Sabtu, Oktober 01, 2016

Heh! Patut la Si Menteri Besar tu buat tak peduli je dengan isu lain yang dilihat lebih memerlukan perhatian dia di Selangor. Rupanya, Si Menteri Besar tu lebih terpengaruh dengan 'Dara'.

Kalau ikut gambaran yang diberikan oleh seorang rakan blogger sebelum ini, Si Menteri Besar Selangor tu lebih rela 'mencemar duli' dan turun padang hanya kerana kewujudan 'Dara' semata - mata.

Menurut kata blogger Sangkakalajari9, dia merasa hairan kenapa Si Menteri Besar Selangor tu hanya memberi tumpuan kepada gerai Nasi Lemak Dara tu sahaja dan tidak isu yang lain?

Kata blogger tersebut, banyak lagi gerai ditepi jalan yang telah disita oleh pihak berkuasa tempatan, tetapi tidak pula diberi perhatian secara khusus oleh Si Menteri Besar Selangor tu.
"Mungkin juga perkara ini disebabkan perniagaan wanita muda berkenaan sebelum ini viral di laman sosial khususnya facebook hingga membuatkan Azmin turun untuk mendapatkan sedikit mileage politik," jelas blogger tersebut.
Dalam erti kata mudahnya, kesanggupan Si Menteri Besar Selangor tu turun padang dan berjumpa dengan pemilik gerai Nasi Lemak Dara tu bukan sebab dia seorang wanita muda.

Sebaliknya, Si Menteri Besar Selangor tu hanya sekadar nak tumpang glamor dan cuba untuk meraih publisiti murahan semata - mata bagi menaikkan imej Politik Peribadinya sendiri.

Dan jika dilihat dari satu sudut, tindakan yang dilakukan oleh Si Menteri Besar itu seolah - olah memberikan gambaran bahawa Pihak Berkuasa Tempatan telah menyalah-guna kuasa mereka.

Kalau nak difikirkan, mungkin ada betul juga apa yang dikatakan oleh sahabat blogger tu. Mungkin masalah lain yang melanda Selangor pada ketika ini juga perlu dirujuk sebagai masalah 'Dara'.

Mungkin lepas ni isu lain yang lebih mustahak yang perlu ditangani oleh Si Menteri Besar Selangor tu pun mesti ada perkataan 'Dara'. Misal contoh, "Banjir 'Dara' di Kajang", "Longkang 'Dara' Tersumbat" atau "Air 'Dara' Tidak Mencukupi" dimasa akan datang!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping