Ahad, September 11, 2016

Untuk sekian kalinya, pengikut - pengikut setia Si Ketua Penipu sekali lagi mengingatkan Azmin agar tidak bertindak sesuka hati walaupun dia sudah menjalinkan kerjasama dengan Tun Mahathir.

Biarpun sehingga hari ini, Si Azmin tu dilihat semakin hari semakin ghairah bersuara sedangkan Presiden PKR hanya sekadar mendiamkan diri berhubung isu kerjasama tersebut.

Yang dilihat teruja dengan kerjasama tersebut adalah dari kalangan kartel - kartel Azmin yang turut menyokong Si Timbalan Presiden PKR tu sebagai calon Perdana Menteri dimasa akan datang.

Maka, melihat kelicikan Si Azmin itulah yang membuatkan kubu kuat Si Ketua Penipu tu di Permatang Pauh memberikan peringatan secara terbuka kepada pemimpin PKR supaya berhati - hati.

PKR Cabang Permatang Pauh hari ini mengingatkan agar barisan pimpinan utama parti supaya berhati-hati dengan kelicikan Tun Mahathir ketika berusaha mengadakan kerjasama dengan PPBM.

Ketua Cabang, Amir Ghazali menggesa parti supaya mendapatkan mandat daripada kepimpinan peringkat Nasional dan akar umbi sebelum mewujudkan sebarang kerjsama dengan PPBM.

Katanya, sekalipun perkembangan mutakhir yang melibatkan pemimpin utama kedua - dua parti itu dilihat 'positif', tetapi PKR tetap perlu berhati-hati dengan tawaran parti baru itu. 
"Kita masih berhati-hati, bukan tidak terima, tapi berhati-hati kerana ini baru peringkat awal. Sebab kita tahu kelicikan Mahathir dalam berpolitik memang hebat. Kita tak mahu nanti Anwar Ibrahim ditinggalkan begitu saja," katanya kepada Antarapos.
"Tapi dari sudut politiknya, kita masih berhati-hati. Kebersamaan tetap kita sokong tapi dari satu sudut kita masih berhati-hati dengan Dr Mahathir," katanya lagi.
Dalam erti kata mudahnya, PKR jelas hanya sekadar mahu menjalinkan kerjasama demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka semata - mata. Bukannya sebab diorang percaya kepada Tun Mahathir atau nak menjaga kebajikan rakyat!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping