Sabtu, November 12, 2016

Dikala partinya sedang menghadapi serangan Perang Psikologi Songsang yang dicipta dikalangan puak Pro Pakatan Haprak terhadap PAS, lain pulak pendirian yang dipamerkan dan dizahirkan oleh Si Mahfuz Bean ni secara terang - terangan.

Ternyata, tanggapan sesetengah pihak terhadap Si Mahfuz Bean ni memang tidak meleset. Tingkah laku yang ditonjolkan memang serupa dengan apa yang telah dilakukan oleh Abdullah bin Ubay sewaktu menghadapi Perang Uhud.

Tatkala PAS menghadapi serangan bertubi - tubi dari puak DAPigs dan PAN yang berhajat besar mahu menyekat parti itu dari pulang ke pangkuan Pakatan, Si Mahfuz Bean ni dilihat lebih cenderung menyokong PPBM yang baru ditubuhkan.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Mahfuz Bean tu baru - baru ini yang turut disiarkan melalui laman portal Pro PAN berhubung status parti PPBM itu menjelang Konvensyen Pakatan Haprak tu nanti.

Khabarnya, pada Konvensyen Pakatan yang bakal diadakan hari ini, portal pro PAN, Malaysia Dateline meramalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijangka akan diterima menjadi parti kompenan keempat PH selepas DAP, PKR dan PAN.
“Sewajarnya PH mengambil langkah untuk terus melemahkan UMNO BN dengan membina ‘Grand Coalition’ di kalangan parti pembangkang untuk bersiap sedia sebagai peneraju ‘Malaysia Baru’ selepas PRU14.
“Membawa PPBM untuk menjadi anggota komponen PH adalah satu keperluan dan harapan bagi memberi keyakinan pada rakyat,” kata Mahfuz.
Bagi bekas naib presiden dan ketua penerangan PAS itu, Pakatan Haprak itu kini boleh dianggap sebagai ‘Grand Coalition’ atau Pakatan Besar adalah sebagai kerajaan menunggu menjelang Pilihan Raya Umum yang akan diadakan tak lama lagi.

Apa yang pasti, tindakan Si Mahfuz Bean ni yang cenderung menyokong PPBM bersatu dengan gabungan Pakatan Haprak tu sekali lagi memperlihatkan pendirian dia yang sering membelakangi prinsip serta dasar yang telah ditetapkan PAS.

Sementelah pula, Si Mahfuz Bean tu sejak akhir -akhir ini bukan sahaja dilihat semakin 'Mesra' dengan Pakatan dan hubungannya dengan Bekas Perdana menteri, Tun Mahathir semakin rapat membuat ramai pihak membuat spekulasi sedemikian.

Persoalannya, adakah Si Mahfuz Bean tu mempunyai keberanian untuk meninggalkan PAS dengan cara yang terhormat dan menyertai PPBM seperti mana yang diperlihatkan? ATAU, adakah Si Mahfuz Bean tu lebih rela menggadaikan maruah diri dan menjadi Pengkhianat demi menjaga kepentingan Politik Peribadinya sendiri???
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping