Sabtu, November 19, 2016

Jika sebelum ini, puak Pakatan Haprak tu buat konvensyen, PAS secara terbuka telah memboikotnya walaupun parti itu turut dijemput untuk menghadirinya dan membuatkan pemimpin Pakatan meroyan tak tentu arah sepanjang ianya diadakan.

Malah ada dikalangan pemimpin Pakatan Haprak tu secara terang - terangan membuat dakwaan kononnya PAS enggan menyertai konvensyen itu adalah disebabkan mereka kini sudah menjadi 'Pemakan Dedak' Kerajaan Barisan Nasional.

Dan kalau ikut kenyataan yang dibuat oleh salah seorang penganalisis Politik dari UiTM Kelantan ini, tindakan puak Pakatan tu mengadakan konvensyen tersebut tanpa kehadiran PAS hanya ibarat sama seperti 'Kereta Buruk Yang Takde Enjin".

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila pentas konvensyen yang sepatutnya menjadi medan untuk menentukan hala tuju Pakatan Haprak tu telah dijadikan medan untuk mengutuk PAS dan Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib secara terbuka.
“Biarpun pada asasnya perpecahan dan tidak sependapat antara parti-parti dalam Pakatan Harapan pasti berlaku selepas PRU14. Maka solusi yang dicapai dalam konvensyen tersebut yang meletakkan satu lawan satu menentang BN dalam PRU14 hanya sekadar bermimpi di siang hari,” katanya.
Selain itu, penganalisis Politik itu juga mendakwa bahawa pentas Konvensyen Pakatan Haprak tu telah bertukar menjadi platform untuk 'Menagih Kasih' dari parti pimpinan Tun Mahathir sehingga mereka sanggup mengenepikan peranan PAS.

Persoalan yang dibangkitkan oleh penganalisis Politik dari UiTM Kelantan itu jelas mempertikaikan, adakah kewujudan PPBM ini relevan bagi rakyat di Malaysia untuk dijadikan sebagai wadah yang memperjuangkan nasib mereka secara menyeluruh?
“Adakah sebuah parti yang baru ditubuhkan nampak lebih berkuasa daripada dua parti veteran? Adakah konvensyen ini hanya bermotifkan kepentingan survival politik individu tertentu?
“Di manakah suara Amanah, atau parti itu hanya mengikut kata orang? Amanah langsung tidak menunjukkan usaha dalam memartabatkan perjuangan Islam dalam konsensus konvensyen ini.
“Apakah konsensus tersebut digunakan untuk mencapai kehendak DAP dan Bersatu. Jika ini yang berlaku maka ke mana pergi nasib agama dan bangsa Melayu?” katanya.
Kesimpulan mudahnya, jika Konvensyen Pakatan Haprak itu dianggap sebagai sebuah 'Kereta Buruk Yang Takde Enjin' tanpa kehadiran PAS, maka begitu jugak la dengan perhimpunan Bershit tu hari ini. Diorang buat hanya setakat untuk 'Syok Sendiri' je.

ATAU dalam erti kata mudahnya, perhimpunan Bershit yang dianjurkan oleh NGO Pro Yahudi itu jelas hanya boleh diumpamakan seperti sebuah "Kereta Sorong" semata - mata. Itu hakikat sebenar yang wujud dalam Pakatan Haprak tu hari ini. Diorang sendiri yang naik, lepas tu diorang yang pakat tolak ramai - ramai!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Dah la kereta buruk, enjin tak dak plk ...kesiaaan

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping