Kalau selama hari ini, PAS lebih suka bertindak sebarangan demi memenuhi tuntutan nafsu pemimpin - pemimpin mereka yang Gila Kuasa sehingga sanggup sujud kepada DAPigs.
Tapi sejak dikencing oleh parti Ultra Chauvanist dan didakwa sebagai parti Pengkhianat oleh PKR serta menjadi Musuh Utama kepada PAN, PAS dah mula sedar akan ke-BODOH-an mereka.
Maka sebab itu PAS menjelaskan pendirian parti itu tidak menyertai perhimpunan Bersih 5 pada 19 November ini, kerana tidak lagi mahu menjadi 'mangsa' kepada pihak tertentu yang mempergunakan ahli mereka dalam mendapat sokongan.
Menurut Timbalan Presiden PAS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, selepas ini parti itu hanya akan bekerjasama dengan mereka boleh menuruti serta mengikut matlamat PAS.
“Ada masanya, PAS hanya memberikan sokongan moral kepada agenda bersama yang dipersetujui PAS, akan tetapi tidak menyertai program untuk mengelak pihak lain mengambil kesempatan terhadap apa yang ada pada parti demi matlamat lain yang tidak selaras dengan matlamat PAS,” katanya dalam satu kenyataan media.
Tuan Ibrahim berkata sejarah menunjukkan gerakan Islam selalunya membantu tuntutan kemerdekaan dan keadilan tetapi akhirnya “hasilnya dinikmati oleh pihak lain”.
“Cukuplah gerakan Islam menjadi alat bagi mencapai hasrat golongan sekular untuk mencapai hasrat mereka dan bila mana mereka berjaya Islam akan terus ditekan dan terus menjadi mangsa,” katanya tanpa menyatakan siapa yang dimaksudkan olehnya.
Keputusan PAS tidak menyertain perhimpunan Bersih kali ini merupakan kali kedua parti Islam itu menjauhkan diri daripada perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) itu.
Pada Ogos tahun lalu, ia enggan mengerah ahlinya untuk turut serta dalam perhimpunan Bersih 4 yang berjalan 2 hari di Kuala Lumpur.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata walaupun parti itu menyokong matlamat asal tuntutan Bersih, perhimpunan November 19 itu ada matlamat lain yang menurutnya tidak selari dengan pendekatan PAS.
“Kita ada kaedah sendiri untuk menjadi pembangkang yang efektif di negara ini selaras dengan budaya politik matang dan sejahtera yang dibawa PAS,” katanya.
Tuan Ibrahim dalam kenyataannya turut membayangkan keputusan PAS tidak menyertai Bersih 5 ada kaitan dengan pendirian beberapa parti menyokong perhimpunan itu yang tidak setuju dengan teras perjuangannya seperti melaksanakan hukum hudud.
Hairan betul PAS ni. Gambar Presidennya kena kencing dan pijak dalam himpunan Bersih dulu pun tak serik2? Bahlol atau tolol PAS ni.
BalasPadamPas tak payah ikut Bersih 5. Tak guna melalak melolong di jln raya klu Islam tak dijulang.
BalasPadamPas sanggup biarkan najib dan umno melakukan kemungkaran...kepala perompak dibiarkan bebas oleh pas..
BalasPadamBagus la kalau melayu PAS dah sedar..jangan jadi saperti dulu sanggup jadi barua..balaci..budak suruhan dan asal dapat pulus je berderet keluar kan jalan raya dijadikan hamba abdi oleh cina DAP..sampai ada yang sanggup tidur atas jalan.
BalasPadam