Ahad, Oktober 02, 2016

PAS membuat ketetapan buat masa ini, untuk tidak menyertai perhimpunan Bersih 5 anjuran Pakatan yang dijadualkan akan diadakan pada hujung bulan depan.

Setiausaha Agung Pas berkata, pada prinsipya PAS menyokong matlamat asal tuntutan Bersih, namun Bersih 5 ada banyak matlamat lain yang PAS rasakan ia tidak selari dengan pendekatan mereka.
"Kita ada kaedah sendiri untuk menjadi pembangkang yang efektif di negara ini selaras dengan budaya politik matang dan sejahtera yang di bawa Pas sekarang," katanya kepada Sinar Online.
Namun Takiyuddin berkata, ketetapan sama ada untuk membenarkan ahli PAS untuk menyertai perhimpunan itu secara peribadi atau pun sebaliknya, masih belum diputuskan lagi.
"Ahli-ahli mungkin akan pergi itu, kita belum buat arahan lagi sama ada mahu benarkan atau tidak," katanya.
Dalam pada itu, Takiyuddin juga turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan sekiranya Pas tidak menyertai perhimpunan Bersih 5, seolah-olah Pas kini 'bersama BN'.
"Tidak semestinya begitu, kita tidak sokong satu pihak itu bermakna kita menyokong pihak lain, itu teori yang tidak boleh di pakai semua keadaan, macam Pas pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kita masuk bertanding menentang BN," katanya.
Sebelum ini, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah mengumumkan bahawa pihaknya akan menganjurkan himpunan itu dengan bertemakan 'Satukan Tenaga, Malaysia Baru!'.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Bersih la sangat,

    BalasPadam
  2. Adalah bodoh sekiranya PAS membenarkan ahli "secara tertutup" menyertai Himpunan Bersih. Lupakah gambar Hadi dipijak dan dikencingkan pada Himpunan Bersih yang lalu.

    BalasPadam
  3. Buat masa ini lebih baik Pas tak terlibat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping