Jumaat, September 23, 2016

Wah!!! Bukan main suka lagi Si Tian Chuak ni keluarkan kenyataan seolah - olah macam dia seronok sangat dengar berita mengenai perletakkan jawatan Naib Presiden PKR dari Sabah tu ye.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Si Tian Chuak tu kata, perletakkan jawatan pemimpin PKR dari Sabah tu tidak akan menjejaskan kedudukan parti itu di Negeri tersebut.
"Saya tak rasa (PKR Sabah akan lumpuh). Saya rasa PKR di Sabah akan terus berkembang. Kita sedang merangka dan akan teruskan pakatan yang lebih meluas," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
"Dalam situasi terkini di Sabah, mereka memerlukan suara orang tempatan dan beliau mahu fokus kepada politik Sabah berbanding politik nasional. Tapi dia tetap bersama dengan parti yang mesra dengan kita," katanya.
Jika dilihat dari satu sudut, kenyataan Si Tian Chuak itu boleh dilabelkan sebagai satu usaha nak memperlekehkan tokoh kepimpinan dari Sabah yang dianggap tidak memberi kesan kepada parti.

ATAU, dengan erti kata lainnya, Si Tian Chuak tu menganggap kepimpinan Politik PKR di negeri Sabah ni tidak memberi sebarang impak yang signifikan kepada dasar perjuangan parti.

Maknanya, bagi Si Tian Chuak, pemimpin seperti Si Darrel tu ada atau tidak dalam parti tidak memberi kesan yang membezakan. Ada ke takde, sama je. Ada pun tak guna, takde pun lagi bagus.

Tapi tinggal lagi, Si Tian Chuak tu cuba jugak la nak 'Cover Line' dan mendakwa kononnya tindakan pemimpin PKR Sabah tu keluar parti adalah kerana keadaan Politik yang melanda Sabah.

Secara kesimpulannya, kenyataan Si Tian Chuak tu dilihat cuba memberikan gambaran seolah - olah pemimpin dari Sabah ni kurang berkemampuan dan tak boleh nak 'Coup-Up' dengan Politik Nasional tanpa meminggirkan Politik tempatan!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Perlu dikedepankan politik yang santun untuk menjadikan Malaysia lebih baik

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping