Selasa, Oktober 04, 2016

Kekayaan yang dimiliki oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Mohd Shafie Apdal merupakan punca Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta aktivis parti dari PKR dan DAP di Sabah keluar parti, kata Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.
“Sekarang, ekoran kekayaan Shafie Apdal, ramai ahli politik telah meraih manfaat dan meninggalkan agenda sebenar ideologi politik dan pembaharuan. Ini adalah ciri-ciri katak politik,” kata Chong dalam kenyataan, hari ini, lapor Malaysiakini.
Chong juga turut menolak dakwaan daripada mereka yang keluar parti dengan alasan ‘parti tempatan boleh mempertahankan hak tempatan’ yang disifatkannya sekadar hujah remeh semata-mata.
“Bagi mereka yang telah keluar DAP dan PKR atas alasan sentimen ‘parti tempatan’, komen saya adalah mereka adalah ahli politik oportunis,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Setiausaha DAP Sabah, Junz Wong yang membuat pengumuman keluar parti bersama Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin semalam.

Junz Wong merupakan ADUN Likas, manakala Lajim pula ADUN Klias. Turut keluar parti bersama Junz Wong adalah Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Joan Hoh dan Naib Pengerusi DAP Sabah, George Hiew.

Manakakala Lajim pula turut mengumumkan aktivis PKR Sabah yang keluar parti iaitu Setiausaha Agung PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap, Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani dan Ketua Penerangan PKR Sabah yang juga ADUN Moyog, Terence Siambun.

Mereka bertindak keluar parti susulan tindakan Darell Leiking yang telah meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai parti tempatan yang sedang diambil alih oleh Shafie Apdal.
Categories: , ,

4 ulasan:

  1. Machai Ali Tonggeng berpaling tadah ikut Jamal Samseng?


    SELALU orang tulis tentang 'hero tak didendang' (unsung hero) kali ni aku nak tulis tentang kisah 'machai tak didendang' (unsung machai) pula. Tanpa machai siapalah Jamal Samseng dan Ali Tonggeng.

    Dalam rakaman video Jamal Samseng, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar merangkap Ketua Samseng Baju Merah ketika membuat provokasi merentap banner dari salah seorang penyokong Bersih, aku tertarik dengan kemunculan salah seorang 'machai' sebelah dia.




    Aku tak kenal siapa 'machai' muka ganas ni, tapi kalau dilihat sebelum ni, 'machai' ni selalu ada di sebelah Ali Tinju atau lebih dikenali sebagai Ali Tonggeng, Ketua Penari Tonggeng yang sekarang merupakan musuh ketat Jamal Samseng.




    Pergaduhan Jamal dan Ali ni mula diketahui ramai selepas Ali Tonggeng buat laporan polis mendakwa Jamal Samseng ugut nak tembak dia beberapa bulan lepas.

    Rujuk video — Ali Tonggeng dakwa Jamal Samseng ugut nak tembak

    Aku rasa, bila ketuanya sudah bergaduh maka pengikut yang menjadi pencacai bawahan tentu sekali akan turut berpecah — sebahagian yang masih setia akan kekal bersama Ali Tonggeng, manakala sebahagian lagi akan ikut Jamal Samseng.

    Barangkali beginilah hidup seorang 'machai' demi sesuap dedak, di mana ada longgokan dedak, di situlah machai-machai berkumpul. Ketua dapat limpahan dedak terus dari 'big boss' di Putrajaya, machai pula dapatlah sedikit tempias dedak.

    Mungkin dedak yang ditawarkan oleh Jamal Samseng lebih tinggi sikit dari dedak yang ditawarkan oleh Ali Tonggeng, sebab itu 'machai' ni berpaling tadah.

    Lagi pun, kalau ikut Ali Tonggeng, kena menari tonggeng depan rumah orang, ini kurang mencabar paling teruk pun bontot kena tendang dengan tuan rumah.

    Ikut Jamal boleh jadi samseng, kacau orang, buat provokasi, buat muka ganas macam beruk dan lebih mencabar — walaupun risiko mungkin lebih tinggi, upahnya pun tentu lebih banyak.


    Read more: http://www.milosuam.net/2016/10/machai-ali-tonggeng-berpaling-tadah.html#ixzz4M66ZqKsq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekurang2nya Jamal samseng fights utk bangsa melayu..kamu yg tak habis2 menjilat kafir yg nak hapuskan melayu apa hal nya
      Jgn nnti kamu melukut tepi gantang sudah
      Masa tu baru kamu tahu langit tu tinggi ke rendah. Lu fikir le sendiri. Otak lemak di kepala lutut ke

      Padam
  2. penulis ni sedar ke dia pun macai

    BalasPadam
  3. Harap ramai lgi pemimpin Dap akan keluar parti.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping