Khamis, September 22, 2016

Bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong mempertikaikan hujah untuk membebaskan Si Ketua Penipu itu daripada hukuman penjara 5 tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Menurutnya, pemenjaraan Si Ketua Penipu itu telah melalui proses undang-undang di negara ini, dari Mahkamah Tinggi, kemudian Mahkamah Rayuan hingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.
“Kerana ini melalui proses kehakiman, sekiranya nak bebaskan (Anwar) apa alasan konkrit boleh dibebaskan, bukan hanya sebut sahaja,”kata Ng yang juga salah seorang orang kuat TIBAI (Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim).
Katanya, peluang untuk kebebasan Si Ketua Penipu tu kini hanya tinggal satu sahaja iaitu pengampunan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), namun Ketua Umum PKR itu enggan memohonnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sokongan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin yang dilihat mahu bersama - sama dengan agenda PKR untuk membebaskan Si Ketua Penipu tu.

Tambahnya berdasarkan isyarat yang ditunjukkan Muhyiddin itu, dijangkakan PPBM bukan menjadi parti dominan dalam Pakatan. Sebaliknya, parti itu hanya sekadar menjadi salah satu cabang kepada PKR.
“Walaupun sekarang dia (Muhyiddin) nak bekerjasama dengan Anwar Ibrahim, kita jangka (selepas ini) dia akan ikut sama dengan agenda Pakatan Harapan atau lebih khusus dengan PKR,” katanya.
Dalam erti kata lainnya, kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin Yassin sebelum ini hanya sekadar 'Wayang Politik' nak menyedapkan hati pemimpin PKR bagi mendapatkan sokongan diorang je. Yang sebenarnya, dia bukan ikhlas pun nak bebaskan Si Ketua Penipu tu!!!
Categories: ,

6 ulasan:

  1. YIDIN NI BERPOLITIK BUAH PELIOR. NAK CARI UNTUNG. NAK JADI PM SANGAT....MADEY PUN NAK BOBOI JADI PM. AGAK2 MADEY BOLIH CAYE KE NGAN SI SEMBAB NI. NIKA..NIKA...

    BalasPadam
  2. TIBAI roti canai masaih wujud?mursidul am TIBAI roti cania blm kojol?

    BalasPadam
  3. Adegan Peluk – Nazri berang dengan MCA
    Posted on 21/09/2016 Leave a comment
    Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz sekali lagi ‘berperang’ dengan MCA. Kali ini beliau berkata MCA tidak ada hak memberitahu beliau apa yang perlu dibuat.
    Ahli Parlimen Padang Rengas itu juga berkata MCA di kawasannya pernah memulaunya pada pilihan raya umum 2013 lalu, dan menghasut pengundi Cina tidak menyokongnya.
    “Mengapa pula saya mesti ikut apa yang MCA hendak dalam saya menjalankan tanggungjawab saya?” soal Nazri ditemui Free Malaysia Today
    “Saya tidak langsung terhutang budi dengan MCA dalam pilihan raya di kawasan Parlimen Padang Rengas.”
    Nazri berkata boikot yang ditaja MCA masih belum ditamatkan.
    “Sebab itu, saya tidak peduli apa mereka cakap,” katanya.
    Sebelum ini Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker pernah menyelar Nazri sebagai bongkak, dan berkata beliau lebih rapat dengan DAP.
    Terbaru, Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Seri Lim Chin Fui mempersoalkan Nazri yang kelihatan mesra dan berpelukan dengan Ahli Parlimen Seremban dari DAP, Anthony Loke, ketika lawatan ke Jelebu Sabtu lalu.
    “Dia (Loke) datang kerana menghormati saya. Apa salahnya?” tanya Nazri.
    Katanya pendirian MCA itu sesuatu yang “bodoh”.
    “Inilah sebab rakyat khususnya masyarakat Cina tak sokong MCA, kerana mempunyai pemimpin seperti ini yang tidak faham tentang hubungan antara manusia, tentang tanggungjawab saya sebagai seorang menteri.
    “Selepas pilihan raya apabila rakyat membuat keputusan, kita kena ketepikan perbezaan politik kita, tetapi bekerjasama untuk kepentingan rakyat.”
    Nazri berkata tidak ada peraturan menghalang ahli BN mesra dengan pembangkang.
    “Sejak bila ada syarat ini? Janganlah nak ajar saya dalam BN tak boleh berpeluk dengan pembangkang, tak boleh sembang dengan pembangkang. Kamu ada masalahg dengan DAP, itu hal kamu,” kata Nazri.
    Katanya, beliau seorang yang mesra rakyat dan lebih bijak daripada Lim yang menurutnya berfikiran sempit.
    “Saya tidak kira Islam ke, tak Islam ke, Melayu Cina atau India. Orang yang baik saya, luar daripada soal politik, saya jumpa saya peluk. Dia pun peluk saya.
    “Saya peduli apa MCA, saya fikirkan rakyat,” kata Nazri, yang menambah sekiranya kemesraan yang ditunjukkan terhadap Loke boleh menguatkan sokongan kaum Cina kepada DAP, MCA perlu mengiktiraf dirinya kerana berpengaruh di kalangan orang Cina, lapor FMT.

    BalasPadam
  4. Jangan pelok macam yg Yiddin pelok dah lah.

    BalasPadam
  5. Untuk dpt kuasa sanggup janji apa saja. Bila ada kuasa belum tentu janji terlaksana...apa lagi klu melibatkn keputusan mahkamah.

    BalasPadam
  6. Masyaalah..sebab politik yidin sanggup gadai maruah...hilang harga diri..hilang rasa malu..cermin diri dulu sblm buruk sangka pd org lain..sbb perangai kamu lebih buruk..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping