Khamis, September 29, 2016

Heh! Bukan main sawan lagi Si Rafizi ni dibuatnya apabila ada pihak yang mula mempertikaikan tindakan yang dilakukan dan turut memberi gambaran dia menggalakkan rasuah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Si Rafizi ni mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Bershit 2.0 serta rakannya dari Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme

Si Rafizi tu mendakwa, Maria Chin Abdullah dan Cynthia Gabriel tidak wajar mengkritik usaha Invoke kerana badan bukan kerajaan (NGO) lazimnya juga menerima wang untuk sesuatu.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata demikian mengulas Maria dan Cynthia yang mengkritik Invoke kerana memberi insentif wang tunai kepada yang mendaftar sebagai pengundi.

Rafizi merupakan penasihat kepada Invoke. Semalam, dia buat pengumuman mengenai ganjaran tunai sehingga RM1,000 setiap minggu untuk pemenang kempen pendaftaran pengundi Invoke.
Siapa kamu untuk bercakap mengenai moral sedangkan, kamu tahu, kedudukan kamu juga boleh dipertikaikan.
“Saya guna wang sendiri. Mengatakan pemberian insentif ini sebagai menyedihkan serupa pukul curi…kerana saya tak kata apa pun bila mereka terima geran untuk berkempen,” kata Rafizi ketika ditemui pemberita di Menara UEM malam tadi.
Awal hari ini, Maria yang juga pengerusi Bersih 2.0 berkata sebarang bentuk ganjaran untuk menggalakkan belia mendaftar sebagai pengundi adalah tindakan menyedihkan dan memberi mesej salah.

Namun, penjelasan yang diberikan oleh Pengerusi BRSHIT 2.0 itu jelas tidak dapat diterima oleh Rafizi yang dilihat mudah tersinggung dengan dakwaan yang dilemparkan oleh badan tersebut.
“Apa yang saya cuba sampaikan adalah: hujah moral kamu itu boleh dipertikaikan, terutamanya jika kita tengok dari perspektif badan bukan kerajaan kerana lazimnya NGO seperti C4…saya tak pasti mengenai Bersih…terima geran kerana kami menjuarai kempen tertentu.
“Saya tak ambil gaji daripada geran tapi saya tak pasti mengenai Cynthia. Jika kamu pusing isu ini, yang kamu terima bayaran daripada geran untuk berkempen…bukankah itu lebih merumitkan keadaan berbanding memberi hadiah wang untuk mengalakkan orang pergi mengundi?” kata Rafizi.
Yang peliknya, pandai pulak Si Rafizi tu nak terasa hati bila ada pihak membuat dakwaan dan memberikan gambaran seolah - olah NGO yang dia ketuai tu memberi rasuah kepada orang luar.

Kot kalau selama hari ini, bukan main lantang lagi dia mengutuk serta mengkritik orang sesuka hati serta bercakap mengenai moral sedangkan apa yang dia sendiri cakap pun boleh dipertikai.

Itu baru orang pertikai pasal pemberian insentif kepada kepada mereka yang baru daftar mengundi. Belum lagi orang bangkitkan persoalan dari mana dia dapat Geran nak bayar insentif tu. Mungkin geran yang dimaksudkan oleh Si Rafizi tu turun dari langit gamaknya!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. NGO yg bgi ganjaran tu sape punya, bukan hnya nak bgi galakan utk daftar ngundi je sudah pasti ada tujuan sebaliknya lainlah klu NGO tu tak de kaitan ngn org politik... Pakat2 pikir ya..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping