Sabtu, Oktober 01, 2016

Nampak gayanya polemik kepimpinan yang sedang melanda parti PPBM yang baru diluluskan tiga minggu yang lalu kini semakin menarik perhatian dikalangan pemerhati Politik di Malaysia.

Dengar katanya, kepincangan dikalangan pemimpin - pemimpin parti itu kian menjadi tajuk utama apabila Presidennya, Muhyiddin Yassin didakwa kurang mesra dengan Tun Mahathir.

Malah menurut sumber terbaru yang disiarkan melalui Free Malaysia Today, Presiden parti itu didakwa masih agak keberatan untuk melantik Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Presiden.

Persoalan mengenai keengganan Muhyiddin Yassin itu dibangkitkan oleh Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan yang ternyata terkilan dengan tindakan yang telah dilakukannya.

Namun, bagi sesetengah pihak, tindakan memburukkan nama Muhyiddin Yassin itu senagja dicetuskan oleh pihak tertentu bagi memberikan kesan negatif terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Apa yang pasti, kempen membenci Muhyiddin yang dilancarkan dalam minggu ini seolah - olah didalangi oleh pihak tertentu yang jelas mahu menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri.

Nak pulak selepas Tun Mahathir membuat kenyataan mahu mencalonkan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan tu berjaya menawan Putrajaya kelak.

Kenyataan bekas Perdana Menteri itu jelas tidak disenangi oleh puak Pakatan yang secara konsensusnya mahu Si Ketua Penipu tu menjadi calon tunggal mereka bagi jawatan tersebut.

Bahkan ada juga yang menganggap cadangan Tun Mahathir itu seolah - olah mengenepikan pencalonan yang dibuat serta tidak menghormati konsensus yang telah dicapai diantara mereka.

Secara umumnya kita juga mengetahui bahawa bukan sahaja Muhyiddin Yassin atau pun Si Ketua Penipu tu sorang je yang mendambakan jawatan Perdana Menteri tu. Tapi orang lain pun nak juga.

Maka kebarangkalian wujudnya konspirasi untuk memburukkan Muhyiddin Yassin bagi mereka yang mempunyai agenda peribadi mahu jawatan Perdana Menteri dikalangan pemimpin Pakatan Haprak tu memang ada. Tambahan pulak, diorang ni semuanya kemaruk Gila Kuasa belaka!!!
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping