Khamis, September 08, 2016

Heh! Herankan? Mungkin ini yang orang kata "Hidung Tak Macung, Pipi Tersorong - Sorong". Orang tak sudi, dia pulak yang nak melebih - lebih. Memang muka tak malu sungguh.

Tak tau sejak bila pulak yang Si Azmin ni dah dilantik menjadi 'Juru Cakap' kepada Wan Azizah dan kenapa Presiden PKR tu memerlukan orang lain untuk bercakap bagi pihak dia?

Dah bisu sangat ke Si Wan Azizah tu sampai dia sendiri tak berani nak menyatakan pendirian dia mengenai isu yang dibangkitkan sebelum ini sehingga perlu orang lain untuk mewakili dia?

Tapi bagi sesetengah pihak, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Menteri Besar Selangor ni hanya setakat satu tafsiran yang dia buat sendiri, bukannya mewakili pendirian Presiden PKR tu.

Dalam kenyataan yang dibuat, Si Menteri Besar Selangor tu mendakwa, Wan Azizah tiada masalah apabila Tun Mahathir berjumpa dengan Si Ketua Penipu tu dimahkamah baru - baru ini.
"Alhamdulillah positif dan ya (menerima kunjungan Tun Mahathir). Dalam perbincangan itu turut dihadiri oleh (Datuk Seri) dr. Wan Azizah, saya, Datuk Seri Anwar dan Tun Dr Mahathir," katanya kepada Antarapos setelah selesai majlis penyerahan lembu korban kepada lebih 600 masjid di seluruh negeri itu hari ini.
Kalau nak difikirkan dari segi logik, memang la Si Wan Azizah tu takde sebarang masalah sebab perjumpaan itu telah diatur secara mengejut, tanpa sebarang makluman awal kepada dia.

Tambahan pulak, perjumpaan yang dibuat diantara Si Ketua Penipu tu dengan Tun Mahathir itu dibuat ditempat terbuka. Bagaimana mungkin Si Wan Azizah tu nak membantahnya?

Kalau dia bantah, nampak sangat yang Si Ketua Penipu tu jumud. Dan itu akan memberi kemenangan moral kepada Tun Mahathir yang diagung - agungkan oleh Si Azmin tu selama ini.

Jadi, nak tak nak, Si Wan Azizah tu terpaksa 'Redha' kerana pada ketika itu dia sendiri pun dah terperangkap dalam permainan Politik yang direcanakan oleh Timbalan Presidennya sendiri.

Pokok pangkalnya, kenyataan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor tu tidak menggambarkan pendirian sebenar Presiden PKR itu sendiri. Sebaliknya, ia hanya sekadar untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi dia semata - mata!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Jangan terperangkap sudah la...

    BalasPadam
  2. inilah diantara kelemahan wanita. sebab itu dlm islam tda pruntukan wanita mnjd imam solat yg bermkmum lelaki dn tdk prnh berlaku perlntikan qadi wanita,wali dn sebagainya.diambil kira dr keadaan ini mk wanita tk dicadangkn sbg mb selangor. bygkn jk wanita sbg mb sdh tntu penyokong dapigs melompat tepuk tangan krn di situ ad ruang yg luas bg tipudaya politik kotor mereka.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping