Rabu, September 21, 2016

Herankan? Kalau tanya pada orang yang kurang waras pun diorang akan rasa pelik dengan tindakan Si Rafizi ni. Suka betul dia bercakap tak serupa bikin seperti yang dilakukan selama ini.

Kalau dulu, Si Rafizi ni yang paling lantang melaungkan slogan mendesak agar pihak Kerajaan menghapuskan sistem pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN).

Pada ketika itu, Si Rafizi ni mendakwa pinjaman PTPTN itu hanya membebankan rakyat dan cuba menghasut pelajar peringkat Universiti kononnya akan menjerat mereka dimasa akan datang.

Tapi kenapa secara tiba - tiba Si Rafizi ni dilihat cuba mengubah perjuangan yang dilaungkannya sendiri apabila dia mengambil berat tentang 'Krisis Kewangan' perbadanan tersebut?

Dalam dakwaannya itu, Si Rafizi menyatakan 'kebimbangan' apabila jumlah pelajar yang tak dapat pinjaman PTPTN meningkat mendadak dan cuba mengaitkannya dengan krisis kewangan.

Pelik kan? Tidakkah Si Rafizi tu terfikir bahawa strategi dia menghasut para pelajar yang mahu melanjutkan pengajian tinggi sebelum ini agar meminggirkan PTPTN telah mendatangkan hasil?

Perkara yang sama juga berjaya dilakukan oleh Si Rafizi ini apabila dia mendakwa KONONnya Tabung Haji sedang mengalami masalah kewangan dan menyeleweng duit simpanan pencarum.

Dek kerana percaya dengan dakyah pembohongan dan hasutan yang disebarkan itu membuatkan ramai pihak yang bertindak mengeluarkan duit simpanan mereka dari Tabung Haji.

Bahkan ada juga yang sanggup menolak tawaran Haji yang sepatutnya menjadi giliran mereka hanya semata - mata kerana percaya kepada dakyah pembohongan yang disebarkan sebelum ini?

Maka, jika dilihat dari satu sudut, perkara yang sama juga berlaku dengan PTPTN dimana semakin ramai pelajar diperingkat IPT yang enggan mengambil pinjaman dari perbadanan tersebut.

Sepatutnya Si Rafizi tu perlu merasa bangga dengan pencapaian yang telah diperolehinya. Bukan mempertikaikan tentang aliran kewangan perdananan tu. Setidak - tidaknya, dakyah pembohongan yang disebarkan sebelum ini telah membuahkan hasil yang diharapkan!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Rafizi sentiasa ambik pedui ttg semua perkara kearah kesejahteraan rakyat. Penulis blog ni pulak sentiasa nk spin semua perkara kearah kesejahteraan najib. Tu je bezanya.. Nampak tak? Klu tk nmpak confirm lu buta hati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lawaknya statment...konon ambil peduli rakyat.... pasal rasuah dalaman diam...pasal hal luar kecoh satu dunia....

      Padam
  2. Klu ank jntan luluskn je komen sy tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan angkuh sangat..kamu pun sama..spesis rafizi ke kamu ni..

      Padam
  3. boleh blah la pondan tu..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping