Isnin, September 26, 2016

Kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya PKR bahawa PAS sudah berkali - kali menjadi Pengkhianat berhubung isu agihan kerusi sewaktu pilihan raya, bukan sahaja tidak berasas.

Malah tuduhan yang dibuat oleh pemimpin kanan PKR itu wajar dianggap sebagai satu Penghinaan secara terbuka yang dilakukan terhadap PAS dengan niat nak memburukkan imej parti itu.

Dalam satu kenyataan, Naib Presiden PAS, Iskandar Abdul Samad berkata, dia cukup kesal dengan kenyataan tersebut dan menegaskan ia hanya akan menyukarkan proses rundingan antara dua parti itu kelak.
"(Kenyataan Datuk) Saifuddin Nasution membawa nada untuk bergaduh bukan untuk berunding. Membuat tuduhan-tuduhan dan membuat andaian. (Sikap itu) tidak gentlemen," ujar Iskandar kepada Antarapos menerusi aplikasi WhatsApp.
Semalam Saifuddin berkata, PKR tetap akan mengadakan rundingan dengan PAS berhubung isu pembahagian kerusi untuk menjamin pertandingan dua penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Namun, dalam masa yang sama, pemimpin PKR itu mendakwa PAS telah menjadi Pengkhianat sejak PRU10 hingga PRU13 dengan mengkhianati keputusan yang dipersetujui diantara kedua parti itu. 

Malah pemimpin PKR itu juga turut membangkitkan pengkhianatan PAS dalam PRU ke-13 apabila PAS meletakkan calon di kerusi Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Kota Damansara dan Sungai Acheh.

Bagaimanapun ujar Saifuddin, meskipun sering dikhianati PAS, PKR tetap akan meneruskan rundingan dengan parti itu untuk menumbangkan Barisan Nasional pada PRU14, akan datang.


Tapi apa yang pasti, tuduhan yang dibuat oleh pemimpin PKR itu dilihat seolah - olah cuba memberikan gambaran bahawa PAS ni bukan sebuah parti yang boleh dipercayai. Walaupun mereka dah buat perjanjian, namun pada anggapan PKR, PAS tetap parti Pengkhianat!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Mcm mana pmbangkang nak bersatu klu asyik serang sama sndiri...makin jauhlah putrajaya..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping