Jumaat, September 16, 2016

Pengerusi PPBM, Tun Mahathir merasakan masanya masih belum tiba untuk mereka membincangkan soal perjuangan untuk membebaskan Si Ketua Penipu itu dari penjara pada ketika ini.

Bekas perdana menteri itu berkata agenda yang dinyatakan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini tidak dapat dijanjikan dan hanya akan dipertimbang sekiranya parti itu menakluki kerajaan.
“Segala rancangan yang ingin dibuat oleh semua parti itu akan datang kemudian. Pada masa ini kita tidak boleh janji kerana kita tidak ada kuasa.
“Kalau itu kehendak semua takkan kita nak kata tidak boleh pula. Kita akan lihat kemudian mengenai perjuangan (bebaskan Anwar) itu,” kata Dr. Mahathir di sini hari ini.
Kenyataan Tun Mahathir itu dibuat kepada pihak pemberita yang ditemui di luar Mesyuarat Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) peringkat kebangsaan kali ke-55.

Dr. Mahathir juga berkata beliau belum membuat keputusan untuk menghadiri perhimpunan Bersih 5 dan tiada rancangan untuk berucap pada perhimpunan yang dijangka diadakan pada 19 November.

Kenyataan Tun Mahathir itu dilihat agak bertentangan dengan kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini yang menyatakan kesudian untuk membebaskan Si Ketua Penipu tu.

Sebagai rekod, Si Ketua Penipu tu telah dimasukkan ke dalam penjara selepas pihak mahkamah menjatuhkan hukuman selama 5 tahun setelah didapati bersalah kerana meliwat Bekas Pembantu Peribadinya sebelum ini.

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dibuat sebagai satu taktik untuk mendapatkan sokongan dari Presiden PKR yang masih bersikap acuh tak acuh terhadap gerakan yang diketuai oleh Tun Mahathir.

Presiden PKR, Wan Azizah yang juga merupakan isteri kepada Si Ketua Penipu itu serta keluarganya dilihat masih enggan menerima secara terbuka sebarang kerjasama dengan Tun Mahathir.

Bagi sesetengah pihak, keluarga Si Ketua Penipu tu masih lagi menganggap Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin diktator yang bertindak kejam serta telah menzalimi mereka sekeluarga.
Categories: ,

11 ulasan:

  1. Madey ada agendanya sndiri bukan nak bebaskan anwar...yg bodoh saja akan ikut telunjuknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku sokong mahathir ..daripada aku sokong najib keparat tu. Aku bodoh ke ...binatang punya org. Kau tu jelah pandai sangat

      Padam
    2. Tanpa Nama 12:08 memang kau bodoh selalu makan taik.

      Padam
    3. Tanpa nama 12:08 memang kau bodoh selalu taik madey

      Padam
  2. Masyaalah...sebab kuasa..kamu semua hilang maruah..Muhasabahlah diri..Dendam itu sifat syaitan..kalau bukan rezeki kamu buat apa pun takkan dapat.

    BalasPadam
  3. Apa faedahnya membenci orang lain lebih lebih Tanpa Nama 12.08 PG ooiii, dirasuk syaitan pe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah 647. Anon 1208 tu rasa2nya tak kenal Najib pun. Najib setakat ni tak ada bukti salah laku. Semuanya fitnah yg dicipta. Yg jelas geng ANClah yg tamakkan harta dan kuasa sehingga sanggup melanggar apa sahaja etika dan undang2.

      Padam
  4. Aku hormat PM Najib.Apa pun yang orang mengata kepada dia, namun dia tetap tidak melatah dan dia terus bekerja untuk kebaikan rakyat.Syabas Dato'Sri.

    BalasPadam
  5. Mahyuddin akan bebas anwar bila ada kuasa nanti. Bererti.anwat tidak bersalah. Kalau benar,nape masa dalam kerajaan muhyudin meng ia kam tudohan keatas anwar?
    Ininkah jenis pemimpin yang nak kita angkat?

    BalasPadam
  6. Kamu kata najib keparat..BRIM kamu jilat habis..kamu yg keparat sebenarnya...MUNAFIK xcium syurga..dah tempah tempat di NERAKA JAHANAM ke...bawa keluarga sekali.

    BalasPadam
  7. Apa kata...
    Anwar masuk panjara pun sebab Allah izinkan..
    Najib berkuasa pun sebab Allah izinkan
    Tak de lah korang asyik bertekak jer..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping