Isnin, Oktober 03, 2016

Secara dasarnya PAS bersetuju untuk berunding dengan mana-mana parti pembangkang asalkan matlamat utama mereka adalah untuk menundukkan Barisan Nasional boleh tercapai.

Bagaimanapun PAS mahu kerjasama sesama pembangkang kali ini berlaku mengikut pendekatan yang lebih telus dan tidak berakhir dengan pengumuman ia ditendang keluar sekali lagi. 

Pengalaman bertahaluf siyasi dengan DAPigs amat memedihkan. Setelah mengkerdilkan monopoli BN dan yakin sokongan rakyat bukan Melayu semakin kukuh, DAPigs mula menunjukkan belangnya pada PAS.

PAS sebagai sebuah parti Islam, merukuni soal ‘sami’na wa atho’na’ (kami dengar dan kami taat) kepada pemimpin. Justeru apabila pemimpinnya diperlekehkan secara terbuka, PAS secara lumrah memberikan reaksi.

DAPigs mengisytiharkan bahawa Pakatan Rakyat sudah mati dengan alasan gara - gara PAS yang banyak mengambil tindakan bersendirian dan ini menyukarkan ia bekerjasama dengan PAS.

PAS pun bertindak balas. Ia berfatwa tidak boleh lagi bertahaluf siyasi dengan DAPigs. Walaupun PKR berusaha merapatkan kembali hubungan mereka, namun sedihnya, PKR sendiri mengumumkan beberapa kali ia dikhianati PAS.

Sebagai sebuah institusi politik, PAS tahu ia perlu bekerjasama dengan pembangkang lain. Sebab itu ia memilih Parti Ikatan Rakyat sebagai teman kongsi politik baru. Walaupun ia parti kecil, itu adalah satu permulaaan.

Seiring dengan keangkuhan DAPigs itu, PAS juga diterjah oleh ahli - ahli kanan parti itu yang keluar parti dan menubuhkan parti baru yang dipanggil Parti Amanah Negara atau PAN.

Cogan politik PAN ialah untuk mengganti fungsi PAS sebagai sebuah parti berideologi Islam dalam kelompok pembangkang. Tindakan itu menyebabkan kesedihan dan kekecewaan PAS. 

Mana pergi semangat juang pemimpin Islam dalam PAN jika niat mereka hanya sekadar mahu membinasakan PAS dan menolaknya keluar dari senario politik Malaysia semata - mata?

Apa yang dilakukan oleh PAN hanya sekadar cuba menarik hati DAPigs. Setiap langkah politik DAPigs akan dapat sokongannya. Maka sebab itu PAS pun menggelar mereka sebagai pengkhianat yang meninggalkan PAS untuk bersekongkol dan musuh PAS!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping