Isnin, September 26, 2016

PKR secara terbuka mengakui pernah dikhianati PAS dalam isu pembahagian kerusi, namun parti itu tetap akan mengadakan rundingan bagi menjamin pertandingan satu lawan satu pada Pilihan raya Umum akan datang.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution berkata, rundingan tetap akan dijalankan, namun mengakui parti itu 'bersedia' dengan kemungkinan untuk dikhianati oleh PAS sekali lagi. 
"Kalau nak capai satu lawan satu PH kena duduk bincang dengan Bersatu (PPBM) dengan PAS. Bukan soal percaya atau tidak (tapi) engangement atau perbincangan mesti kita mulakan. 
"Kalau nak fikir pasal pengkhianatan, saya yang paling pedih. Saya wakili PKR mengenai rundingan kerusi pada 1999, 2004, 2008, (dan) 2013 adalah cerita pengkhianatan. Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Kota Damansara, Sungai Acheh, yang telah dipersetujui hitam putih di atas kertas bukan tepi jalan, tapi dikhianati," katanya sewaktu menjadi panel sembang santai sempena Sambutan Amanah Setahun di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan hadirin bersabit formula satu lawan satu antara Pakatan pembangkang bagi menghadapi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Rata-rata hadirin yang berpeluang mengajukan soalan membangkitkan isu berkenaan bagi mendapatkan kepastian, kerana berpendapat jalan permuafakatan di antara semua parti pembangkang dalam menentang parti pemerintah itu pada PRU14, masih kabur.
   
Program sembang santai malam tadi, yang turut membariskan bekas Naib Presiden PAS, Husam Musa; Presiden PAN, Mat Sabu, Setiuasaha Organisasi DAPigs dan pemimpin BERSIH2.0 Thomas Fann, menjadi medan untuk menghentam PAS yang didakwa sebagai punca kepada idea satu lawan satu sukar direalisasikan.    

Sementara itu, Mat Sabu pula berkata PAN sanggup berdepan dengan saingan lebih daripada dua penjuru pada PRU14 kelak, berbanding 'bekerjasama' dengan parti yang 'menyokong' amalan rasuah.

Ujarnya, prinsip satu lawan satu sememangnya menjadi harapan parti apatah lagi selepas mengikat kerjasama bersama PKR dan DAP menerusi payung Pakatan Harapan, namun ujarnya Amanah tidak akan sesekali menggadaikan prinsip perjuangan demi mencapai matlamat tersebut.
Categories: , ,

6 ulasan:

  1. alah.. mat sabu harapkan cakap besar jer...perut penuh dedak dapigs...

    BalasPadam
  2. Klu dah kutuk buat apa nak bincang lagi. Pan ingat dgn dap di belakang dia kuat sangat ke. Tak payah cakap besar la....

    BalasPadam
  3. Pan ambik je kerusi dap di bukit bintang ke,jelutong ke gerenti PAN kuat punya!!!!

    BalasPadam
  4. Hairan betul PKR ni, asyik menuding jari kpd orang lain. Orang ni salah orang itu salah, ini lah parti politik yang BANYAK BERALASAN.
    Dalam cerdik ada bodohnya, dalam bodoh ada cerdik nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eiiikkk...yg kami lihat dlm bodoh mrk ada kelembaman dlm lembam ada paloi...bukti ada "aset " dipunahranahkan...strategic thinking becelaru...ada pakar strategik jadi "mortar" tembak diri sendiri.

      Padam
  5. mcm ni ker caranya nak ajak PAS berunding? dgn menipu dan memfitnah PAS...PH/PKR/DAP/PAN boleh blah la..mmg aku takan undi lagi puak2 mabuk dedak DAPigs nih

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping