Selasa, September 06, 2016

Itu persepsi yang kebanyakkannya diberikan oleh puak Pakatan Haprak tu. Ramai yang anggap kecaman dan kritikan yang dibuat terhadap insiden semalam sebagai sumber ketakutan UMNO.

Heran juga. Kenapa jumud sangat pemikiran diorang ni sampai tak dapat melihat apa yang sebenarnya menjadi pertikaian? Adakah orang UMNO dengki tengok Tun bersalam dengan Anwar?

Jawapan mudahnya TIDAK! Itu hak Tun la dia nak bersalam dengan siapa pun. Tapi yang cuba kita jelaskan ialah mengenai persepsi yang cuba dibangkitkan oleh puak Pakatan Haprak tu.

Diorang cuba menjaja cerita kononnya Tun hadir ke mahkamah untuk memohon maaf kepada Si Ketua Penipu tu. Itu gambaran yang cuba diberikan kepada masyarakat secara umum.

Gambaran yang diberikan itu secara tidak lansung menghina kedudukan Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin yang telah bertanggungjawab memecat Si Ketua Penipu tu sebelum ini.

Mereka cuba memgambarkan seolah - olah Tun Mahathir mengakui kesalahan dan dosa yang telah dilakukannya kerana menuduh Si Ketua Penipu tu sebagai seorang Peliwat sebelum ini.

Sedangkan hakikatnya, Tun hadir sebagai seorang pembangkang yang menentang Kerajaan. Itu faktanya. Tapi puak Pakatan Haprak ni suka memutar belitkan cerita yang tak tentu arah.
Sama juga macam apa yang diorang pernah buat sewaktu tersebarnya gambar Datuk Seri Najib dengan Hadi Awang yang sedang bermesra diatas pentas dalam satu program sebelum ini.

Macam - macam juga andaian dan tuduhan yang dibuat pada ketika itu. Sampai tahap ada yang mendakwa kononnya Hadi Awang tu dah jadi 'Pemakan Dedak' hanya kerana gambar tersebut.

Apa yang pasti, itulah tahap mentaliti puak - puak Pakatan Haprak ni. Diorang memang suka mencipta spekulasi dan memberikan gambaran yang bukan - bukan tak tentu arah akibat keghairahan mereka yang tak terkawal!!!
Categories:

8 ulasan:

  1. UMNO tak dengki hanya geli hati melihat orang jilat kahaknya demi Boboi.

    BalasPadam
  2. Umno mana ada dengki..pemimpin umno takut macam najib takut madey dan takut pempuan mat salleh editor SR..orang umno dan Pas mana berani dengan pempuan mat salleh ni yg dah cabut telor najib dan hadi..

    BalasPadam
  3. DAP dah lepas tangan atas semua isu melibatkan Melayu iaitu UMNO, PAS, Madey, Anwar kerana kita dah boleh bergaduh sesama sendiri...UMNO dikelirukan dengan fitnah keatas pemimpin sendiri terutamanya serangan keatas DS Naib melalui 1MDB, keadaan ekonomi dan apa saja yg berkaitan PM seperti BN, MCA dll...fitnah yg diulang2 akhirnya meracuni pemimpin UMNO sendiri yg kebetulan mempunyai agenda tersembunyi turut pula menghasut ahli2...berpanjangan dan merebaklah fitnah pembohongan dengan bantuan tangan asing spt SR, WSJ, pengkhianat, yahudi...
    PAS yang tersilap langkah bila cuba “bercucuk tanam dalam kandang babi yang kelihatan subur” telah berpecahbelah paling teruk dalam sejarah parti Islam tsbt tetapi cepat kembali ke pangkal jalan...apa pun krisis berjaya mengikis musuh dalam selimut cumanya UMNO sebagai tunggak BN kerajaan yang sedang memerintah, dilihat menerima pukulan berat yg akan berterusan...tetapi ini pernah berlaku beberapa kali terutamanya tahun 1998 dimana madey sendiri turun padang menjelaskan mengenai bahaya “penjajahan bentuk baru” atau tangan asing yg diterajui Anwar...walau pun madey berjaya mengekangnya ketika itu dgn sokongan padu ahli UMNO tetapi kini dia sendiri “mengaku kalah” apabila menyembah Anwar di mahkamah...begitu besar dan berat tanggungan yg madey pikul untuk menjatuhkan DS Najib/BN hinggakan sanggup mengkhianati perjuangan bangsa dan agama dimana sebelum ini dia telah menyembah DAP...

    BalasPadam
  4. Masalah Husam Isu Pertama PAS Selepas Ketiadaan Nik Aziz
    ULASAN ISU                                                                                      
    Naluri saya gemar untuk menyorot mengenai kekalahan PAS Kedah sehingga kerajaannya negeri 'rebah bertungging'. Saya geram dan berminat untuk mengulas fasal apa kerajaan PAS Kedah jatuh. Ada sesuatu yang hendak saya lepaskan mengenai PAS Kedah. Saya sudah lama menyimpan dendam ini dan akan meluah hari ini selepas PAS kalah teruk. Saya tidak mahu menjadi jahat mengkritik dalam masa Azizan atau PAS di ambang berperang.
    Husam Musa
    Tetapi memandangkan gelora politik di negeri saya Kelantan lebih panas apa berlaku di Kedah saya tangguhkan dulu. Rasanya ramai yang ternanti-nanti apakah komen dan ulasan saya mengenai Kelantan, bukan pencapaian PAS dalam pilihan raya tetapi pembentukan kerajaan Kelantan yang baru.
    Di Kedah sudah sah Azizan Razak tidak lagi menjadi MB Kedah. Anak Mahathir, Mukhriz, 52 sudah pun mengangkat sumpah sebagai MB Kedah yang baru. Seluruh orang PAS Kedah perlu merasa malu dan Azizan Razak terutamanya kena tanggung kemaluan itu. Tahniah kepada Mukriz. Akhirnya permainan kali ini dimenangi anda dan bapa anda, Mahathir. Kemenangan disebabkan kerana pihak PAS degil dan keras kepala.
    PAS Kedah hari ini senyap sendu. Negeri itu bagi PAS seperti dimakan geruda. Berakhirlah sebuah kerajaan yang diagung-agungkan. Ternyata PAS Kedah tidak pandai menjaga negeri. Apa dialami Terengganu tahun 1999 sama dengan dialami PAS Kedah. Kerajaan PAS Terengganu yang dibentuk tahun 1999 akhirnya meniarap makan tanah tahun 2004.
    Kembali kepada Kelantan. Semalam Ahmad Yaacob sudah mengangkat sumpah menjadi MB Kelantan yang baru. Barisan Exco juga sudah dibentuk, khabarnya. Nama-nama atau senarai sudah disediakan dan akan mengangkat sumpah memegang jawatan masing-masing. Mohd Amar Nik Abdullah,51 yang sebelum ini galak menyusun calon-calon PAS bersama birasnya Zulkefli Mamat dilantik menjadi TMB. Akhirnya usaha tidak pernah mengenal kalah dan secara senyap Mohd Amar itu berjaya juga. Inilah politik dan keajaibannya.
    Mohd Amar tidak boleh menafikan akan hakikat dan kerja ini. Kelelahan dan tidak berdaya Nik Aziz diambil kesempatan sepenuh olehnya. Saya ada maklumat kuat untuk menuduh perkara ini. Ia ditambah pula dengan sikap Husam Musa salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang jarang atau tidak begitu rajin untuk menghadiri mesyuarat. Kelewatan Husam tiba pada sesuatu mesyuarat telah diambil kesempatan orang Mohd Amar dan yang lain untuk mencatur mengikut kehendak mereka. Akhirnya Husam dimakan atau pun diperdaya dengan sikap acuh tidak acuhnya sendiri.
    Usaha Mohd Amar berjaya. Pesepsi buruk ke atas Husam yang ditabur diserata tempat berjaya mencapai apa dihajatkan. Husam telah dinyahkan dari kerajaan Kelantan apabila beliau tidak disenaraikan sebagai Exco. Apakah Husam dipanggil sama semasa membincang untuk membentuk barisan Exco?
    Hari ini Husam tidak disenaraikan bukan saja sebagai TMB, tempat yang dikira wajar dan tepat untuknya berdasarkan track rekod dan pencapaian, tetapi dia juga tidak dilantik menjadi Exco. Namanya tidak termasuk dalam sembilan nama Exco. Ketiadaan Husam dalam barisan kabienat Kelantan inilah yang anih dan ganjilnya dan menjadi isu di Kelantan kini. Husam memang kalah di perlimen Putrajaya, tetapi dia menang besar di Salor dengan majoriti, 3,683. Apakah mereka yang menyenaraikan nama Husam untuk dihantar kepada Sultan, terlupa yang Husam menang?
    Otak dan kepala orang politik tidak mungkin mudah lupa akan perkara-perkara sepeting ini. Fikiran orang politik senantiasa tajam dan cekap. Jadi untuk mengatakan lupa ia adalah mustahil. Ertinya keciciran nama Husam dalam senarai kabinet Kelantan bukan atas sifat kealpaan manusia tetapi disengajakan.

    BalasPadam
  5. Siapakah yang bertanggungjawab mengugurkan nama Husam? Inilah yang orang ramai ingin tahu. Apakah Nik Aziz atau siapa? Saya mendapat tahu Malaya nama Husam disenaraikan sebagai TMB Kelantan. Ahmad Yaacob mahukan dia menjadi timbalannya. Mungkin Ahmad sedar akan kebolehan Husam. Walaupun Ahmad ada terasa dengan tindak tanduk Husam dalam beberapa hal, tetapi sebagai orang jujur, beliau tidak melupai akan hakikat kebolehan dan kemampuan Husam. Husam sangat diperlukan untuk membantunya terutama dalam menjana pembangunan ekonomi negeri sesuai dengan beberapa plan tindakan yang sudah diambil.
    Malangnya ketika sampai ke pihak Istana nama Husam didapati tidak ada? Jadi tidak timbul nama Husam dipotong atau pun di delete oleh pihak istana? Katanya seawal pihak Istana menerima senarai barisan kabinet kerajaan Kelantan nama Husam sudah tidak ada. Ruang yang sepatutnya terletak nama Husam dibubuh dengan nama Mohd Amar. Jadi bila nama Husam sudah tidak ada, maka tidak adalah apa-apa ogehan terhadap Husam. Di sini macam berlaku kolobrasi penipuan Sultan?
    Salah seorang pegawal di istana yang terlihat senarai nama itu telah menghubungi seseorang dan dia terkejut kenapa nama Husam tidak ada? Jadi ini mengesahkan bahawa nama Husam dibuang awal-awal lagi oleh pihak lain bukan oleh Sultan. Ertinya permintaan Ahmad Yaacon yang mahukan Husam ditolak sebelum senarai nama itu sampai ke Istana. Tidak tepat kalau ada pihak mengatakan sultan tidak mahukan Husam.

    Majlis angkat sumpah jawatan MB dan TMB sudah agak pelik sedikit bila mana ia tidak dihadiri sama oleh Tokguru Nik Aziz. Ia sudah berlaku secara ganjil. Nik Aziz yang lurus dan tidak tahu bertindak sendiri katanya telah dinasihati agar tidak hadir? Beliau malahan dihantar untuk berihat di hospital. Apakah penghantaran Nik Aziz untuk menerima rawatan di hospital itu bagi memberi alasan kepada Sultan kenapa Tokguru tidak hadir? Ah sejahat dan seburuk itu politik PAS ini?
    Dan dalam masa sama juga tidak mahu memberi tahu yang senarai kabinet itu tanpa nama Husam? Mati-matian Tokguru ingat majlis angkat sumpah itu akan dihadiri sama Husam. Begitukah. Tokguru yang jujur tidak hadir dan mungkin tidak dirujuk langsung mengernai senarai itu. Tokguru segera menjadi 'tongkorang' buruk dicampak ke tepi selepas nyiur didapati. Ini satu kesilapan dan satu tektik kotor yang cukup jelek kalau ia berlaku. Sebagai bekas MB Tokguru harus berada sama dalam majlis berkenaan. Walaupun ia bukan satu kemestiaan tetapi untuk merai majlis angkat sumpah beliau kena hadir sama. Kalau ini satu perancangan mereka yang memberi idea ini seorang yang jahat. Dan Tokguru jelas terkecong dalam kes ini.
    Keciciran nama Husam menjadi tanda tanya dan terkilan besar kepada rakyat Kelantan yang sudah melihat kejayaan Husam sebagai Exco selama ini. Bagi mereka Husam patut diberikan kesempatan, kalaupun tidak sebagai TMB tetapi cukup sebagai Exco bagi meneruskan beberapa projek yang telah dirangkanya. Apa yang berlaku sudah ada 'kadas kenting' dalam politik PAS Kelantan mengenai perkara ini. Kalau sebelum ini perihal 'kadas genting' ini hanya diketahui dikalangan orang dalaman sahaja tetapi dengan apa yang tersembur kini menyebabkan semua orang tahu.

    Saya tidak mahu menggunakan alasan Sultan yang bertanggungjawab dalam hal ini. Memang sultan boleh berbuat apa sahaja dengan kuasa sama ada ligal atau lisan ke atas sesuatu yang berlaku di dalam negerinya. Walaupun baginda tidak wajar campur tangan tetapi itu masih haknya yang diterima sebagai halal atas nama batang tubuhnya sebagai sultan. Berani saya mengatakan kalau Sultan memainkan peranan dalam hal ini menafikan keperluan Husam kepada kerajaan PAS Kelantan ia sesuatu yang tidak betul dan perlu diperbetulkan. Tetapi apakah benar sultan bersikap demikian? Saya rasa ia bukan atas ulah sultan tetapi pihak lain yang bijak mencuri keadaan dengan menggunakan nama baik Sultan. Sultan juga terkecong dalam kes ini?

    BalasPadam
  6. Banyak lagi jejaka kering kontang ,suami orang juga awak terjerat. Salleh akop la punya kerja ni, kesian akak fara fauzana.

    BalasPadam
  7. Apa pun Husam hanya layak gembala kambing teliga panjang. Husam Si Jamnapari. Sudah-sudahlah orang Kelantan tahu siapa dia. Aruah Nik Aziz bolehlah dia klentong.

    Sampai sekarang dia masih mengguna nama Aruah tersebut. Husam kepala masam.

    BalasPadam
  8. Politik jdi cacamarba sbb fikir nak kuasa semata mata...sanggup buat fitnah sana sini demi mndapat sokongan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping