Isnin, September 12, 2016

Nik Din Nik Mat, adik kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz menepis dakwaan yang dibuat oleh bekas Naib Presiden PAS, Husam Musa yang kononnya Bekas Menteri Besar Kelantan itu akan mengikut jejak menyertai PAN, jika dia masih hidup.

Menerusi satu rakaman video, Nik Din berkata Allahyarham Nik Aziz pada penghujung hayatnya kecewa dengan Husam kerana beliau melakukan perkara yang tidak direstui bekas mursyidul am PAS itu.
“Masa dulu betul tok guru baik dengan dia (Husam) tetapi akhir-akhir ini tak baik dengan dia. Dalam satu pertemuan Husam datang jumpa tok guru sewaktu berkempen PRK Kajang, tok guru marah kepadanya.
“Waktu itu ada berlaku dua tiga kes yang menyebabkan tok guru marah pada Husam. Saya tahu kenapa tok guru marah tetapi saya tidak mahu pecah rahsia itu,” katanya dalam rakaman itu.
Malah Nik Din berkata dakwaan Husam kononnya Allahyarham Nik Aziz akan bersama dia menyertai PAN jika Allahyarham masih hidup adalah merupakan satu pembohongan yang besar.
“Saya ini adik tok guru, saya bercakap bukan sebab nak mengangkat nama tetapi bercakap benda betul dan saya berani bersumpah.
“Kalau Husam kata tok guru sayang pada dia, tidak betul. Saya cakap ini supaya tuan-tuan jelas perkara sebenar jangan terikut-ikut dengan apa yang Husam lakukan. Kita lama dah bersama PAS tiba-tiba nak lari daripada perjuangan Islam,” katanya.
Pada masa yang sama, Nik Din mengingatkan Husam supaya berhenti menjaja nama Allahyarham Nik Aziz dalam perjuangan Politik PAN kerana bekas pemimpin PAS itu sudah meninggal dunia.
“Saya minta Husam jangan guna nama abang saya (Nik Aziz) untuk berkempen, saya tak izinkan dan semua adik-beradik, anak tok guru sendiri tak setuju Husam guna nama allahyarham,” katanya.
Husam sebelum ini mendakwa kononnya Allahyarham Nik Aziz akan bersamanya dalam perjuangan PAN jika masih ada kerana PAS pimpinan Abdul Hadi lari daripada perjuangan sebenar.

Walaubagaimana pun, kenyataan Si Husam itu dikecam oleh pemimpin kanan PAS termasuk anak kepada Allahyarham Nik Aziz sendiri merangkap Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh.

Secara kesimpulannya, semua orang menganggap tindakan Si Husam menjaja nama Allahyarham Nik Aziz itu bukan sahaja sebagai satu taktik Politik Keji dan menjijikkan, tetapi ianya juga merupakan satu Penghinaan terhadap Allahyarham Bekas Menteri Besar Kelantan itu sendiri!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Itulah Husam...terdesak nak dapat sokongan. Cakap pun merapu dn menipu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping