Rabu, September 14, 2016

Jangan terkejut bila Ibrahim Ali serang Khairuddin pada 9 September lepas. Ibrahim Ali serang ada sebab. Ibrahim Ali pertikai hala tuju parti PPBM bila bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan DAP. 

Kenapa Khairuddin pula yang datang menjawab dan menyerang balik Ibrahim Ali? Khairuddin bukan jawatankuasa penaja parti PPBM, ahli pun bukan. Kenapa Muhyiddin tidak jawab?

Khairuddin adalah saudara sepupu kepada Anwar dan anak saudara kepada Sulaiman Palestin. Dalam Buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM telah didedahkan perkara ini. Khairuddin tidak mengaku menulis buku ini. 

Pada Mei 2013, Khairuddin mengaku terbit buku dan siap bersumpah lagi. Namun pada Mei 2016, Khairuddin tidak mengaku menerbitkan buku itu. 

Kenapa Khairuddin buat “pusingan U”. Kemudian Khairuddin siap menjadi pengantara lagi untuk mendamaikan Anwar dengan Mahathir. Mungkin sebab jadi pengantara inilah, Khairuddin tidak setuju Muhyiddin yang menjadi Presiden PPBM. 

24 Mac 2016, Malaysiakini, Khairuddin Abu Hassan mendakwa bahawa bekas ketua pembangkang, Anwar Ibrahim berhasrat untuk memulihkan hubungan antara keluarganya dan bekas perdana menteri, Mahathir. Khairuddin beritahu hal ini secara terbuka dalam satu ceramah di Pusat Komuniti Petaling Jaya. 

Gambar ini jadi bukti. Khairuddin dan Azmin yang mengheret Mahathir untuk menjilat balik musuh lamanya semata mata untuk menjatuhkan Najib dan UMNO. Khairuddin adalah pembina jambatan antara Anwar dan Mahathir. 

Untuk apa Mahathir berbaik dengan Anwar balik? Mahathir hanya mahu gunakan Anwar sebagai proksi sahaja. Mahathir mengulingkan Hussein Onn, dengan menggunakan Sulaiman Palestin sebagai proksi untuk menentang Perdana Menteri. 

Memang itulah kaedah yang sama dia menggunakan dalam usaha untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak – dengan menggunakan Muhyiddin sebagai proksi untuk menentang Perdana Menteri.

Kali ini, Anwar akan diguna sebagai proksi untuk menentang Muhyiddin sendiri dalam PPBM. Mukhriz akan diangkat jadi Presiden PPBM sebelum PTU14. Karier Muhyiddin akan terkubur awal.

Muhyiddin bukanlah calon yang kuat pada Mahathir. Dengan kes Nika Gee, Mahathir dilihat anggap Muhyiddin sebagai “lame duck president” sahaja. 

Khairuddin dan Azmin juga adalah proksi rahsia Mahathir sejak bertahun lama dahulu. Azmin yang jadi anak angkat Mahathir dihantar bersama Anwar. Musnahkan Anwar dari dalam. 

Khairuddin dulu adalah proksi Mahathir untuk gunakan Sulaiman Palestin. Kemudian proksi gulingkan Anwar, kini membina jambatan balik dengan Anwar. 

Moga wasiat Tuan Haji Sulaiman Palestin menjadi benar (baca wasiat dalam grafik paling atas). “Selagi Anwar berada dalam UMNO, selagi itulah UMNO akan porak peranda” kata Tuan Haji Sulaiman Palestin. 

Maka kini orang yang akan membawa porak peranda itu mahu dibawa semula oleh Mahathir. Anwar juga nampak macam terbuka sahaja jumpa Mahathir. Siapa tahu, inilah masa sesuai untuk Anwar dan keluarga lunaskan balik dendam mereka pada Mahathir. 
Categories:

10 ulasan:

  1. Ko sama mcm berahim perkosa tak tau hala tuju Bersatu..berahim dijemput ke majlis penerangan Bersatu seblm pendaftaran tapi tak mau hadir..lepas tu terpekik terlolong..keje ko kutuk orang je hari2..najib merompak bersama jho lo cina tembam ko buat2 tak tau jer..

    BalasPadam
  2. Betul ke teori ko Yidin proksi madey untuk jatuhkan najib..madey orangnye teliti tak sembrono lantik sesiapa pun jadi proksi...najib pecat ramai ahli umno..madey tak pecat Ku li,musa putih dan dollah badawi yg lawan dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah din panadol..boboi dan piee apdal yg lawan najib.
      anwat lawan mahdey pun kena pecat...tak ada bezalah...

      Padam
  3. Muktamad. Utusan Diperintah Bayar RM250K Kepada Nizar

    Selepas TV3, Nizar bakal terima RM200,000 lagi dari Utusan

    Genap 2 bulan selepas berjaya menerima ganti rugi RM200,000 dari TV3, Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan Utusan Malaysia menangguhkan pembayaran ganti rugi RM250,000 kepada bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menyaman akhbar itu pada 2012.

    Mahkamah dipengerusikan Tan Sri Richard Malanjum menolak permohonan itu tanpa mengarahkan peguam Nizar, Asmuni Awi dan Mohd Fitri Asmuni menjawab persoalan perundangan peguam Utusan Melayu (M) Berhad, Mohd Hafarizam Harun.


    Pada Disember 2013, Mahkamah Rayuan memerintahkan ganti rugi RM250,000 dibayar kepada Nizar selepas menolak permohonan Utusan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati laporannya berbaur fitnah.

    Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaharah Ibrahim berkata hujah Utusan yang laporan itu merupakan komen adil dan hak kewartawanan tidak boleh diterima.

    Nizar memfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap Utusan dan TV3 atas laporan berunsur fitnah memetik komen di Twitter berhubung pembelian nombor plat kenderaan “WWW 1” yang dibida pada harga RM520,000 dan dianugerahkan kepada Sultan Johor.

    Bekas pemimpin PAS yang kini menganggotai Amanah mendakwa laporan kedua-dua media yang dikaitkan dengan Umno itu antara lain membawa maksud beliau seorang penderhaka kepada sultan, anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat membenci Sultan Johor.

    Nizar dalam komen Twitter pada 28 Mei, 2012 berkata jumlah RM520,000 boleh digunakan membina 20 buah rumah untuk rakyat miskin. -FMT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak nak ulas ke menang kes saman oleh FGV?

      Padam
  4. 'mahathir orgnya teliti tak sembrono...' he,he,he ...kalau orangnya teliti tentu buat kerja pun teliti ,jadi tak lah buat salah yg menyebabkan terpaksa minta maaf kemudiannya,sampai mejilat punko Nuar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kah..kah..kah..kahak
      Standard manusia munafik...itulah mahdey...hehehe

      Padam
  5. Tengok orang berteloq...orang umno ada teloq?...sori lupe pempuan mat salleh dah cabut teloq ko orang..Jho lo plak cabut kerandut teloq ko orang..
    Reply

    AnonymousWednesday, September 14, 2016 5:03:00 PM
    Nizar ni silap laa..mana ada puak umno fitnah..keje fitnah kan keje pembangkang kata cai2 yg bodoo3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul! puak2 pembangkang memang kejenye buat fitnah.

      Padam
  6. Dulu ramai yg kata madey buat bnyk salah sampai ada yg gelar dia mahafiraun...kini terbalik plk...puji melangit mcm tak ada satu pun salahnya. Ini tak blh jadi...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping