Jumaat, Oktober 07, 2016

Jika dilihat dari satu sudut, pengakuan bersumpah yang dilakukan oleh Si Rafizi tu didalam mahkamah secara tidak lansung merupakan satu pengakuan terbuka yang dia memang bersalah.

Ketika berhujah dihadapan Hakim semalam, Si Rafizi tu mendakwa yang dia tidak dapat nak membela dirinya memandangkan dokumen berkaitan dengan 1MDB tidak dikemukakan.
“Tanpa halaman 98 laporan audit 1MDB seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan, saya diperlakukan dengan tidak adil kerana saya tidak boleh merujuk dokumen tersebut semasa pembelaan kes saya sepanjang perbicaraan,” kata Rafizi di depan hakim hari ini.
Si Rafizi sebelum ini didakwa dimahkamah kerana mendedahkan laporan audit berkaitan dengan syarikat pelaburan strategik Malaysia (1MDB) dan juga Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Hakikatnya, taktik Si Rafizi tu sebenarnya nak dokumen berkaitan dengan 1MDB itu didedahkan kepada umum. Maka sebab itu dia buat andaian sedemikian supaya dia didakwa.

Mungkin Si Rafizi tu ingat, dengan cara itu dia dapat memaksa Ketua Audit Negara untuk mendedahkan dokumen siasatan berkaitan dengan syarikat tersebut secara umum kepada rakyat.

Namun apa yang menjadi persoalannya, jika Si Rafizi tu kata dia tak dapat merujuk kepada sumber dokumen tersebut, macam mana pulak dia boleh tau hubung kait 1MDB dengan LTAT sebelum ini?

Kalau nak difikirkan logik, sudah pasti dakwaan yang disebarkan oleh Si Rafizi tu sebelum ini terhadap 1MDB dengan LTAT adalah berdasarkan kepada laporan yang dia baca dan dia miliki sendiri.

Jadi, kenapa Si Rafizi tu tak guna sumber yang dia ada berkaitan dengan maklumat itu sebagai bahan bukti untuk membela dirinya yang pada ketika ini sedang didakwa dimahkamah?

Sebaliknya, Si Rafizi tu lebih selesa memberikan alasan mendakwa konon dirinya diperlakukan secara tidak adil kerana dokumen laporan Ketua Audit Negara tidak dikemukakan kepada mahkamah.

Dalam erti kata mudahnya, dakwaan yang dibuat oleh Si Rafizi tu sebelum ini hanya sekadar 'khabar angin' yang dia dengar dari sumber yang tidak sahih. Bukannya dia ada bukti yang kukuh. ATAU, nak lagi mudah, Si Rafizi ni mengaku yang dia hanya pandai MENIPU!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Tok sah peduli pd pondan cilaka ni..yg dia tahu. ..memfitnah org...pondan ni dah tempah tempat di noraza.

    BalasPadam
  2. Terbaik sbg seorang politikus.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping