seorang yang Gelojoh dan Gila Kuasa!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Kedua2 calun PM pembangkang ni rendah moral. Rakyat tak selesa dengan mereka.

    BalasPadam
  2. Artikel anda sangat menarik, sangat memberikan informasi penting
    saya sangat menunggu artikel anda yang selanjutnya

    togel singapura

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping