Ahad, Oktober 02, 2016

Nampak gayanya Si Mak Lampir ni takut betul dengan bayang - bayang dia sendiri apabila pihak Kerajaan nak mewujudkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik dalam masa terdekat.

Yang herannya sebelum ini, puak Pakatan Haprak tu juga yang sibuk menjaja cerita kononnya Kerajaan Barisan Nasional telah menyalah-gunakan sumbangan bagi menghadapi Pilihan Raya.

Malah mereka juga turut membuat tuduhan kononnya Kerajaan telah menyalah-gunakan dana 1MDB dan mengaitkannya dengan isu RM 2.6 billion yang selama ini menjadi modal Politik Longkang mereka.

Maka jelas, kenyataan Si Mak Lampir ni membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak tu bukan sahaja cakap tak serupa bikin. Tapi memperlihatkan seolah - olah dia Takut dengan Bayang - Bayang dia sendiri.

Si Mak Lampir tu memberi alasan, Akta sedemikian tidak perlu kerana ketika PRU berlangsung, syarat bagi calon yang bertanding hanya dibenarkan berbelanja sebanyak RM200,000 ketika berkempen.  
"Kita tak setuju, kalau bebas (guna wang derma) mungkin sampai tahap merosakkan, menggalakkan rasuah, salah guna kuasa, berlumba-lumba untuk buat kempen duit, tabur duit dan sebagainya. Jadi apa-apa pun mesti ada undang-undang, kita tak boleh buat secara bebas tanpa ada sekatan. 
"Sekarang kita dah ada panduan, panduannya adalah sejak pilihan raya calon tidak boleh belanja lebih RM200,000. Panduan tu dah ada dalam borang menjadi calon, jadi akta (yang nak dibuat) untuk mengatakan tak ada sekatan untuk apa? Tak perlu akta (kerana ada panduan)," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Sebaliknya, Si Mak Lampir tu buat dakwaan kononnya kerajaan sengaja mencipta akta sebegini ekoran mahu menyekat sumber kewangan pembangkang yang kebanyakannya diperoleh dengan cara seperti ini.
"Selagi sistem tak adil dan tidak bersih, undang - undang diadakan secara jelas untuk menyekat dan mendera pembangkang," jelasnya.
Jawatankuasa Perundingan Kebangsaan mengenai Pembiayaan Politik semalam menggariskan 32 perkara termasuk memperkenalkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik untuk meningkatkan integriti dan pembiayaan politik.

Pengerusinya Datuk Paul Low Seng Kuan berkata cadangan itu akan dibawa kepada Kabinet dalam tempoh dua minggu sebelum dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan dan diluluskan.

Apa yang pasti, kenyataan Si Mak Lampir itu membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak tu sedang ketar lutut seolah - olah ada sesuatu yang sengaja nak disembunyikan dari pengetahuan rakyat. Dia takut orang tau dari mana duit diorang datang!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping