Isnin, September 12, 2016

Lama sangat tak tidur, jadi punca Si Azmin ni suka 'Berhalusinasi'!!!
Kesian! Memang malang sungguh nasib rakyat Negeri Selangor apabila mereka memiliki seorang Menteri Besar yang suka berhalusinasi dalam imaginasi diri sendiri seperti Si Azmin ni.

Mungkin halusinasi Si Azmin ni berpunca dari 'Kurang Tidur' yang dialaminya sejak memegang jawatan sebagai Menteri Besar tu kot. ATAU, mungkin itu sifat dia sejak dari dulu lagi?

Sekarang, Si Menteri Besar Selangor tu mula memasang angan - angan mahu memastikan pembangkang tidak bertembung sesama sendiri dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Kata Si Menteri Besar Selangor tu, dia cukup optimis bahawa perkara itu tidak akan berlaku dan secara peribadi dia akan memastikan perkara itu dapat dielakkan sebelum PRU diadakan.
“Saya kira ini boleh dicapai dalam suatu pembincangan dan muafakat atas kepentingan dan kerangka yang lebih besar, bagi melakukan perubahan di peringkat negara,” katanya.
Kalau dilihat dari satu sudut, tak salah kalau Si Azmin tu nak jadi Optimis. Tapi hakikatnya, Si Menteri Besar Selangor itu jelas tidak bersikap realistik dalam menyatakan sifat Optimisnya itu. 

ATAU mungkin Si Menteri Besar Selangor tu sendiri dah lupa ingatan? Dia lupa ke apa yang dia buat sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak baru - baru ini dimana PKR bertembung dengan DAPigs?

Faktanya, pertindihan kerusi diantara PKR dan DAPigs di Sarawak itu adalah hasil percaturan Politik Si Azmin tu sendiri. Dia yang menyebabkan berlakunya pertembungan tersebut.

Dek kerana percaturan Si Azmin itulah yang menyebabkan DAPigs hilang beberapa kerusi dan seterusnya menyebabkan Pakatan Gaprak tu GAGAL mengambil alih kepimpinan di Sarawak.

Pun Si Azmin tu tak sedar jugak dan masih lagi cuba nak 'Kencing' diri dia sendiri dengan mengeluarkan kenyataan hanya untuk sedapkan telinga pengikut - pengikut diperingkat bawahan?

Apa yang jelas, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin tu mencerminkan bahawa dia bukan sahaja lupa ingatan, bahkan dia juga tidak berpijak pada bumi yang nyata. Mungkin itu bahananya apabila dia terlalu 'Ghairah' nak jadi Perdana Menteri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping